Beza Angel Investor Dan Venture Capital? (Infografik)

October 17, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Kewangan

Pada masa kini pertubuhan bisnes di Malaysia semakin bercambah dengan pesat. Dan banyak terma-terma baru untuk pengumpulan dana digunapakai untuk menambahbaik bisnes sedia ada. Antaranya crowd funding, angel investor dan venture capital. Dalam artikel ini akan ditekankan perihal angle investor dan venture capital.

Ciri-ciri Angle Investor

1. Kebiasaannya perseorangan. Mereka adalah golongan pemilik bisnes yang memiliki kekuatan dalam kewangan untuk menyuntik dana ke dalam bisnes baru yang berpotensi pergi jauh.

2. Seorang angel investor boleh melaburkan wang mereka di tahap awal sesebuah bisnes atau peringkat pertengahan dan selanjutnya.

3. Oleh sebab angel investor terdiri daripada individu, jumlah pelaburan mereka lebih kecil daripada Venture Capital

Ciri-ciri Venture Capital

1. Syarikat yang menggunakan wang atau pihak lain untuk melabur

2. Mengetuai pengumpulan dana dengan menawarkan kepada para pelabur untuk mengambil peluang, bagi menjadi sebahagian daripada dana yang digunakan untuk membeli saham dalam sesebuah bisnes

3. Kebiasaannya mereka akan melabur ketika sesebuah bisnes sudah kukuh

Beza Angel Investor Dan Venture Capital (Infografik)


Tags: , ,

Komen (1)

Pendapat anda?