Komen (21)

  1. Salam, Artikel yang menarik…
    Pandangan saya, memang amat penting untuk memilih mentor dalam apa jua bidang…dan pada pengalaman saya, mentor tersebut haruslah tidak mempunyai kepentingan dalam sesuatu yang kita lakukan…dan kita juga sebagai mentee, tidak mengambil kesempatan…

    Sudah tentunya kedua-dua mentor dan mentee akan mendapat kelebihan bersama…atas aktiviti mentor mentee yang berterusan…

    Saya sendiri mempunyai mentor dalam bidang perniagaan internet yang dilakukan… dan sentiasa meminta nasihat dan pandangan beliau… tidak semestinya ikut 100% tetapi sesuaikan pandangan beliau dengan apa yang kita lakukan … “Brain Storming”.

    InsyaAllah, kejayaan menanti anda …

  2. betul..sy juga mempunyai beberapa mentor sndri dan adly juga termasuk dlm senarai sy wlpun kami sama umur tp pengalaman die jauh melebihi drpd sy dlm bidang die ceburi..

  3. zulfadhli zulpress
    May 6, 2011

    salam, terima kasih atas perkongsian ilmu ini.
    benar, mentor amat penting. kalau dahulu kita perlu berjalan beribu batu mencari ilmu, tapi sekarang segala maklumat boleh diperoleh di hujung jari sahaja.

    namun, disinilah kita perlu pandai menapis pelbagai maklumat yang diperoleh dengan ilmu yang ada dan juga dengan tunjuk ajar guru/mentor…kerana mereka lebih mahir/pakar dalam bidangnya dan mempunyai pengalaman yang banyak.

    paling penting ialah pilih mentor atau guru yang baik dan memberikan ilmu bermanfaat contoh teladan pada kita, apa yang baik daripadanya kita amalkan dan apa yang tidak baik dijadikan sempadan.

    1. Salam, terima kasih kerana sudi membacanya. Saya setuju. Mentor juga manusia biasa yang ada kelemahan, jadi atas kebijaksanaan kita bagi menapisnya.

  4. Saya bersetuju dengan apa yang puan kongsikan. Benar. Proses pembelajaran seharusnya ada mentor. Belajar, bertanya dan terus bertanya. Dalam masa yang sama, kutip dan ‘celup’ mana yang baik yang boleh dijadikan teladan 🙂

    1. Terima kasih Tuan Zulhilmi. Benar, kita mesti rajin bertanya kemusykilan kita kepada mentor. Dan ada satu konsep dalam bermentor iaitu ‘menadah ilmu’. Semasa mentor memberi penerangan, kita diam. dengar dan menadah ilmu. Selepas selesai barulah kita kemukakan soalan.

  5. Selepas ini saya mesti menyenaraikan mentor-mentor dalam bidang yang saya minati. Kemudian belajar apa yang mereka buat. Kemudian amal seperti apa yang mereka buat.

  6. Raihan Anas
    May 10, 2011

    Salam Azzah…terima kasih kerana berkongsi, artikel yg menarik..

    Soalan saya bagaimana caranya nak ‘melamar seseorang sebagai mentor kita’….boleh ceritakan sikit prosesnya dari pertemuan pertama dgn mentor kemudian saat meminta utk dia jadi mentor, pernahkah ada yg menolak …..dan bagaimana hubungan mentor mentee itu terjalin…klu Azzah ada masa boleh tulis utk share satu pengalaman bermentor, termasuka apa respon mentor itu dan syarat2 yg mungkin dikenakan, dan sebagainya perkara2 yg mungkin tak dijangka….untuk rujukan saya dan mungkin ramai yg berminat nak bermentor…

    Terima kasih Azzah, Semoga Allah SWT membalas sedekah perkongsian ini…

    1. InsyaAllah, Tuan. Saya bantu sekadar termampu. Jika ingin lebih ramai mentor dalam bidang ini, mari ke TAMRIN Sharpen the Saw! 😀

  7. Tuan Puan yang dimuliakan,

    Di sini saya tambahkan beberapa tip umum bagi bermentor:

    1. Tadah ilmu. Semasa mentor berkongsi ilmu, dengar sambil diam. Ada orang jenis tidak sabar-sabar, suka mencelah dan bertanya di tengah-tengah perkongsian. Perlu sabar, kerana mungkin jawapan kepada soalan kita itu, kita boleh dapat selepas selesai sesi perkongsian. Andaikan, mengapa kita patuh sahaja kepada solat 5 waktu dan tidak mempersoalkan mengapa hanya 5 waktu? Mengapa perlu rukuk, sujud? Sebab kita percaya perintah dan ajaran Tuhan itu tentulah yang terbaik dan ada rasionalisasinya. Dan kita hanya dapat jawapannya selepas kita melakukannya berulang kali. Begitu juga dengan mentor yang lebih banyak pengalaman daripada kita. Setiap ajaran dan perkara yang disuruh kita buat, pastilah yang baik dan ada rasionalisasinya.

    2. Bertanya. Bertanya selepas puas mencari sendiri jawapan dan tidak berjumpa. Atau bertanya bagi mengesahkan sesuatu info.

    3. Berdamping. Berdampingan dengan mentor, dan juga mentee-mentee lain yang bersifat mendorong. Hadir ke mana sahaja ada kursus atau talk atau apa sahaja sesi perkongsian ilmu yang diadakan oleh mentor kita. Walaupun sudah banyak kali pergi, atau kita rasa tajuknya tidak berkaitan dengan kita. Pasti ada sekurang-kurangnya satu ilmu yang baru dan berguna. Pasti.

    4. Inspirasi ulama masa silam. Para imam besar zaman silam, merantau jauh meninggalkan negeri dan keluarga bagi menuntut ilmu dengan mentor mereka. Ini namanya pengorbanan masa dan tenaga demi ilmu. Mentor juga tidak mengenakan sebarang bayaran. Sebagaimana ibu bapa tidak mengharapkan balasan daripada anak-anak. Imam-imam besar dahulu, membalas budi mentor mereka dengan membersihkan kawasan rumahnya, menjerang air, mencari kayu api dsb. Jadi kita di zaman ini boleh melakukan kaedah yang sama yang bersesuaian.

  8. Mohd Hamzahri Bin Abd Hamid
    May 11, 2011

    Terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna.. Sangat bersetuju mengenai perlu adanya mentor untuk kita terus berjaya. Pengalaman diri sendiri pada peringkat awal berniaga tanpa mempunyai mentor agak sukar untuk berkembang dalam perniagaan sehinggalah saya mendapatkan mentor dalam memberi galakan dan tunjuk ajar dan alhamdulillah proses untuk mencapai matlamat menjadi sangat mudah. Semoga kita diberikan kekuatan oleh Allah S.W.T untuk terus berkongsi ilmu seperti cik puan Azzah demi kebaikan bersama.

    Terima kasih!

    1. Terima kasih Tuan Hamzah kerana sudi membaca dan bersetuju. Terima kasih juga atas doanya. Semoga kebaikan bermentor ini dapat disebarkan kepada rakan-rakan trainer kita yang baru mula berniaga sendiri, insyaAllah 🙂

  9. Terima kasih dengan artikel yang bernas ini. Banyak impak kepada kita semua. Mentor kita adalah seorang yang banyak pengalaman walau dirinya lebih muda atau terlebih tua. Hormati mereka dan hargai mereka.

Leave a Reply to haru Batal (Cancel)