Apple & HTC Setuju Selesaikan Pertikaian Paten

November 12, 2012 — Penulis:

Kategori: Berita Bisnes

Selain daripada Samsung, terdapat satu lagi syarikat yang mempunyai isu dengan pengeluar telefon pintar iPhone 5, iaitu Apple.

apple vs htc

Sejak Mac 2010, syarikat HTC dari Taiwan dan Apple mempertikaikan isu paten. Khususnya membabitkan isu design dan casing telefon .Dari segi jualan, ternyata ia berbeza dengan Samsung. HTC mengalami penurunan jualan yang drastik sejak tahun 2011.

Peter Chou, ketua dalam syarikat HTC menyatakan, syarikat mereka berharap isu paten ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Supaya HTC dapat terus mencipta inovasi dan tidak membuang masa untuk turun naik mahkamah.

Sejak kebelakangan ini, Apple sering mengisytiharkan ‘perang paten’ bersama dengan syarikat-syarikat pembangunan telefon bimbit dan juga syarikat yang bekerjasama dengan pesaing mereka, iaitu Google.


Tags: ,

Komen (1)

Pendapat anda?