Bapa Kaya, Bapa Miskin, Kini Bapa Sudah Bankrap

October 12, 2012 — Penulis:

Kategori: Berita Bisnes

Berita yang mengejutkan. Laporan daripada Forbes menyatakan bahawa penulis buku kewangan popular Rich Dad Poor Dad, Robert Kiyosaki mengalami masalah besar. Syarikat beliau iaitu Rich Global LLC kini sedang dalam proses bankrap.

Robert Kiyosaki Jatuh Bankrap

Semua ini gara-gara kegagalan syarikat itu membayar wang bernilai USD24 juta kepada Learning Annex dan Pengerusinya, Bill Zanker. Walaubagaimanapun, kerugian ini tidak melibatkan aset peribadi Robert Kiyosaki. Ia dikenali sebagai corporate bankruptcy.

Robert secara peribadinya tidak lagi menguruskan syarikat Rich Global LLC. Kini beliau memberikan tumpuan kepada salah satu daripada syarikatnya iaitu Rich Dad Co. Isu bankrap ini menjadi satu isu yang cuba dimanipulasikan oleh media dan kebanyakan pihak lain.

Adakah ini bermakna jenama Robert Kiyosaki akan rosak walaupun syarikat itu tidak mempunyai kaitan dengannya lagi? Sebagai media dalam industri bisnes, hanya jawapan beliau secara peribadi sahaja dapat menjawab persoalan ini.


Tags:

Komen (1)

Pendapat anda?