Bagaimana Hasil ‘Copywriting’ Mampu Membantu Operasi Perniagaan

December 23, 2013 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Pemasaran / Strategi Online & Offline

Syarikat Besar  Kaut Untung Berganda Melalui Hasil Copywriting

Ya, memang benar syarikat besar mempunyai kakitangan jualan dan pemasaran yang ramai jualan dan pemasaran ada jabatannya yang sendiri.

Walaupun begitu ianya tidak cukup untuk menampung sasaran jualan yang telah mereka sasarkan bagi pasaran seluruh negara. Oleh kerana itulah pihak syarikat menggunakan pelbagai medium iklan bagi mempromosi serta melakukan kempen-kempen pemasaran dan jualan.

Kita boleh lihat sendiri dimana beratus iklan disiarkan sehari di televisyen. Begitu juga iklan yang berkumandang di radio. Tidak lupa juga dari iklan kecil hinggalah iklan satu muka penuh di surat khabar mahupun majalah arus perdana.

Cuba kita bayangkan betapa ramainya penonton televisyen yang akan menonton iklan komersial? Berjuta?

Berapa ratus ribu pendengar radio pula yang akan mendengar iklan di radio dan berapa juta pula pula yang akan membaca iklan di surat khabar atau majalah untuk sekali siaran? Tidak perlu saya jawab kerana anda sendiri boleh merasai impaknya.

Jadi kita boleh nampak potensi iklan ini mampu sampai sehingga kepada jutaan orang dalam masa yang serentak.  Tidak perlu seorang jurujual pergi berjumpa seorang demi seorang dari jutaan prospek bagi menyampaikan mesej jualan.

Jika dibandingkan seorang jurujual dengan sebuah iklan, katakan jurujual tersebut mampu berjumpa dengan sepuluh orang sehari, untuk beliau berjumpa dengan sejuta orang sehari bermakna;

10 orang = 1 hari

1,000,000 orang = 1,000,000 / 10 = 100,000 hari

100,000 hari = (100,000 hari / 30 hari) / 12 bulan = 278 tahun

Ini bermaksud untuk mencapai sejuta orang seorang jurujual itu terpaksa mengambil masa 278 tahun dan bagi mencapai sejuta dalam sehari dan ianya memerlukan jurujual seramai 100,000 jurujual. Ini mustahil untuk dicapai.

Maka kesimpulannya mahu tidak mahu syarikat besar terpaksa menggunakan hasil copywriting sebagai senjata pemasaran mereka.

Jadi kita boleh lihat sekarang bagaimana hasil copywriting melalui iklan dapat membantu syarikat besar mengembangkan perniagaan. Sejumlah kos yang amat besar dapat diturunkan secara drastik.

Bagaimana Hasil Copywriting Boleh Membantu Perniagaan Kecil

Jika kita lihat bagaimana syarikat besar boleh membuat keuntungan berlipat kali ganda dengan bantuan iklan dalam usaha pemasaran mereka, perniagaan kecil-kecilan juga boleh mendapat manfaatnya juga.

Sebagai peniaga kecil-kecilan kita tidak perlulah sehingga meletakkan iklan di televisyen atau dengan kata lain melakukan pelaburan besar dalam pengiklanan. Ia merupakan sesuatu yang tidak relevan.

4128653764_ce713e1d9d_z

Iklan Kecil Klassifikasi – Senjata Pemasaran Yang Sering Dipandang Sebelah Mata

Apa yang bakal saya tunjukkan ini bagaimana anda boleh mengunakan konsep yang sama melalui sistem pemasaran dan pengiklanan yang rendah kosnya namun memberi pulangan yang tinggi. Idea untuk menggunakan hasil copywriting ini adalah kerana:

  • Anda tidak mahu menggajikan seorang jurujual pun
  • Mahu menjimatkan kos pemasaran anda
  • Anda tidak perlu untuk turun padang melaklukan jualan secara terus
  • Dengan usaha pemasaran yang sedikit mampu memberi jualan yang banyak

Hasil Copywriting Bukan Setakat Mampu Menjual

Hasil Copywriting ini bukan sekadar untuk menjual produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan semata-mata. Ia lebih dari itu. Ia mampu perniagaan kecilan untuk mengembang dan meningkat ke satu tahap lagi.

