Bagaimana Cara Menjual Kepada Pelanggan Pandai Yang Banyak Duit

December 24, 2015 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan

Pelanggan pandai adalah mereka yang berada dalam golongan yang tidak buat keputusan pembelian secara membabi buta.

Mereka juga tidak terima semua maklumat atau ayat-ayat marketing secara bulat-bulat. Meskipun sifat mereka begitu, golongan pandai ini adalah golongan yang banyak duit.

Cara Pujuk dan Urut Ego

Untuk memujuk dan mengurut ego pelanggan pandai ini, perkara utama adalah menggunakan bahasa-bahasa komunikasi yang tidak membodoh-bodohkan orang lain.

Sebagai contoh, kita tidak boleh tulis:

1) Anda perlulah beli produk ini.

2) Servis ini wajib digunakan.

3) Anda rugi jika tidak beli.

Ayat-ayat di atas adalah ayat yang mencakar ego pelanggan pandai. Mereka tidak suka diajar-ajar dan dipaksa-paksa untuk membeli produk.

Biar Pelanggan Buat Keputusan

pelanggan bijak

Pelanggan pandai suka buat keputusan sendiri. Daripada menulis ayat memaksa-maksa, kita boleh tulis ayat yang mewujudkan pengaruh secara tidak sedar seperti:

Contoh produk: Produk penjagaan muka. Anda perlulah beli produk ini (RISIKO). Untuk menjaga kulit muka yang cantik, pentingnya untuk kita mengambil nutrisi XYZ secara konsisten setiap hari. Berdasarkan kajian DEF, nutrisi ini membantu merawat 10% kerosakan kulit muka.

Produk ABC mempunyai nutrisi XYZ ini. (BETUL) Dalam kes ayat di atas, kita tidak kata produk kita perlu dibeli. Kita beritahu pelanggan maklumat penting yang berkait rapat dengan masalah mereka.

Orang yang mahu jaga muka, mereka mahu tahu bahan-bahan yang digunakan. Tidak ada sesiapa yang sanggup merosakkan muka mereka secara tidak sengaja. Ayat berpengaruh tidak mencederakan pelanggan. Ia adalah ayat memuliakan pelanggan.


Pendapat anda?