Bagaimana Mempengaruhi Prospek Menjadi Pembeli

July 11, 2011 — Penulis:

Kategori: Komunikasi

Dalam mana-mana organisasi bisnes, sebahagian besar keuntungan syarikat dinilai berdasarkan jualan yang berjaya dihasilkan pada tahun tersebut. Kajian juga menunjukkan kebanyakkan syarikat-syarikat besar, sanggup memperuntukkan wang sehingga jutaan ringgit bagi melatih pekerja mereka menjadi jurujual yang berkebolehan.

Richard Newman, antara melaburkan jutaan ringgit bagi melatih pekerjanya

Antara teknik menjual yang efektif adalah teknik jualan berpengaruh. Teknik jualan berpengaruh ini mampu mewujudkan keselesaan kepada prospek, seterusnya memudahkan proses untuk bertukar menjadi pembeli.

Adunkan Emosi Ke Dalam Diri Prospek

Teknik ini sering digunakan oleh pakar surat jualan, dimana kita membawa pelanggan ke arus pemikiran apabila mereka mendapatkan produk yang dijual. Sebagai contoh, kita menjual produk menguruskan badan.

Kita boleh mengajak prospek untuk memikirkan keadaan mereka yang dahulunya gemuk, kini menjadi kurus dan mendapat perhatian jejaka-jejaka kacak di luar sana. Sebagai seorang prospek yang mengalami masalah berat badan, kemungkinan besar mereka akan terpengaruh dengan nilai emosi yang dibawa oleh penjual.

Jika kita lihat pada keadaan sekeliling, produk-produk kecantikan wanita biasanya akan menggunakan teknik ini. Ini kerana secara lazimnya, semua wanita ingin kelihatan langsing dan cantik.

Gunakan Saluran Visual

Dalam buku Ilmu Pengaruh karya Syahrul Nizam Junaini, beliau menyatakan saluran visual mampu mempertingkatkan lagi kesan pengaruh kepada otak sebanyak 25 kali ganda.

steve jobs

Manakala dalam buku Carmine Gallo iaitu The Presentation Secrets of Steve Job, kajian menunjukkan persembahan secara visual mampu mempertingkatkan pengaruh sebanyak 65%, berbanding teks.

Ini jelas menunjukkan penggunaan visual ketika menjual mampu meningkatkan potensi, supaya prospek menjadi pelanggan.

Contoh visual yang boleh dilakukan adalah menerusi social proof. Dalam kes produk kecantikan wanita, gambar-gambar individu yang telah berjaya menghilangkan jerawat, menguruskan badan dan sebagainya dikira sebagai visual social proof.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (ukbodytalk)


Tags: , , , , , , ,

Komen (7)

  1. Perkongsian menarik dari tuan aqif.Seperti kat patric chan dalam temubual Jamal..kita berhubung dengan manusia dalam perniagaan internet.Jadi memang manusia ada emosi yang harus dimanipulasikan serta manusi memang suka pada benda visual

  2. terima kasih atas panduan yang diberikan. memang betul perniagaan internet ini perlu mempunyai hubungi emosi kerana boleh dikatakan 99% hubungan dgn pelanggan menggunakan medium internet.Mcm mana nak prospek yakin dengan apa yg kita lakukan dgn medium ini. Tapi bukan senang nak buat. Cuba dan cubalah.Belajar drp org berpengalaman.

  3. Zulhilmi Zainudin
    July 12, 2011

    Saya setuju. Adalah lebih baik berkongsikan slaid yang ada gambar berbanding slaid yang hanya ada teks. Nanti, orang tidur! 😀

Pendapat anda?