Berani 2013 – 2,700 Peserta Terima Suntikan Inspirasi Kekayaan Kejayaan

December 31, 2012 — Penulis:

Kategori: Berita Bisnes

“Hidup manusia di muka bumi ini ada dua fungsi. Samada kita memberi inspirasi atau depresi kepada manusia lain.” – Dr. Azizan Osman.

Tanpa keberanian, mimpi tidak akan menjadi kenyataan. Ini adalah mesej simbolik yang dibawa ke dalam satu lagi program eksklusif, anjuran syarikat Richworks International Sdn Bhd iaitu Berani 2013.

Berani 2013

Bermatlamatkan untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat Malaysia, supaya menjadi insan yang lebih kaya dan berjaya, program ini berjaya menarik lebih 2,700 hadirin yang berani hadir ke Wisma MCA, Kuala Lumpur.

Dalam masa 4 jam, 2,700 hadirin dikongsikan tip-tip untuk mencipta kejayaan, kebahagiaan, keberkatan, dan kekayaan. Kejutan juga berlaku apabila peserta Maharaja Lawak Mega turut hadir, iaitu Afdlin Shauki.

Beliau berkongsi pengalamannya sepanjang berada di Gaza, Palestin. Serta bagaimana pengalamannya itu dapat menjelaskan bahawa untuk menjadi orang yang kaya dan berjaya, kita hanya perlu bermatlamatkan untuk memperoleh redha Allah.

Sumbangan mengejut sebanyak RM47 ribu oleh Dr. Azizan Osman juga turut diberikan kepada Afdlin Shauki, dalam usahanya membangunkan masjid di Gaza untuk kegunaan ribuan masyarakat di sana.

Azizan Osman School of Business & Technology

Selain daripada pengisian maklumat dalam program yang bermanfaat, Dr. Azizan Osman juga sekarang sedang aktif bergerak untuk membangunkan universiti usahawan, yang diberi nama Azizan Osman School of Business & Technology.

Ini adalah satu daripada usahanya untuk membentuk nilai ekonomi umat Melayu Islam di Malaysia supaya lebih maju di masa akan datang. Proses pembinaan universiti usahawan ini akan bermula pada tahun 2013.

Dr. Azizan berkata, “Saya komited untuk membangunkan universiti ini untuk membantu orang ramai, khususnya masyarakat di Malaysia untuk menjadi usahawan dan dermawan yang berjaya.”

Tambahnya lagi, “Antara ukuran kekayaan agama kita hari ini adalah jumlah zakat pendapatan dan perniagaan yang dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan.”

Beliau meletakkan matlamat dan harapan supaya perjuangan untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai ini dapat membantu dalam memacu ekonomi agama, bangsa dan negara.

 

Pendaftaran program Berani 2013 di seluruh Malaysia (Klik Di Sini)

 


Tags: , , , ,
seo

Laporan Percuma Dominasi Google Dengan Kuasa SEO

Muat turun segera secara percuma 7 rahsia dominasi Google dengan kuasa SEO.

Muat Turun Sekarang

Komen (2)

  1. rukayah lias
    December 31, 2012

    salam..
    boleh x adakan seminar bisnes ni di sarawak….
    kami benar2 mengharapkan info yg bguna utk biz kami.
    d swak kurang menawarkn program yg sbegini rupa. Besar harapan agar
    Dr Azizan btandang k sarawak….

Pendapat anda?