Adakah Wang Penghalang Utama Memulakan Bisnes?

February 25, 2011 — Penulis:

Kategori: Konvensional

Menurut penulis laman web About.com, Shari Waters, sebab utama kebanyakan individu tidak memulakan bisnes, adalah berpunca daripada faktor kewangan. Bagi mereka, memulakan bisnes memerlukan modal wang yang besar. Dalam masa yang sama, kita juga akan mengalami risiko untuk kehilangan wang yang banyak.

Bangsa Cina Tidak Pernah Menjadikan Wang Sebagai Alasan

Namun, ia ternyata berbeza dengan bangsa yang sedang mendominasi ekonomi negara kita, yakni bangsa Cina. Menurut buku Rahsia Bisnes Orang Cina, bangsa ini langsung tidak menjadikan wang sebagai halangan, bagi memulakan perniagaan.

Memulakan Bisnes Dengan Kemahuan Yang Tinggi

Ann Wan Seng, penulis buku Rahsia Bisnes Orang Cina menyatakan, bangsa Cina sudah dididik sejak awal, supaya tidak selesa dengan kehidupan sebagai pekerja makan gaji. Mereka digalakkan untuk berniaga, meskipun bisnes itu adalah bisnes kecil-kecilan.

Ini kerana berniaga sendiri menjadikan seseorang itu bos dan pekerja. Bermakna kita yang menetapkan jumlah pendapatan, berdasarkan usaha yang telah dilaburkan dalam perniagaan. Apabila kita berfikiran seperti bos dan pekerja, maka kita akan lebih cenderung meningkatkan usaha, bagi membangunkan perniagaan.

Berusaha dan Bersedia Untuk Hidup Susah

Meskipun wang bukan penghalang utama untuk memulakan bisnes, masih ramai lagi gagal yang memulakan perniagaan. Ini kerana mereka didorong oleh angan-angan kosong, seperti โ€˜berniaga itu mudahโ€™, dan โ€˜berniaga itu cepat kayaโ€™.

Berniaga Sendiri - Menjadi Pekerja dan Juga Bos

Persepsi seperti ini akan mendorong kita untuk berusaha dengan kadar yang minima. Dalam masa yang sama, meningkatkan risiko untuk kita mengaku kalah lebih cepat. Ini kerana, dalam bisnes, kita perlu kuat berusaha.

Apa yang paling penting adalah, kita bersedia untuk menanggung risiko bisnes yang paling ditakuti, yakni hidup susah di peringkat permulaan.

Mulakan Bisnes Dengan Niat Mahu Merdekakan Diri

Dalam buku Think & Grow Rich, Napoleon Hill menyatakan kekayaan tidak didorong oleh wang semata-mata. Berdasarkan temuramah beliau bersama usahawan dan inventor berjaya, mereka memulakan bisnes kerana mahu merdeka.

Merdeka dalam erti kata bisnes bermaksud mencapai matlamat untuk bebaskan diri daripada segala masalah yang berkaitan, seperti wang, masa dan sebagainya. Dalam masa yang sama, golongan usahawan yang berjaya mempunyai visi, untuk menambahkan lagi peluang pekerjaan.

*Kredit gambar yang diambil daripada Flickr (Spacecake, jen hsu)


Tags: , , , ,

Komen (23)

  1. Mohamad Amirul Syafiq Sudin
    February 25, 2011

    Terima kasih Tuan Aqif Azizan diatas info yang dikongsikan. Sangat-sangat berguna!

  2. Saya sangat setuju dengan apa yang dinyatakan dalam artikel ini kerana seorang daripada mentor saya memang berbangsa cina dan apa yang dinyatakan di atas adalah seperti yang beliau nasihatkan kepada saya.

  3. Pada pandangan saya pula…memang tidak di nafikan seperti yang tuan penulis nyatakan, perlu ada nilai positif iaitu kemahuan yang tinggi, bersedia hidup susah dan mahukan bisnes memerdekakan diri, namun perlu di ingat, tidak semua orang mempunyai semangat yang sedemikian rupa… oleh itu perlulah di kaji tahap risiko serta menggunakan modal yang minima untuk memulakan sesuatu bisnes di samping terapkan nilai positif yang di nyatakan di atas …

  4. Mulakan bisnes dengan niat mahu merdekakan diri, tengok2 bila dah sebulan dua tak juga merdeka, hampa rasa hati, kemudian tutup perniagaan. Ini antara ciri orang yang selamanya akan makan gaji. Kepada usahawan2 di luar sekali kita gagal, tidak bermakna kita akan gagal selamanya. Perisian yang baik Bro Aqif ๐Ÿ™‚

  5. Untuk berjaya dalam bisnes, selain modal, kecekalan dan keyakinan terhadap perniagaan yang dijalankan amat penting sekali. Sekali kita gagal dalam sesuatu perniagaan, tidak semestinya akan gagal selamanya. Kita boleh memulakan perniagaan dalam bidang yang lain pula dan InsyaAllah kita akan menemui kejayaan.

  6. Salam Aqif.

    Walaupun saya bukan dari kalangan keluarga yang berniaga, namun oleh kerana perkara yang ke-3 iaitu bebas, saya sangat ingin mempunyai empayar perniagaan sendiri. i’Allah, semoga dipermudahkan.

    Terima kasih kerana artikel ini. ๐Ÿ™‚

  7. Semua orang ada kemahuan tinggi pada awal memulakan bisnes.. tetapi berapa banyak yang tinggal dan sanggup mengharung dugaan seterusnya.. ๐Ÿ˜‰

  8. Seringkali bila kita berbincang pasal modal perniagaan, minda akan terfikir kearah kewangan. tanpa kita sedari ada modal yang lebih penting iaitu tenaga dan minda yang sihat. tanoanya kita tidak boleh melakukan perniagaan.

  9. artikel yang ditulis oleh Tuan Aqif , kebanyakannya memang bagus… haha ๐Ÿ™‚

    walaupun wang bukan penghalang , tapi tetap perlukan wang utk buat bisnes …. tapi bukanlah bermakna kita memerlukan modal yang besar . bermulah secara kecil – kecilan . elakkan daripada membuat pinjaman bagi memulakan bisnes yang kecil …

  10. Pada saya , cara terbaik untuk memulakan perniagaan adalah memulakan dengan apa yang ada pada diri kita. Ianya boleh jadi kemahiran kita atau kita menjual produk orang lain.

    Cara yang paling senang adalah kita memulakan bisnes servis. Bisnes servis kebanyakan tidak memerlukan modal wang yang tinggi dan hampir-hampir zero kos. Contoh servis adalah seperti servis penulisan, servis mengurut badan, servis menggunting rambut di kolej (khas untuk student.)

    Bila dah ada modal sedikit barulah firkirkan untuk kembangkan bisnes atau mulakan model bisnes yang lebih memerlukan kita mengeluarkan modal besar dan sudah tentu keuntungan juga lebih besar. ๐Ÿ˜€

Pendapat anda?