Komen (29)

  1. Dari 9 senarai Bisnes yang disebut di atas satu daripadanya saya telah praktikan semasa saya bergelar pelajar di di IPTA iaitu Khidmat membaik-pulih laptop. Rasa nak jadi pelajar balik 😀

    Terbaik Artikel ini, ruginya pelajar sekarang jika tak ambil peluang tambah duit poket sendiri 😀

  2. Syabas! majoriti daripada senarai bisnes yang dinyatakan amat sinonim dengan pelajar di kampus dan ramai kawan-kawan saya yang menjalankannya.

    Saya pula menjalankan bisnes jual simkad dan gajet dan pelanggan saya bukan sahaja di dalam kampus malah di luar kampus. Tapi kini ia hanya sebuah pengalaman yang berharga di atas faktor akademik.

    Bisnes boleh jalan, asal jangan lupa pelajaran 🙂

  3. Memang rugi masa student dulu tak berniaga.cuma masa final year ada projek amali tanaman.dapat la duit poket hasil jualan jagung

  4. Masa student dulu ada gak buat bisnes tapi x menjadi.. Sekarang ni lebih mudah.. Bisnes di hujung jari.. Nak atau x nak jer..

  5. Alhadulilllah, saya pula pernah menjalankan 5 daripada 9 yang disenaraikan

    -Jual makanan ringan (kudap-kedapan)
    -Jual snek lewat malam (supper) sedia di makan (ready-to-eat) seperti burger, nasi lemak RM1, sandwich, makanan sejuk beku yang digoreng.
    -Perkhidmatan fotokopi atau cetakan
    -Cetakan T-Shirt
    -Menjual makanan dari bilik ke bilik
    -Khidmat membaik-pulih laptop

    dari sekolah rendah hinggalah tamat pengajian di Universiti.

    Memang sangat seronok. Kawan2 juga pelik kenapa saya tidak makan maggi semasa belajar… 🙂

  6. Emy Othman
    April 26, 2014

    Alhamdulillah..

    Artikel yang baik..!
    6 dari 9 idea ini saya dah jalankan
    semasa belajar di UTHM dulu..

    InsyaAllah, sekarang dalam pembikinan
    e-book 50 idea bisnes dalam kampus!
    – Idea
    – Cara buat
    – Peralatan diperlukan
    – Modal anggaran diperlukan

    InsyaAllah.. Moga dipermudahkan!

  7. mohd aliph
    April 27, 2014

    alhamdulillah..

    saya juga telah menjalankan 4 daripada 9 perniagaan yang di catatkan di atas dan hasil dari perniagaan tersebut telah saya gunakan semasa menuntut iilmu di IPTA.

    ilmu dan pengalaman perniagaan tersebut sangat berguna di mana sekarang saya telah berhenti dari menjadi seorang jurutera di syarikat terkemuka dan memilih kerjaya sebagai seorang ahli perniagaan kecil kecilan.

    Sepatutnya para mahasiswa perlu memandang bisness semasa di IPTA/IPTS sebagai salah satu potensi peluang pekerjaan sendiri selepas tamat belajar tanpa bergantung kepada peluang pekerjaan luar.

    mahasiswa bumiputera sentiasa memikirkan untuk bekerja dengan harapan mendapat bayaran yang tinggi dan status tinggi berbanding kaum lain.

    kita seharusnya mengubah persepsi daripada ‘makan gaji’ kepada bekerja sendiri. 😉

  8. Pada tahun lepas, selepas anak saya menamatkan pengajian asasinya dan mempunyai cuti yang panjang selama beberapa bulan sebelum memasuki tahun pertama ke universiti, saya ada mengajar dan memberi idea untuk dia memulakan perniagaan ‘online’nya sendiri.

    Alhamdulillah dengan menggunakan laman sosial instagram sahaja dia boleh menjana pendapatan yang lumayan. Pada permulaannya dia menjadi dropship agen sahaja untuk barangan seperti kasut dan pakaian muslimah. Setelah mempunyai modal dia membeli secara borong dan menjual 3 in 1 fish eye lens dan monopod yang menjadi kegilaan remaja pada masa kini. Sehingga sekarang, dia masih menjalankan perniagaan tersebut walaupun dalam kesibukkan sebagai seorang pelajar.

    Walaupun anak saya bakal menjadi doktor gigi suatu hari nanti, saya berharap pengalaman berniaga ini menjadi titik tolak untuk dia terus berjaya dalam kerjayanya seperti membuka rangkaian klinik giginya suatu hari nanti, insha Allah.

