Komen (37)

  1. julia ahmad
    October 25, 2013

    sangat tepat pandangan yang diutarakan terutama perihal survival skil yg tinggi wajar dicontohi golongan muda mudi yang masih menganggur dan sesiapa shj yg ingin merubah hidup..

  2. Terus-terang saya kagum dengan melihat sikap sesetengah warga asing yang berniaga di negara ini. Walau mereka datang dalam keadaan tidak membawa banyak perkara, di kemudian hari mereka mampu hidup lebih senang daripada orang tempatan.

    Di tempat saya ada orang Pakistan dahulunya berniaga rumah ke rumah dengan berjalan kaki daripada perhentian bas. Selang beberapa waktu berniaga sudah menaiki motor pula, lalu ada juga yang bisnes menggunakan kereta ke kampung-kampung.

    Sikap mereka yang tidak segan menjual membuatkan mereka berjaya. Selain itu, saya lihat networking sesama mereka juga kuat dan saling bantu-membantu antara satu sama lain. 🙂

  3. itulah realitinya..warga asing semakin rancak menyedut rezeki di bumi malaysia ini,sedangkan warga malysia sendiri berebut2 sumber rezeki yg tak seberapa antara satu sama lain..tak kisah dapat duit sikit,asalkan ada nama,pangkat dan status..di pandang hebat oleh orang lain..tapi hidup papa setiap hari…berubahla kawan2…jangan terkejut,rezeki di tepi jalan boleh dapat hingga mencecah 6 angka sebulan..

    Kita nak hidup nak kena ada duit,bukannya nak ada pangkat dan di pandang gah oleh masyarakat..biar dihina atau dicaci,tapi poket tebal dan dapat membantu lebih ramai lagi orang disekeliling..

  4. Pakistan karpet kat kampung aku setiap petang cuci dia punya Murano..Aku pakai Gen2.. Kat KL plak Pakistan dan Bangladesh ada kilang printing siap cakap kalau nak masuk projek kita boleh bagi u duit untuk jalan, kita boleh kawtim… Malu besar aku bila dengar cakap macam tu

  5. Pendatang yang datang ke sini mempunyai semangat survival yang tinggi dan memang mempunyai impian dan matlamat yang jelas untuk berjaya. Jika mereka sekadar ingin hidup biasa-biasa, mana mungkin mereka sampai ke sini. Saya sangat yakin pendatang yang datang ke sini memang bersemangat tinggi untuk berjaya. Sesiapa pun termasuk kita mampu berjaya sekiranya kita mepunyai matlamat yang jelas dan sanggup menghadapi semua masalah untuk berjaya.

  6. Bagus betul usaha mereka.

    Ada seorang pemuda pakistan di Klang. Kerjanya mesin rumput. Tiap-tiap hari beliau kayuh basikal cari pelanggan.

    Sekali bayar upah mesin rumput 50 ringgit. Ada yang kesian beri lebih. Saya tanya, “berapa banyak rumah dapat sehari?”

    Beliau menjawab, “Lebih kurang 5-6 buah sehari”

    Saya conggak, “sehari kamu dapat RM 300 !” . Senyum sahaja pemuda pakistan tadi.

    .

  7. Kat sabah pendatang asing filipina cara berniaga pn mcm tu.hingga wujudnya pasar philipin .penduduk tempatan pula jd pelanggan.

  8. Artikel yang sangat baik. Pembuka mata dan minda. Moga bertambah kesedaran – betapa cekalnya semangat untuk maju dan berjaya.

  9. hamzah a.samad
    October 30, 2013

    sungguh memberangsangkan ! ayuh semua ! mari kita semua bersatu membina satu jaringan perniagaan di bumi kita sendiri.

  10. Terima kasih…article yg sgt menarik untuk dibaca,sama2 kita renungi…ini sy nk share sket…bru tdi sy niage di downtown…smbg2 dgn seorg pekerja bangladsh…antra ayat dia…”sbaik sy x ad ic kawan..kalau sy ada ic…da lame sy bukak 3 or 4 tapak dkt downtown ni”…”banyak aa org melayu yg x suka niage mcm ni..dorg lbh suke ddok tmpt sjuk(pejabat)…xnk ambil risiko(mkn gaji)…”ayo apa la”…kepada sahabat2 terutama peniaga remaja sprti sy…ayoohh…teruskan usaha…jgn mudah mengalah dan putus asa…tawakal dan sentiasa berusaha…insyallah…

  11. Hujan emas dibumi sendiri, ramai anak muda kita yang dah biasa dengan senang.
    Cuba dah sekali rasa susah, pasti survivalnya terserlah.
    Artikel yang sangat bagus!!

