Bina Senarai & Jadi Kaya Dengan Ebay

October 11, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Pembinaan senarai subscriber atau pembeli di portal eBay merupakan di antara perkara yang paling kurang dititikberatkan oleh ramai usahawan eBay.

getresponse, sistem autoresponder berbayar

Sebilangan besar daripada usahawan eBay yang ada sekarang  tidak menyimpan senarai pengunjung atau pembeli mereka. Oleh yang demikian, mereka telah kehilangan satu potensi BESAR untuk menjana wang secara berterusan.

Oleh itu, jika anda ingin membezakan diri anda daripada usahawan-usahawan eBay yang lain, cara paling mudah adalah dengan mula membina senarai anda di portal eBay.

Mengapa Perlu Bina Senarai?

Strategi ini  saya ambil daripada strategi pemasaran internet atau lebih dikenali sebagai internet marketing, dan saya aplikasikannya di dalam perniagaan eBay.

Setiap usahawan internet tahu di antara perkara paling penting yang perlu anda lakukan adalah membina senarai subscriber. Perkara ini sama pentingnya di dalam perniagaan eBay. Walaupun anda boleh berterusan menjana wang di portal eBay dengan menjual barangan kepada ahli-ahlinya, ia bukan satu cara yang bijak untuk menjalankan perniagaan untuk jangka masa panjang.

ebay logo

Saya berpegang kepada prinsip work smart iaitu bekerja dengan bijak, dan bukannya work hard atau bekerja keras. Oleh itu, strategi pembinaan senarai boleh membantu anda untuk work smart di portal eBay.

Anda boleh mula mengumpul senarai emel atau pengunjung secara manual, atau anda boleh melabur di dalam perniagaan anda dengan menggunakan perkhidmatan autoresponder berbayar seperti Aweber dan GetResponse.

Jika boleh, gunakan perkhidmatan berbayar dari awal agar ia tidak menyusahkan anda untuk menguruskan senarai anda di kemudian hari apabila jumlah emel bertambah besar.

Pembinaan senarai penting kerana ia akan dapat memaksimakan keuntungan anda daripada setiap pengunjung dan pelanggan anda dalam jangka masa panjang.

Sebagai contoh, jika anda cuma memiliki 10 orang dalam senarai emel dan anda mampu menjual satu barang berharga RM1 kepada mereka. Maka anda akan memperolehi keuntungan sebanyak RM10.

Jika anda membina senarai tersebut kepada 100 orang, maka dengan barang berharga RM1 itu tadi, anda sudah boleh menjana keuntungan sebanyak RM100.

memaksimakan keuntungan

Semakin besar senarai maka akan semakin mudah untuk menjana wang secara berterusan daripada senarai anda, setiap kali anda mempunyai barang baru untuk dijual. Anda cuma perlu menghantar emel makluman kepada senarai anda tentang barang baru.

Cara ini hanya memerlukan anda untuk menghantar emel sahaja.

Sudah tentu bukan 100% orang di dalam senarai anda akan membeli setiap kali anda menjual barang baru. Tetapi jika anda sudah mampu mendapat 10-20% pembelian daripada senarai anda sudah cukup baik untuk menjana wang mudah di portal eBay.

Cara Bina Senarai di eBay

Terdapat beberapa cara mudah untuk anda mula mengumpul senarai emel pengunjung atau pembeli. 2 cara yang paling mudah adalah melalui laman web eBay About Me anda dan juga melalui control panel eBay setiap kali anda mendapat pembelian.

#1 – eBay About Me

Cara yang saya sukai adalah melalui laman web eBay About Me. Strategi ini adalah untuk memancing pengunjung yang melawati jualan anda. Anda boleh menawarkan bonus atau maklumat percuma jika pengunjung memberikan maklumat emel mereka melalui laman web eBay About Me anda.

ebay live

Pihak eBay cuma membenarkan anda meletakkan emel anda atau borang pendaftaran di ruangan eBay About Me sahaja. Oleh itu, gunakanlah peluang ini dengan sebaik mungkin.

#2 – Ruangan Control Panel

Selain itu, setiap kali anda mendapat pembelian di portal eBay, pihak eBay akan memberikan maklumat emel pelanggan di dalam control panel anda di portal eBay. Oleh itu, anda boleh menyimpan maklumat emel tersebut di dalam senarai anda.

Dengan menggunakan 2 cara ini, anda sudah boleh membina senarai anda di portal eBay. Pembinaan senarai anda di portal eBay amat penting untuk menjamin kejayaan perniagaan anda untuk jangka masa panjang. Oleh itu, mula membina senarai anda di eBay hari ini.

Salam hormat dan salam kejayaan!

Kredit imej yang diambil dari Flickr (andreas wrenepaik)


Tags: , , , , , ,

Komen (2)

Pendapat anda?