Bagaimana Jemput Duit Dari Poket Pelanggan?

July 11, 2012 — Penulis:

Kategori: Komunikasi

Pelanggan tidak akan beli produk kita.

Pelanggan Benci Produk

Selagi mana kita tidak memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Dalam mana-mana bisnes yang berjaya menghasilkan jutaan sehingga ratusan juta ringgit setahun, terdapat satu persamaan yang ketara.

Persamaan itu adalah prinsip pemasaran.

Pemasaran bukan aktiviti menjual. Ia adalah aktiviti yang memberikan kesedaran terhadap para pelanggan mengenai kewujudan produk kita. Malah, pemasaran adalah satu bentuk aktiviti bagi menyampaikan mesej yang jelas berkaitan dengan produk.

Kebanyakan peniaga yang gagal menjual adalah terdiri daripada mereka yang gagal menyampaikan mesej pemasaran yang betul.

Mencipta Mesej Produk Persuasif

Untuk mencipta mesej pemasaran yang dapat mempengaruhi pelanggan untuk mengeluarkan duit daripada poket mereka, pemahaman terhadap kelebihan produk adalah penting.

Kebanyakan masa, ramai peniaga di luar yang menerangkan tentang ciri-ciri produk berbanding kelebihan. Sebagai contoh:

“Televisyen XYZ mempunyai 1,800 piksel paparan berskrin LCD.”

Televisyen LCD

Penerangan ciri-ciri produk tidak dapat menarik perhatian pelanggan untuk mengetahui maklumat lanjut tentang produk. Kerana mereka tidak faham apa yang kita maksudkan.

Berbeza dengan kelebihan,

“Televisyen XYZ ini memberikan paparan skrin yang lebih jelas, terang dan selesa. Ia seperti kita memiliki televisyen yang mempunyai paparan skrin yang paling cantik pada abad ini.”

Mesej berkaitan dengan kelebihan produk lebih mudah untuk membuatkan pelanggan faham tentang apa yang kita ingin sampaikan. Apabila mereka faham, setidak-tidaknya mereka akan memberikan kebenaran kepada kita untuk menerangkan fungsi produk dengan lebih lanjut.

3 Elemen Penting Mesej Persuasif

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pakar pemasaran, terdapat 3 elemen penting yang sering digunakan untuk mendorong pelanggan membeli produk. Elemen-elemen ini biasa digunakan dalam dunia perniagaan online.

Dari sudut pelanggan, dialog mereka adalah seperti berikut:

#1 – Baik, Aku Faham Fungsi Produk Ini

Kaji produk dan senaraikan fungsi-fungsi produk. Kemudian sampaikan mesej menggunakan bahasa dan juga perkataan yang mudah difahami pelanggan. Setiap jenis pelanggan berbeza tahap pemahaman.

Kajian produk dan tingkah laku pelanggan yang betul dapat mencipta keuntungan yang besar.

#2 – Terus Ke Keperluan Mereka

Elakkan daripada mencipta mesej yang syok sendiri. Sampaikan mesej pemasaran yang berlandaskan keperluan pelanggan. Contohnya, jika kita menjual tudung, mesej pemasaran yang terus kepada keperluan pelanggan adalah seperti:

  1. Tutup aurat bahagian kepala dalam masa kurang 60 saat.
  2. Warna dan tema reka bentuk tudung yang cantik dan menawan hati orang yang melihatnya.
  3. Si pemakai cantik seperti puteri raja apabila mengenakan tudung ini.

#3 – Dorong Tindakan

Mesej yang bagus tanpa tindakan tidak akan mempengaruhi pelanggan untuk keluarkan duit dari poket. Letakkan ayat dorongan tindakan, supaya mereka tahu langkah seterusnya.

Call To Action - Dorongan Tindakan

Sebagai contoh, gunakan ayat seperti, “Hubungi kami sekarang di XXX-XXX-XXX,” dan sebagainya.

Seminar Pemasaran Online – 30+ Rahsia Pemasaran Percuma

Kelebihan Seminar Pemasaran Online anjuran Majalah Niaga adalah barisan penceramah dan ilmu yang dikongsikan.

Seminar Pemasaran Online - Majalah Niaga

Pada 14hb Julai 2012, para peserta akan ditunjukkan teknik yang mudah dan berkesan untuk:

  • Mencipta sumber pendapatan baru dengan hanya duduk di hadapan laptop.
  • Cara memikat pelanggan menggunakan 3 strategi efektif pemasaran online.
  • Langkah demi langkah menghasilkan tulisan memikat pelanggan.
  • Rahsia menggunakan Facebook untuk menarik duit.
  • Dan banyak lagi.

Pendaftaran kini terhad untuk 9 orang peserta sahaja lagi. Lakukan pendaftaran sekarang menerusi pautan di bawah.

Daftar Seminar Pemasaran Online (Klik Sekarang)

Lebih 30+ rahsia pemasaran dan cara buat duit lumayan di dunia online dibongkarkan oleh para penceramah iaitu Tuan Hasbul ‘Aqill, Hasbul ‘Ariff dan Aqif Azizan.

Kredit: Adworkz, CMS Wire, AyushVeda.


Tags: , , ,

Komen (4)

Pendapat anda?