Bagaimana Mengaut Keuntungan Berganda Dengan Pemasaran Konsep Percuma?

September 22, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Pemasaran / Strategi Online & Offline

Percuma adalah antara cara pemasaran yang tidak menggunakan kos, dalam masa yang sama mampu memberi impak yang tinggi kepada sesebuah bisnes. Kata Chris Anderson, penulis buku Free: The future of a radical price,

“If you are ready to give away what is most precious to you, you may be amazed  at what the world gives back.”

Dalam akhbar Sinar Harian, pernah disiarkan tentang AirAsia menawarkan 2.5 juta tempat duduk percuma bagi tempoh perjalanan antara 5 Januari, 2015 dan 31 Julai, 2015. Namun, adakah AirAsia terpaksa menanggung kerugian yang tinggi? Tidak. Sebaliknya dengan memberikan tempat duduk percuma, mereka peroleh lebih banyak untung.

Air Asia

Di MajalahNiaga.com, turut dikongsikan artikel Bagaimana Air Asia Mengaut Untung Tambahan RM200 Juta? Jawapannya adalah kerana mereka menggunakan konsep percuma yang berstrategi. Dengan menawarkan tempat duduk percuma, Air Asia akan mengaut keuntungan daripada produk-produk mereka yang lain. Seperti makanan dan minuman ketika dalam penerbangan, pembelian selimut, perkhidmatan beg.

2 Contoh Bisnes Yang Menawarkan Konsep Percuma

Saya mulakan dengan contoh;

1 – Kedai bakeri , bahan-bahan dan peralatan berkaitan

Saya pernah masuk satu kedai di tempat tinggal saya dahulu di mana kedainya menjual bahan-bahan bakeri, dan peralatan berkaitan. Kedainya tak putus-putus dimasuki pelanggan, walhal ada kedai bakeri lain berhampiran tetapi kedai yang ini luar biasa bilangan pengunjungnya. Mengapa? Ini yang saya perhatikan.

Kedai bakeri kek

Kedainya sangat ‘bermurah hati’ berkongsi pelbagai resipi yang bagus-bagus yang bukan sahaja dilekat pada tepung-tepung, bahkan siap ada koleksi kertas resipi yang kecil-kecil di kaunter pembayaran yang boleh diambil percuma oleh sesiapa.

Saya amati lagi. Sambil membayar, pelanggan juga sibuk bertanya tip itu dan ini mengenai masakan kepada si penjual. Memang meriah, si penjual pula sangat gembira berkongsi pengalamanya. Kedainya juga ada menjual serba sedikit majalah, dan buku-buku berkaitan masakan, senang untuk menyarankan kepada pelanggan yang banyak sangat bertanya pada pandangan saya.

2 – Peniaga produk secara online

Sebagai contoh penjual alat-alat mekap, penjagaan diri, kesihatan dan kecantikkan boleh kongsi nasihat-nasihat umum berkaitan kesihatan, amalan pemakanan yang baik dan sebagainya.

Pelbagai maklumat event berkaitan seperti marathon, senam aerobik atau apa-apa maklumat terkini seperti terdapat spa atau gym yang baru dibuka di kawasan anda juga boleh dikongsi. Untuk penjual pakaian dan aksesori saya boleh cadangkan tip dan cara pemakaian, padanan dan fabric mengikut kesesuaian.

Terdapat banyak majalah-majalah fesyen versi online yang boleh dijadikan panduan, dan topik perkongsian bersama. Bersahabat dengan rantaian penjual yang mempunyai sasaran pasaran yang hampir sama ,seperti penjual baju wanita dengan penjual aksesori wanita seperti beg tangan, kasut dan sebagainya.

Temuduga Kerja Kosong

Dengan ini boleh saling mempromosikan produk rakan-rakan di web, blog, atau page masing-masing.

5 Usaha Untuk Berkongsi Maklumat Percuma

1. Ilmu

Memang benar apa yang guru-guru di zaman sekolah dulu selalu ingatkan,

‘Ilmu tangga kejayaan’

Untuk berjaya dan konsisten dalam perjalanan membina rantaian pelanggan-pelanggan setia, jangan pernah jemu mencari dan menggali ilmu berkaitan perniagaan anda.

2. Cinta

Cinta buku

Kasih dan cinta seperti si penjual di kedai bakeri di atas, beliau tanamkan minat yang mendalam dalam bidang masak-memasak.

3. Ikhlas

Perkongsian yang paling baik adalah dari akal, hati dan tindakan. Teknik itu penting, tetapi perkongsian dari hati yang ikhlas mampu menyentuh jauh lebih dalam dari yang luar.

4. Jangan Risau

Jangan risau dan ‘kedekut’ dengan maklumat dan perkongsian yang tidak memihak terus kepada barangan yang dijual.

5. Sahabat

Kita sememangnya diciptakan untuk saling mengenal, kejayaan memang perlu ‘bersama’ atau berjemaah. Walaupun mungkin ada yang tidak sehaluan dengan anda, tapi pasti ada yang mahu bersama anda. Pilih yang jernih buang yang keruh.

Kredit foto: Gcair


Tags: , ,

Pendapat anda?