Ingin Menjadi Penulis?

Umum ketahui bahawa matlamat utama kami di Majalah Niaga ialah ingin memberikan informasi yang berguna dan berkualiti kepada para pembaca. Kami benar-benar berhasrat untuk menjadi satu medium keusahawan yang menjadi rujukan semua para usahawan ataupun bakal usahawan.

Jadi, Majalah Niaga hanya memerlukan artikel yang berkaitan dunia keusahawanan sahaja. Kami juga faham bahawa untuk menghasilkan artikel yang berinformasi dan berkualiti bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, pihak kami sangat berbesar hati andaikata anda ingin menjadi penulis yang aktif di Majalah Niaga.

Beberapa Kriteria Yang Kami Cari

Anda adalah orang yang kami cari. Namun, kami perlu tetapkan beberapa kriteria wajib untuk anda penuhi sebelum memohon agar kualiti dan informasi yang ada pada sesuatu artikel itu terjamin.

1) Artikel yang berkaitan dunia keusahawan sahaja yang boleh diterima.

2) Anda mesti menulis sesuatu topik yang berkaitan dengan industri anda.

3) Anda perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul.

4) Artikel hendaklah mematuhi batas-batas agama Islam.

5) Artikel hendaklah tulen dan unik. (Tidak pernah disiarkan dimana-mana web)

*Kriteria-kriteria lain akan ditambah dari semasa ke semasa.

Mana-mana penulis yang menghantar artikel tetapi tidak memenuhi kriteria di atas, pihak kami berhak untuk tidak menyiarkan artikel anda di Majalah Niaga.

Kelebihan Menyumbangkan Artikel

Salah satu polisi pihak pengurusan Majalah Niaga ialah mengamalkan situasi menang-menang dengan para penulis. Untuk permulaan, pihak kami tidak dapat memberikan sebarang saguhati di dalam bentuk wang ringgit kepada para penulis sehinggalah pihak kami mampu untuk membayarnya.

Apabila kami sudah mampu membayar setiap artikel yang disumbangkan, sudah tentu kami akan mengetatkan syarat bagi penulis-penulis baru dan layanan istimewa diberikan kepada penulis lama yang sanggup menyumbangkan artikel secara percuma sebelum ini.

Apa yang boleh kami berikan kepada para penulis Majalah Niaga ialah medium untuk membina kredibiliti kerana artikel yang disiarkan di sini akan dibaca oleh ribuan pengunjung. Di bawah setiap artikel, kami akan letakkan pautan untuk ke blog/web penulis.

Sampai satu tahap para penulis sudah mempunyai pembaca setia yang ramai, pihak Majalah Niaga akan cuba anjurkan bengkel ataupun seminar yang dirasakan sesuai.

Pihak Majalah Niaga juga akan memberikan beberapa lagi kelebihan istimewa lain yang berkaitan Majalah Niaga dan perkara ini akan dimaklumkan setelah anda menjadi penulis bagi Majalah Niaga.

Berminat? Ikuti Tiga Langkah Berikut

Terima kasih kerana anda berminat untuk menjadi salah seorang penulis di Majalah Niaga. Ikuti beberapa langkah berikut:

1) Hantarkan pengenalan ringkas mengenai diri anda, kemahiran anda dan apa yang anda minat ke

2) Sertakan sekali contoh-contoh artikel yang pernah anda hasilkan. Atau apa-apa attachment yang dirasakan perlu.

3) Pihak kami akan menghubungi anda untuk proses selanjutnya.

Itu sahaja. Semoga kita dapat bekerjasama untuk membangunkan Majalah Niaga dan pada masa yang sama wujud situasi menang-menang.