Hasil Copywriting Menjimatkan Kos Pemasaran

Dengan penggunaan hasil ‘copywriting’ ianya bakal menjimatkan banyak kos perniagaan. Dengan penjimatan ini kita boleh pindahkannya untuk melipat gandakan lagi usaha pemasaran yang bakal melipat ganda lagi pulangan yang besar kepada perniagaan kita.

Hasil Copywriting Sebagai Intipati Kepada Proses Penjenamaan

Penjenamaan perniagaan anda dapat dilakukan melalui penulisan. Penjenamaan bukan setakat logo dan moto sahaja kerana keduanya hanyalah alat penjenamaan.

Penjenamaan adalah jawapan kepada kenapa prospek atau pelanggan memilih pernigaan atau produk kita. Penjenamaan juga adalah proses meletakkan perniagaan atau produk kita pada tahap kedudukan yang kita mahukan. Penjenamaan mencipta imej yang perlu kita tonjolkan dalam pasaran kita.

Jangan kita fikir perniagaan kita tidak perlukan proses penjenamaan kerana kita hanya menjalankan perniagaan kecil maka kita silap. Ingat bahawa penjenamaan adalah intipati akan kenapa pelanggan memilih kita.

Hasil Copywriting Sebagai Alat Untuk Membina Aset Perniagaan

Prospek merupakan aset kepada perniagaan kita. Walaupun prospek belum lagi mendatangkan apa-apa keuntungan kepada kita namun keuntungan yang bakal diperoleh mungkin tidak dapat kita bayangkan.

Jangan Pandang Sebelah Mata

Kini anda sudah tahu akan betapa pentingnya hasil copywriting dalam perniagaan anda. Ramai yang memandang sebelah mata terhadap kepentingan dan keberkesanan hasil copywriting  sehingga merasakan kaedah pemasaran jualan yang sedang diamalkan merupakan satu-satunya kaedah terbaik yang ada.

Padahal jika kita dapat menghasilkan hasil copywriting yang baik dan betul ianya akan membantu kita dalam pemasaran dan jualan.

Jadi samada kita hasilkan sendiri atau mengupah seorang copywriter untuk menghasilkannya. Apa pun perlukan ilmu. Carilah seorang mentor yang boleh berkongsi ilmu copywriting ini kepada anda.

Jika tidak menghasilkan sendiri hasil copywriting, ilmu tersebut akan menjadikan anda seorang pengguna yang bijak yang bukan sekadar mengupah seorang copywriter tetapi ia tahu dan faham apa sebenarnya yang diupah.

Kredit foto: festivalcopywritercopywriting


Tags: , , , ,

Komen (8)

  1. Akmal Aizat,

    Kaedah copywriting sesuai untuk semua jenis produk atau perniagaan cuma bagaimana kreatifnya kita menggabungkan copywriting dengan strategi pemasaran kita.

  2. Syamil Che Abdullah
    December 30, 2013

    Apakah pengertian sebenar kaedah “copy writing” ini tuan? Mohon tunjuk ajar..terima kasih

  3. Keajaiban copywriting memang tidak dapat dipertikaikan. Ianya senjata komunikasi antara kita dan pelanggan.

    Saya telah belajar sesuatu dari Tuan Zahrul; “Betapa sekeping kertas putih yang dicalitkan dengan ilmu copywriting mampu ‘ditukarkan’ menjadi helaianRM – tanpa kita perlu bersemuka dengan si pembeli”.

    Walau apa sekalipun medium pemasaran yang kita gunakan, tak cukup rencahnya kalau tidak ditabur dengan Ayat Magic.

Leave a Reply to PrettyBlossom Batal (Cancel)