Analisis Risiko Anda

February 19, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Konvensional / Perniagaan

Ada orang berkata bahawa dalam hidup kita sentiasa perlu mengelakkan risiko. Dalam hidup juga ramai orang yang takut kepada risiko. Ramai yang seram apabila mendengar perkataan risiko. Adakah kita mampu mengelakkan risiko dalam hidup?

Saya berpengalaman sebagai jurujual dalam beberapa bidang seperti hartanah, insurans, saham amanah, MLM dan sebagainya. Semasa awal penglibatan saya dalam bidang kejurujualan, salah satu perkara utama yang saya takuti adalah takut ditolak.

Apabila saya ingin membuat panggilan kepada prospek, saya bimbang dimarahi prospek kerana mengganggu mereka. Ada ketika sesetengah prospek sudah bersetuju untuk berjumpa, kebimbangan saya seterusnya adalah prospek tersebut akan bertanya soalan-soalan yang sukar untuk dijawab.

Apabila prospek sudah membeli, kebimbangan baru yang timbul adalah beliau tidak berpuas hati dengan produk yang saya jual. Daripada awal proses jual beli, kebimbangan seolah-olah bersilih ganti dari satu proses ke proses yang seterusnya.

Mengurus Risiko

Seorang jutawan yang mencatatkan keuntungan bisnes tahunan sebanyak lebih kurang RM50 juta setahun berkongsi rahsi kejayaan dalam buku beliau. Beliau mengulas tentang risiko dengan mengatakan bahawa risiko boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:

  1. Risiko bodoh
  2. Risiko terkira

Risiko bodoh juga dipanggil sebagai risiko semberono manakala risiko terkira dipanggil sebagai risiko bijak.

Kita ambil satu situasi spesifik  iaitu seorang suami yang mempunyai 5 orang anak yang ingin berhenti kerja kerana bosan. Kisah benar yang terjadi kepada sahabat saya yang bosan dengan kerjanya sebagai jurutera di pelantar minyak.

Semasa zaman bujang, beliau sememangnya kurang menggemari kerjayanya tetapi tetap meneruskannya kerana desakan ibu bapa. Tetapi apabila beliau sudah berkahwin dan terpaksa berjauhan dengan isteri saban minggu, perasaan untuk meninggalkan kerjaya semakin kuat dan beliau telah menghantar surat berhenti kerja.

Ketua unit beliau menasihati beliau untuk mengambil cuti tanpa gaji terlebih dahulu selama 6 bulan sebagai langkah berjaga-jaga. Beliau mengambil cuti tanpa gaji tanpa mengambil kira isteri yang tidak bekerja, anak yang masih kecil, dan pelbagai jenis hutang membelenggu.

Hadapi Risiko

Apabila ditanya kepada beliau tentang simpanan beliau adakah cukup untuk menampung kehidupan selama 6 bulan, beliau menjawab “Ala, tu pandai-pandai la aku nanti”.

Ternyata akhirnya simpanan beliau hanya cukup untuk kehidupan untuk 4 bulan pertama sahaja, dan 2 bulan terakhir beliau terpaksa meminjam. Ini adalah sebuah kisah contoh tentang risiko bodoh.

Risiko Terancang

Bandingkan pula dengan seorang sahabat saya yang ingin berhenti kerja daripada kerjaya selesa beliau dan ingin memulakan perniagaan.

Beliau telah mengira secara spesifik berapa bulan beliau mampu hidup tanpa sebarang pendapatan. Menurut kiraan beliau secara kasar, kos hidup beliau yang bujang dan ditambah dengan kos operasi bisnes bulanan adalah RM2000.

Beliau mempunyai simpanan di bank sebanyak RM30,000 yang menjadikan beliau mampu hidup tanpa sesen pun masuk selama 30 bulan ataupun setahun setengah. Perkiraan tersebut penting untuk beliau menjangka dan merangka gerak kerja bisnes sebelum bisnes beliau benar-benar menghasilkan pulangan yang memberangsangkan.

Atasi Risiko Anda

Alhamdulillah dengan ilmu, pengalaman bisnes semasa di universiti serta perancangan yang jitu, beliau telah berjaya dalam bisnes. Ini adalah sebuah kisah contoh tentang risiko terancang.

Kesimpulannya, risiko adalah sebahagian daripada kehidupan manusia dan tidak ada kehidupan seorang pun manusia yang boleh terlepas daripada risiko.

Kaji tentang matlamat yang ingin anda capai terutamanya risiko serta halangan dalam mencapai matlamat tersebut. Sediakan perancangan yang spesifik, laksanakannya dan bertawakal kepada Allah.

Krediti foto: 4984172550uwoshkoshbusiness-riskrisk2stephanneven


Tags: , , , , , , , , ,

Komen (4)

  1. Artikel ini sangat bagus. Bila baca,sedikit sebnyk mencarik perasaan. Risiko amat menakutkan. Tak de yang boleh terlepas. More artikel about pengurusan risiko. Saya yakin ramai yang akan mendengar untuk topik ini sbb ia fear factor yang usahawan semua sedang/ akan/ telah hadapi. Terima kasih.

Pendapat anda?