Beli Rumah Sub Sale Murah – Teknik Muka Sembelit

October 01, 2012 — Penulis:

Kategori: Hartanah / Pelaburan

“Abang Ensem, Ada lagikah rumah murah sekarang ini? Satu lagi, bagaimana Abang Ensem boleh dapatkan harga yang rendah bagi kebanyakan rumah? Abang Ensem ada pakai ‘pemanis’ ke semasa bersemuka dengan pemilik rumah atau penjual rumah itu?

Tanya seorang peserta seminar hartanah yang saya anjurkan baru-baru ini.

Rumah Subsale Bawah Nilai Pasaran

Sememangnya ramai yang hairan, tidak kurang juga yang dengki dan iri hati apabila mengetahui bahawa kebanyakan rumah subsale yang saya miliki dibeli pada harga di bawah nilai pasaran. Ramai yang ingin tahu rahsia saya mendapatkan harga di bawah nilai pasaran bagi kesemua rumah subsale yang saya beli itu.

Tambah-tambah lagi dengan kenaikan harga rumah yang begitu ketara akhir-akhir ini. Jawapan saya kepada mereka biasanya mudah,

“Selama mana ada manusia yang berada dalam keadaan terdesak, maka selama itulah peluang untuk mendapatkan harga rumah subsale di bawah nilai pasaran terbuka luas”.

Tetapi bagaimana cara Abang Ensem berunding dengan pemilik rumah atau penjual agar harga yang Abang Ensem inginkan dapat dimiliki? soalan lanjutan dari si peserta cuba mencungkil rahsia yang saya praktikkan selama ini. Ya, semuanya kerana ‘muka sembelit’ yang diperlihatkan oleh rakan yang saya bawa setiap kali membuat tinjauan atau ‘site viewing’ rumah subsale yang ingin dibeli.

Apa Itu ‘Muka Sembelit’?

‘Muka sembelit’ dalam kamus pelaburan saya membawa maksud riak wajah tanpa senyuman yang bakal mengundang rasa resah di dalam hati pemilik rumah atau penjual yang terdesak.

Teknik-Muka-Sembelit

Apa pula tugas si ‘muka sembelit’?

Tugasnya mudah. Si ‘muka sembelit’ perlu menjadi ‘tukang komplen’ kepada setiap sisi negatif yang ada di dalam rumah yang ingin dibeli. Sebarang kerosakan sama ada besar atau kecil bakal menjadi ‘poin’ penting bagi meminta pengurangan harga daripada pemilik rumah atau penjual.

Mereka perlu mempunyai pengetahuan tentang kos bagi sebarang kerosakan yang wujud, bagi menggoyahkan lagi perasaan terdesak pemilik rumah atau penjual. Serta kos yang disampaikan oleh mereka ini pastinya akan menjadi jumlah diskaun yang perlu diberikan oleh mereka.

Begitulah salah satu tip yang akhirnya berjaya merungkaikan rasa hairan di benak peserta saya tadi, malah rasa hairan itu juga pastinya turut dikongsi oleh khalayak pembaca majalah ini.

Apa yang mampu saya katakan ialah, ianya sememangnya satu teknik yang telah saya praktikkan selama ini dan anda bebas untuk mencuba dan seterusnya menilai keberkesanan teknik ini untuk pembelian rumah subsale anda yang seterusnya.

Kredit gambar – (jencu, Kansas Sebastian)


Tags: ,

Komen (6)

  1. Anwar An-Nur
    October 3, 2012

    Sekiranya rumah itu mempunyai permintaan tinggi,
    tidakkah tuan rumah akan mengabaikan sahaja strategi ini ?

  2. kalau aku buatla muka sembelit macam mana pun, aku takkan jual murah punya rumah aku sebab aku dah beli kat good location..

  3. Aku kalu nak g beli barang mmg x teh sorang2.. Sbb x pandai nak minta tawar dan buat muka sembelit.. hehe..
    So lepasni nak kena bawa yg pakar bila nak gi cari rumah subsale camni..

Pendapat anda?