    Saya yang juga menjalankan perniagaan sendiri kadang-kadang terlalu sibuk untuk pergi membeli-belah terutama mencari pakaian muslimah yang sesuai dan beberapa barangan keperluan yang lain . Jadi saya membeli-belah secara online untuk barang-barangan tersebut yang saya kira harga yang ditawarkan amat berpatutan dan kadang-kadang lebih murah. Saya dapati ramai pelajar IPTA/IPTS menjalankan perniagaan tersebut dan saya sungguh berbangga dengan mereka.

  9. Alhamdulillah…

    memang terbaik artikel ini..saya sebagai pelajar merasakan benda ini amat penting untuk jangka masa yang panjang.

    memang alasan orang yang tidak berniaga macam tu…ada juga yang beritahu saya yang emak mereka tidak benarkan berniaga..

    terima kasih kepada penulis dan juga Majalahniaga.com

  10. Artikel yg menarik. Pupuklah minat usahawan ketika masih belajar, carilah pengalaman ketika masih di universiti. Ketika di kampus dahulu saya pernah bisnes upgrade software telefon 3310 ke 3315 dan juga repair pc kawan2.

  11. Saya jalankan bisnes jual topup dekat kawan-kawan saya setakat ni dan memang sekarang saya minat dengan bisnes walaupun tu bukan dalam bidang pengajian saya sekarang.

    Sekarang tengah belajar affiliate marketing tapi masih belum berjaya lagi. Bisnes TuneTalk Tone Excel pun buat slow-slow je.

  12. saya juga pernah buat bisnes semasa di zaman universiti dulu. Jual hotdog rebus dengan air setiap hari dengan cara gerak dari bilik ke bilik di kawasan asrama kampus. Satu malam sahaja hasil jualan RM 400. teringat balik masa lalu..hehe

    1. RM400 satu malam, setiap malam? Satu hotdog rebus jual berapa ringgit? Menarik. Hehe.

  13. Wahh.. Prnh.. Skrg pun masih buat.. Seronok sgt biz ni.. X fhm napa ramai sgt x minat.. Lgpun ramai yg guna biz utk menipu.. Tp sy hrp akan bertambah org2 jujur yg minat biz.. In Shaa Allah.. Salam perkenalan semua rakan2 yg sama minat.. Moga dpt ketemu dlm prgm atau event yg sama..

  14. Idea yang menarik untuk dipraktikan. Saya tak berpeluang berniaga semasa belajar dahulu…Berniaga ni kena buangkan rasa malu dan tetapkan sasaran untuk dicapai..

  15. Saya sekarang mahasiswa tahun 3 di UPM. dan sememangnya saya juga turut membuat kerja-kerja sampingan. Masa saya sem 4 saya bekerja part time di sebuah kedai cenderahati di belakang kawasan upm. Dari situ saya belajar timba pengalaman untuk berniaga. Dan semasa saya sem 5, saya mula membuat private tusyen mengajar Bahasa Mandarin untuk pelajar-pelajar melayu masa weekend. Weekdays pulak, Habis kuliah, saya akan jual makanan di dalam kolej dan saya jugak amik upah untuk edit assignment orang. Dalam masa yang sama, saya jugak amik upah buat pengiklanan di blog saya.

    Alhamdulillah pendapatan saya sebagai student pun cecah 4 angka sebulan. Kuncinya adalah kena kreatif, rajin dan sanggup korbankan masa relax-relax tu. Kadang-kadang kena ejek dengan kawan-kawan, tapi saya tak ambil peduli. Jemput admin singgah blog saya, lurvealoevera.blogspot.com .Saya ada share dengan senior dan junior untuk pengalaman saya bekerja sambilan. Sekian perkongsian saya. =)

  16. salfiah cholid
    November 22, 2016

    Halo sayangku
    Jangan takut mohon percayalah itulah satu-satunya biaya yang Anda akan membayar sehingga terburu-buru sekarang dan melakukan pembayaran sehingga Anda bisa mendapatkan pinjaman Anda hari ini

    Harapan kami Mail Bantuan Anda

    Salam hangat

  17. Nice article!

    Sekarang baru buat no. satu… “1. Jual kad tambah nilai pra bayar (topup)”… Baru mula kurang seminggu, setakat ni topup untuk diri sendiri je dan baru berjaya daftarkan seorang agen untuk join sama jual topup (walaupun kawan sendiri… hehe)… Kalau ada readers di sini nak jadi agen topup, boleh reply komen saya ni atau join channel telegram ini untuk info >> topup.mativasi.my

Pendapat anda?