-
Tentang Majalah Niaga
Majalah Niaga merupakan salah satu projek Flarebiz Network Sdn. Bhd. (922120-D) yang diberi nafas baru. Sebelum ini Majalah Niaga dikenali dengan Majalah IM yang telah beroperasi semenjak tahun 2008 lagi.
Majalah Niaga ditubuhkan bagi menjadi sumber informasi utama bagi para usahawan. Khasnya untuk sesiapa yang berminat untuk membina empayar perniagaan sama ada perniagaan online mahupun offline.
Matlamat kami adalah menjadi medium perkongsian ilmu berkaitan dunia keusahawanan dari para usahawan kepada masyarakat. Dengan wujudnya Majalah Niaga, pihak kami berusaha untuk memberikan artikel-artikel keusahawanan yang berkualiti, serta menghimpunkan barisan-barisan usahawan yang telah berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing bagi berkongsi ilmu.
Selain itu, pihak kami juga akan menghasilkan e-majalah yang boleh dimuat turun secara percuma setiap 3 bulan sekali bagi menepati nama ‘majalah’ itu sendiri. Setiap edisi akan disertakan dengan temubual eksklusif bersama usahawan yang berjaya.
Pihak Pengurusan Majalah Niaga
Majalah Niaga di uruskan oleh sekumpulan anak muda yang begitu mencintai dunia keusahawanan. Setiap detik kehidupan mereka berkisar mengenai dunia keusahawan kerana mereka sendiri menjalankan beberapa jenis perniagaan yang berjaya.

Aqif Azizan
Aqif Azizan merupakan usahawan internet, penulis sepenuh masa dan kini bertanggungjawab sebagai ‘Business Manager’ untuk syarikat Flarebiz Network. Beliau mempunyai minat yang mendalam untuk membantu orang ramai berjaya dalam bisnes.

Hasbul Aqill
Hasbul ‘Aqill merupakan seorang usahawan internet dan bertindak sebagai ‘Business Manager’ di Flarebiz Network. Bila ditanya tentang MajalahNiaga, katanya, tiada perkara yang menggembirakan beliau melainkan berkongsi idea dan tip perniagaan internet kepada umum.

Hasbul Ariff
Hasbul Ariff merupakan usahawan sepenuh masa. Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam perniagaan offline serta online. Memiliki perniagaan yang hebat serta kebebasan kewangan adalah antara matlamat utama dirinya.

Idris Husin (Advisor)
Idris Husin merupakan seorang speaker pakar dan banyak terlibat dalam melatih badan-badan kerajaan dan juga swasta. Selain itu, beliau berpengalaman luas dalam bidang event management (Akademi Usahawan), motivasi dan seminar.
Fakta Dan Figur Terkini
Insyallah kami akan lebih ‘transparent‘ dengan para pembaca mengenai perkembangan kami di Majalah Niaga dengan menyediakan laporan perkembangan bulanan untuk tatapan umum.
1) Laporan perkembangan bulan Januari 2011
2) Laporan perkembangan bulan Februari 2011
3) Laporan perkembangan bulan Mac 2011
4) Laporan perkembangan bulan April 2011
5) Laporan perkembangan bulan Mei 2011 (akan datang…)
Semoga dengan lebih ‘transparent‘ pihak kami dengan anda, maka terbentang lebih luas peluang untuk kita bekerjasama.
Ayuh Bekerjasama Dengan Kami!
Majalah Niaga masih lagi baru dan banyak yang perlu diperbaiki agar dapat mencapai matlamat yang telah kami tetapkan. Oleh itu, pihak kami berbesar hati andaikata anda dapat menyumbangkan artikel kepada Majalah Niaga atau apa-apa bentuk kerjasama yang difikirkan sesuai.
Anda boleh hubungi kami menerusi ‘online form‘ ataupun terus ke pejabat kami di:
VAG Network,
16-3-2 Jalan Semarak Api 3,
Diamond Square Business Center,
Off Jalan Gombak,
53000 Kuala Lumpur.Atau anda boleh hubungi pejabat kami di talian +603-40234641 untuk sebarang pertanyaan.



