Masyarakat Melayu Islam adalah masyarakat yang sering diajar untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.
Khususnya pada bulan Ramadhan. Kita akan dapat lihat majoriti individu yang membuka bazaar untuk menjual juadah berbuka semuanya terdiri daripada golongan orang Melayu Islam.
Berdasarkan perkongsian di mana-mana konvensyen usahawan di Malaysia, golongan yang paling hebat mencipta dan menginovasi produk adalah golongan Melayu. Namun begitu, kelemahan paling besar mereka adalah pemasaran.
Ini yang menjadikan mentaliti masyarakat berbunyi seperti, “Kita hanya wajib berniaga pada bulan Ramadhan kerana ia bulan yang mulia.”
Jawapan ini tidak betul. Perniagaan itu sendiri adalah satu daripada aktiviti yang mulia. Ia tidak terletak pada bulan-bulan tertentu.
Perniagaan Kecil, Impaknya Besar
Perniagaan kecil boleh memberikan impak yang besar pada bulan Ramadhan, apabila model bisnesnya jelas dan unik. Ini yang akan menyebabkan pelanggan memilih kebab kita, walaupun di bazaar itu mempunyai lebih 10 peniaga kebab.
Kebab yang sedap adalah satu daripada kriteria penting. Aktiviti pertama apabila kita mahu membuka perniagaan adalah mempunyai mesej yang jelas untuk disampaikan kepada pelanggan.
Apabila mempunyai mesej bisnes yang jelas, pelanggan akan faham kenapa mereka perlu membeli kebab kita. Setidak-tidaknya, mereka mempunyai keingininan untuk mencuba.
Berikut adalah jenis-jenis mesej perniagaan yang sering dipandang rendah oleh peniaga kecil pada bulan Ramadhan.
3 Cara Gagalkan Bisnes Ramadhan
#3 – Mesej Warna
Apakah tema warna yang diterapkan dalam gerai kita? Kesilapan yang sering dilakukan adalah menggunakan warna yang pelbagai untuk menghiasi gerai. Warna yang banyak akan mengelirukan pelanggan.

Menurut kajian-kajian, manusia cenderung untuk mengingati 1 hingga 3 warna sahaja dalam satu masa. Justeru itu, pengubahsuaian yang boleh dilakukan pada bisnes bulan Ramadhan adalah memilih mesej warna yang simpel.
#2 – Mesej Produk
Bagaimana produk kita dipakejkan.
Keluarkan sedikit modal atau gunakan kreativiti untuk mencipta pakejing produk yang unik dan menarik. Apabila setiap produk nampak sama seperti penjual lain, perniagaan itu sebenarnya sudah bersaing secara tidak sihat.
Lihat bagaimana bisnes-bisnes besar melakukan pakejing. Tiru, inovasi dan adaptasi dalam produk kita.
#1 – Mesej Tarikan
Untuk menarik pelanggan dengan lebih berkesan apabila mereka lalu di hadapan gerai, fahami prinsip pemasaran. Iaitu membuatkan orang sedar tentang kelebihan produk kita.

Teknik ini ada diceritakan dalam tajuk Bagaimana Jemput Duit Dari Poket Pelanggan.
Kuasai Pemasaran Dengan Seminar Pemasaran Online
Bagi individu atau pemilik bisnes yang ingin memahami kaedah dan teknik pemasaran online yang berkesan lagi menguntungkan, tim Majalah Niaga kini menjalankan Seminar Pemasaran Online.

Seminar ini adalah seminar intensif selama 8 jam. Di mana 3 barisan penceramah yang pakar dalam bidang masing-masing, membongkarkan rahsia untuk memikat pelanggan menggunakan 3 kaedah:
- Ruangan komuniti pelanggan (Forum).
- Ruangan pelanggan membaca maklumat (Ulasan Produk).
- Ruangan pelanggan bersosial di Internet (Facebook).
Pendaftaran kini dibuka untuk 7 orang sahaja lagi. Peserta yang melakukan pendaftaran sebelum hari Sabtu (14 Julai 2012), akan memperoleh bonus bernilai RM497 secara PERCUMA.
Daftar Seminar Pemasaran Online (Klik Di Sini)
Kredit: Diskusi Niaga, Back Packing Malaysia, Mac Stories.


tengah tunggu orang buat ebook cara jual kebab paling sedapp..
Tidak perlu tunggu BESAR untuk melakukan pemasaran, dari kecil lagi usahawan wajib melakukan pemasaran, supaya bila BESAR, kita sudah menjadi pakar!
Pernah meniaga kat bazar ramadhan di Taman Cempaka, Melaka dan dikira gagal…
ada sebabnya.. mungkin saya citer kat blog nanti
As salam Tuan ‘Aqill, boleh saya tahu sama ada Seminar Pemasaran Online akan dibuat untuk kali ketiga? Jika ya, boleh maklumkan tarikhnya. Terima kasih.