The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.
  • Bersalam – Menunjukkan Siapa Diri Anda

    Tidak semua bangsa di dunia bersalam sebagai tanda perkenalan. Di Malaysia, ia merupakan situasi yang normal.

    Berjabat Tangan

    Namun berlainan pula di Jepun, menundukkan kepala merupakan tanda perkenalan dan hormat.

    Sesetengah negara lain seperti Perancis, ciuman menjadi lumrah manakala sesetengah negara contohnya di negara Timur Tengah, bersalam di antara mereka yang berlainan jantina merupakan satu kesalahan.

    Walau bagaimanapun, bersalam atau berjabat tangan merupakan salah satu cara perkenalan yang diterima pakai, oleh sebahagian besar negara di dunia terutamanya dalam arena perniagaan.

    Bersalam merupakan komunikasi ‘non-verbal’ yang banyak menceritakan sesuatu tentang seseorang seperti:

    Adakah seseorang itu bersikap terbuka, yakin, ramah, tidak boleh dipercayai dan sebagainya.

    Bagaimana untuk mengetahuinya?

    4 Jenis Genggaman Salam

    #1 – Genggaman Terlalu Kuat

    Mudah sahaja, sekiranya seseorang bersalaman dengan anda dengan genggaman yang terlalu kuat, ia menyatakan seseorang itu suka mendominasi atau menguasai, agak ego dan kurang dipercayai.

    Genggaman Salam Kuat - Sifat Ego

    Dia sentiasa ingin menang dalam banyak hal. Berhati-hati jika anda memiliki rakan niaga sebegini. Anda perlu tegas untuk menyuarakan pandangan anda terhadap sesuatu keputusan supaya anda tidak dikuasai olehnya.

    #2 – Genggaman yang Lemah

    Manakala, gengaman tangan yang lemah pula menyatakan ketidakyakinan diri, tidak berminat, sambil lewa dan tidak mesra. Anda harus belajar untuk berjabat tangan dengan kemas dan kukuh.

    Kerana gengaman tangan yang lemah boleh menjejaskan imej keyakinan diri yang anda ingin tonjolkan di mata klien anda.

    #3 – Genggaman Ganjil

    Berhati-hati juga dengan gengaman tangan yang ‘ganjil’. Terutamanya jika berlainan jantina seperti mencuit atau mengeletek tapak tangan anda ketika bersalaman.

    Sekiranya anda wanita dan anda bertemu lelaki yang bersalam seperti ini di pertemuan pertama, maka eloklah awal-awal anda ucapkan selamat tinggal. Kerana lelaki sebegini jelas mencerminkan sikap yang kurang menghormati anda sebagai seorang wanita atau rakan niaga.

    Beliau mungkin mempunyai agenda tersendiri.

    #4 – Genggaman Kukuh

    Manakala gengaman tangan yang kukuh, tidak terlalu kuat dan dan tidak terlalu lemah disertai dengan raut wajah yang menunjukkan minat, berbicara dengan memandang muka anda mencerminkan seorang yang mempunyai keyakinan diri, berani dan menghormati orang lain.

    Bila Perlu Bersalaman?

    Mungkin ada diantara kita yang tidak pasti bilakah kita perlu bersalam. Tip di bawah boleh memberi anda sedikit idea bila perlu untuk bersalaman.

    Bila Perlu Bersalam Dengan Pelanggan

    Antaranya:

    1. Ketika bertemu seseorang dan ketika anda mengucapkan selamat tinggal.
    2. Ketika bertemu orang untuk pertama kalinya.
    3. Ketika seseorang memasuki rumah atau datang ke pejabat anda.
    4. Ketika bertemu dengan tuan rumah dan ketika diperkenalkan kepada tetamu yang lain.
    5. Ketika anda bertemu seseorang yang anda sudah kenali sama ada di rumah atau di luar rumah.
    6. Ketika mengakhiri sesuatu acara  atau meninggalkan acara sosial.

    Sekiranya anda menghadiri majlis sosial atau perniagaan, pegang gelas minuman disebelah kiri dan bukannya di sebelah tangan kanan anda ketika sesi suai kenal sedang berlangsung.

    Apabila tangan kanan anda memegang gelas, amat sukar untuk anda bersalam terutama jika tangan anda lembab dan basah disebabkan titisan ais daripada gelas tersebut.

    Ini menyebabkan anda kelihatan tidak perihatin terhadap keselesaan mereka yang menghulurkan tangan tanda perkenalan.

    Kredit: Nicola KorboyAndreas Constantinou, Prmelat

    Pengiklanan Premium

    Tags: , , , , , ,

    Nor Bahiyah Lasim merupakan pemilik Butlers & Household Consultancy, syarikat yang menyediakan latihan khusus untuk bidang hospitaliti, iaitu `butler’ untuk bidang perhotelan, resort, kapal persiaran, kapal layar, spa, kondominium mewah dan kediaman peribadi.

    Visit author's website

    Adakah artikel ini sangat berguna dan bermanafaat buat anda? Jika ya, isi nama panggilan dan email utama anda di bawah untuk menerima artikel terbaru terus ke email anda. Seramai 1468 orang yang telah mendaftar! Anda bila lagi?

    1. Afiffuddin pada 22 Feb 2012

      Amat berguna sekali panduan bersalam nie. :)

    2. Faiz pada 22 Feb 2012

      bagaimana pula dengan jenis salam kemudian tarik tangan cepat-cepat?

      dr. fadzilah kamsah pernah menyatakan jenis salam ini (saya tak berapa tujuan jenis salam ini) dan beliau sendiri mengamalkannya.

    3. Ahmad Tarmizi pada 22 Feb 2012

      Terima kasih atas panduan yang diberikan.Selain daripada salam yang berbeza kita juga boleh tengok inspirasi muka orang yang kita salam dan kita sendiri.Kalau salam dengan muka masam aje kita pahamlah sebab bahasa badan ini kena buat daripada hati baru akan keluar daripada perbuatan.Panduan yang diberikan bagi saya adalah pandangan pertama kita dengan individu tersebut.Kita perlu mengambil langkah susulan untuk mengenali individu yang kita salam tersebut.Sekali lagi terima kasih.

    4. ~ KhairuL @ JPS.Com~ pada 22 Feb 2012

      Terima kasih di atas panduan yang disampaikan. Tak sangka pula dengan salam pun kita dapat mengenali siapa mereka. Apapun seorang lelaki dan wanita perlu mengelak dari bersalam yang bukan mahram. Bagi salam takpe..hohoho.

    5. FR pada 23 Feb 2012

      Assalam,

      Bagus tips ni.
      kalo kita dididik mcm rakyat thailand punya sawadikap tu untuk beri hormat pada berlainan jantina kan bagus… ISLAM tak larang cara ni kan?

      sama2 jantina : salam, jabat tangan
      lain2 jantina : salam,Sawdeeekaaip~

      *website ni ade versi mobile x? berat nak load from feeds to your web thru HP.

      TQ tuan!


    Tinggalkan Komen Anda