Bilik Bernilai Sejuta Ringgit

March 28, 2012 — Penulis:

Kategori: Pejabat

Dengar tajuk sahaja, mungkin sebahagian anda terfikir, rumah kaya dan jutawan siapa yang mempunyai bilik bernilai jutaan ringgit. Adakah bilik itu diperbuat daripada emas atau kemasan yang bertatahkan berlian permata? Bukan.

Bilik Brainstorm

Bilik tersebut ialah brainstorming room. Ya, bilik yang terkumpulnya idea-idea hebat. Jika idea yang diperolehi berjaya dilaksanakan, syarikat tersebut akan mempunyai keuntungan berjuta ringgit.

Kenapa Bukan Bilik Mesyuarat?

Bilik mesyuarat terlalu formal berbanding bilik brainstorm. Mesyuarat selalunya kedengaran satu atau dua cadangan sahaja, sebahagian pekerja akan menjadi pendengar setia, dan sebahagian lagi akan setuju sahaja.

Cetusan Idea

Terdapat juga pekerja yang takut memberi cadangan kerana berfikiran cadangan akan ditolak dan mendapat malu.

Lain pula dengan bilik brainstorm, yang memerlukan semua pekerja memberikan idea yang gila-gila, luar biasa dan kadang-kadang idea merepek. Pelbagai cara boleh diberikan cadangan idea selain bercakap, iaitu menulis idea pada kad kecil jika malu bersuara.

Dalam buku Kuasai Dunia dengan Berfikir, pengarang Ainon Mohd dan Abdullah Hassan menyatakan, kajian yang dibuat oleh pakar-pakar psikologi dan kreativiti membuktikan idea yang banyak, pasti akan muncul satu atau dua idea yang hebat.

Ini telah dibuktikan oleh Thomas Edison yang melakukan idea eksperimennya beribu kali untuk menghasilkan mentol lampu yang berjaya.

5 Ciri Bilik Brainstorm yang Berkesan

  1. Dinding yang boleh diconteng bebas
  2. Perabot yang santai
  3. Warna yang ceria
  4. Semi privasi
  5. Aksesori yang pelik.

Ciri #1 – Dinding yang Boleh Diconteng Bebas

Dinding yang boleh diconteng dengan idea-idea yang hebat seperti whiteboard, cermin dan Ideapaint (lapisan cat yang boleh diconteng ) atau dinding kosong untuk menampal nota Post-it.

Papan Putih Ofis - Idea Paint

Papan hitam atau papan hijau tidak digalakkan kerana meninggalkan kesan kotoran baki kapur tulis dan leceh untuk dibersihkan.

Ciri #2 – Perabot yang Santai

Perabot yang digunakan bukan perabot yang jenis tipikal seperti meja dan kerusi.

Perabot Santai - Bilik Brainstorm

Perabot yang digunakan lebih kepada berbentuk santai seperti bean bag, sleeping hang net bed ,  fitness ball, sofa berbentuk klasik atau sampan yang digunakan dalam pejabat Google!

Ciri #3 – Warna yang Ceria

Bilik yang diwarnakan dengan warna-warna ceria dan segar seperti warna kuning, jingga, merah, atau biru kehijauan (turquoise) boleh mengaktifkan minda separa sedar kita kerana warna mempunyai aura.

Bilik Meeting Warna Kuning - Warna Ceria

Tambahkan keceriaan bilik dengan perabot yang bewarna.

Ciri#4 – Semi privasi

Bilik yang bercirikan semi privasi bermaksud, bilik yang tidak terlalu tertutup atau bilik yang tidak terlalu formal. Bilik ini hanya dipisahkan dengan dinding kaca atau partition yang berketinggian 5’-7’.

Bilik Meeting Dinding Kaca

Supaya kita tidak terasa sempit dan bebas untuk kita berimaginasi. 

Ciri#5 – Aksesori pelik

Biasanya, pejabat mempunyai perabot dan benda yang tipikal seperti kerusi kerja, meja dan kabinet fail sahaja.