  12. Terima kasih kerana menulis artikel yang berguna. Sy banyak membaca tentang warga asing. Sy ada pengalaman membeli perabot di kedai warga Pakistan. Sy terfikir bagaimana mrk survive sedang sy yg berminat berniaga masih berkira2 mencari modal dan sebagainya. Bila sy beli perabot, mereka tidak byk cakap dan hanya berlaku tawar menawar shj (mereka suka tersenyum dan lembut bercakap), customer service mrk memang kelas pertama! percaya tak, saya suruh dia angkat perabot masukkan dlm kereta saya. (Tanpa byk soal dan dgn manis muka mereka lakukan)….memang kelas! oleh itu yang baik jadikan TAULADAN, yang buruk jadikan SEMPADAN- AL Passion

  13. Salam..boleh saya tahu siapa penulis utuk artikel majalah niaga diatas..Saya ingin menjadikan artikel ini sebgai rujukan..Terima kasih..Kerjasama anda amat saya hargai..

    1. Siti Nurashikin Khalil
      April 17, 2014

      Untuk makluman Cikpuan Norhatimah, penulis artikel ini ialah Cikpuan Shikin Khalil, penulis dan penyunting Majalah Niaga. Terima kasih kerana membaca dan mengikuti Majalah Niaga! ^_^

  14. Sesiapa yg mencari dialah yg mendapat…Sesiapa yg cekal dialah yg berjaya…kejayaan bukan milik sesiapa.

  15. Aku terpaksa bercerai sebab sikap suka berjimat cermat, dan tidak suka berhutang membuat aku dibenci oleh anak-anak tiri. Bekas suami pula tidak mendidik ank-anaknya berjimat cermat dan merancang kehidupan sebab dia eksekutif petronas. Dia memang mampu bayar hutang tetapi anak-anaknya yang tidak berapa berjaya, dengan isteri masing-masing tak bekerja turut mewarisi budaya berhutang. Tak reti naik kereta 2nd hand, Tak reti menyewa dan duduk rumah buruk. Tak reti buat kerja sambilan di rumah seperti jadi pengasuh bayi atau menjahit. Paling teruk, tak reti berhenti merokok dan hormat orang tua walaupun aku sekadar ibu tiri yang banyak membantu. Lepas bercerai, hutang dengan akupun dia tak bayar. Nasiblah aku bekerja. Sekarang aku cari duit tambahan dengan jadi pemborong barang dan ejen ejen jualan aku adalah warga pakistan. Pakistan pertama yang menjadi ejen aku menaruh harapan aku akn berkahwin dengannya dan mudahlah dia melebarkan sayap perniagaan seterusnya. Memang aku tahupun strategi dia tu tetapi mana mungkin aku menolak sebab semasa aku menjanda lelaki Melayu yang solo entah mana pergi batang hidungnya tuk menolong aku. Kalau aku mengorat mereka, aku dimalukan. Bila aku menyombong, aku dikatakan jual mahal dan berlagak pula. Aku tak sanggup kena spy kalau rapat sangat dengan suami orang. Tidak mustahil aku akan membalas cinta lelaki pakistan yang masih masih solo ini. Survival skill mungkin membuat dia tidak memandang rendah pada aku yang janda walaupun 10 tahun lebih tua darinya. Kalau teruna Melayu memang takkan pandang aku yang janda tua ni. Namun aku tidak merasa pemuda pakistan itu mengambil kesempatan kerana dia dan kawan-kawannya juga membantu perniagaan aku. Orang Melayu juga banyak membantu aku tetapi sebagai pembeli dan aku hargai mereka. Begitulah selingkar kisah dicelah-celah kehidupan.

    1. Artikel pembakar semangat. Byk perkara positif dpt kt kutip walaupun kt x selesa dengan lambakan warga asing. Tempat sy sendiri, kedai runcit semua Acheh yang pegang. Dah mcm kt pulak ke tempat dia.

  16. saya tinggal di kota kinabatangan…saya ada abg angkat org pakistan..dia yang ambil sy sebagai adiknya…nama dia said afzal khan..beliau ini tauke besar market amir buner memang kaya raya sangat…orang pakistan kaya raya di tempat tinggal saya…

Pendapat anda?