Bola Jaring - Aksesori Pelik

Oleh itu, meletakkan benda asing atau aksesori pelik boleh dijadikan sebagai pencetus idea ‘out of the box’ dan memberikan pekerja perspektif baru dalam mencurahkan idea. Contohnya, basikal antik, jaring bola keranjang, kiub Rubik atau blok Lego.

Tip. Pastikan kita sentiasa membawa pen dan buku kecil ke mana-mana, supaya idea yang hebat tidak hilang begitu sahaja. Anda mungkin terlepas idea duit!

Kredit: Utslibrary, Bcymet, Inpivic, Anil Chopra, Anders Sunberg, Mansfield Monk, Trebbble, Sk8Geek

Facebook Comments

Tags: , , , , ,

Komen (28)

  1. Wow.Baca tajuk saja dah menarik.Kena usahakan satu bilik macam ni kalau buka syarikat sendiri nanti.Mungkin tambahan pakaian juga boleh santai tapi janganlah melampaui batas2.Pikir sendiri lah ya. Kadang2 pakaian ini juga mempengaruhi suasana.

    1. Betul kata tuan, pakaian pekerja terpulang kepada bentuk & jenis perniagaan. Jika selalu berjumpa klien kena berpakaian kemas, tapi kalau selalu berada di pejabat, santai+kemas boleh aje.

  2. Terima kasih atas perkongsian ini. Boleh mesyuarat pejabat saya sekarang elok tapi nampak macam ‘tiada sentuhan magik’..bila-bila lama-lama jadi mengantuk jer.. dengan idea di atas, mungkin boleh ubah apa-apa yang patut. hohoho.

    Boss, nak duit…nak ubah duit meyuarat kita tu…hehehe.

  3. Terima kasih atas perkongsian ini. Boleh mesyuarat pejabat saya sekarang elok tapi nampak macam ‘tiada sentuhan magik’..bila-bila lama-lama jadi mengantuk jer.. dengan idea di atas, mungkin boleh ubah apa-apa yang patut. hohoho.

    Boss, nak duit…nak ubah bilik meyuarat kita tu…hehehe.

    1. Terpulang kepada bentuk perniagaan dan jenis syarikat. Adakah inginkan imej professional, imej santai, imej korporat dan lain-lain.

  4. Lagi bagus jika dirumah pun ada bilik bernilai sejuta ringgit…. agar kita dan anak-anak pun akan lebih kreatif, ceria dan inovatif.

    1. Terima kasih, kerana bilik meeting nampak formal dan terlalu serius! Tapi boleh ubah bilik meeting menjadi menarik 🙂

  5. Bilik brainstorming juga boleh dibina di dalam bilik tidur sendiri (dengan syarat mesti ikut 5 ciri di atas) apabila banyak menghabiskan masa di dalam bilik tidur seperti membaca laman web, melayari internet, menulis liputan juga untuk berinteraksi pada masa sebenar. Biasanya blogger di peringkat awal pembinaan blog mereka banyak memulakan kerja dari bilik tidur di rumah misalnya Pete Cashmore dan Peter Rojas.

    1. Terima kasih atas perkongsian. Bilik tidur yang mempunyai ruang terhad perlu dijaga dari segi kekemasan dan 2-3 stool jika menjemput rakan ke rumah 🙂

  6. MD. Muazam
    April 6, 2012

    bagus artikel ni..kebetulan company saya baru merancang untuk buat bilik seumpama ini..terima kasih banyak2 hazlam

    1. Terima kasih, semoga sebuah bilik brainstorming company tuan berjaya dihasilkan dan idea-idea hebat dapat dihasilkan.

  7. nak tanya la, betul ke dengan meletakkan aksesori pelik boleh dijadikan sebagai pencetus idea?..

    suka dgn idea luar biasa iaitu meletakkan dinding yg boleh diconteng..

Pendapat anda?