The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.
  • Bisnes & Nikmat Bersungguh

    Assalamualaikum, salam kebahagian buat Tuan Puan pembaca setia Majalah Niaga yang dihormati. Semoga sentiasa berada dalam keadaan ceria dan bahagia sentiasa hendaknya.

    Daripada maksud sebuah kata-kata Nabi Muhamad (selawat ke atasnya) yang diceritakan oleh Abu Musa Al-Ash’ari, “Perumpamaan hati manusia adalah seperti bulu yang diterbangkan oleh angin di padang pasir.”

    Sebagaimana Bulu Yang Ringan, Mudah Dibawa Angin, Begitulah Juga Hati Kita

    Sebagaimana bulu yang ringan, mudah dibawa angin. Begitu juga hati kita, yang mudah dibawa angin (mood). Apabila angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup, maka hati pun membuat keputusan yang baik. Apabila angin kencang bertiup, hati membuat keputusan yang sebaliknya.

    Dalam membuat keputusan perniagaan, atau keputusan mahu membuka perniagaan, mood adalah perkara nombor satu yang mahu kita elakkan daripada mempengaruhi kita.

    Pernah Dengar Petua Membuat Tapai?

    Ya, petua paling kuat dipegang oleh para pakar pembuat tapai ialah, pastikan diri berada dalam mood yang baik bagi menghasilkan tapai yang manis. Jika mood kurang baik, maka tapai akan menjadi masam.

    Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran kesan mood terhadap tapai ini. Namun nenek moyang saya telah membuktikannya. Tidak ada perkara yang kebetulan, melainkan semuanya telah dirancang dengan baik oleh Tuhan ;)

    Boleh jadi juga, ini sebuah simbolik daripada nenek moyang kita. Jika kita melakukan sesuatu kerja dengan mood baik dan ikhlas, maka hasilnya akan menjadi baik. Begitulah juga sebaliknya.

    Tuan Puan sendiri, pasti pernah mengalami sendiri keadaan ini. Melakukan sesuatu kerja dalam mood baik dan kurang baik, kemudian mendapat hasil yang selari dengan mood itu.

    Mood Dapat Menentukan Hasil Daripada Keputusan Yang Kita Ambil

    Mood dapat menentukan hasil daripada keputusan yang kita ambil. Ini benar, selagi kita membenarkan ia berlaku.

    Dalam menjalankan bisnes, hati memang mudah berbolak-balik mengikut mood, jika tiada tekad yang ditanamkan di dalamnya. Tanpa tekad, ditambah pula mood tidak baik – hati cenderung mengambil keputusan yang lemah, buruk, dan sambil lewa.

    Contohnya, Ali bercadang ingin membuka bisnes menjual jagung di sebuah tapak ekspo. Setelah mendapatkan maklumat, dan mempunyai wang modal yang cukup, dia keluar dan mahu menempah tapak gerai yang tarikh tutupnya pada hari itu.

    Tiba-tiba Sarip menyindirnya dengan mengatakan betapa ruginya Ali kerana belajar tinggi tetapi akhirnya hanya menjual jagung di tapak ekspo. Mood Ali hilang serta-merta, dan dia tidak pergi menempah tapak gerai itu kerana sakit hati dengan kata-kata Sarip.

    Terjadinya perkara yang merugikan masa depan Ali ini, kerana dia hanya ‘ingin’ berniaga, tetapi tidak ada tekad dan kesungguhan. Orang yang ada tekad dan kesungguhan, walau dikeji bagaimana rupa sekalipun, tidak akan mempedulikan moodnya, dan akan meneruskan apa yang dicitakannya.

    Tekad dan kesungguhan adalah ‘ubat’ bagi hati yang mudah berbolak-balik kerana mengikut mood.

    Mengapa Perlu Bersungguh-sungguh?

    Sentiasa Bersungguh-sungguh Melakukan Bisnes

    Tuhan bersifat sungguh-sungguh.

    “Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main.” [QS Al-Anbiyaa 21:16]

    Malaikat, para nabi, dan orang-orang yang percaya, juga bersifat sungguh-sungguh. Malah, syaitan turut bersungguh-sungguh!

    “Iblis berkata, ‘Oleh kerana Engkau menyebabkan aku tersesat, demi SESUNGGUHNYA aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (daripada menjalani) jalanMu yang lurus.” [QS Al-A’raf 7:16]

    Tuan Puan, kita tentu tidak mahu kalah dengan kesungguhan syaitan merosakkan potensi, prestasi, dan kredibiliti kita melalui keputusan lemah yang kita lakukan. Kita tentu mahu membuktikan kepada Tuhan bahawa kita mencintai sifatNya yang bersungguh-sungguh, dengan bersungguh-sungguh melakukan bisnes yang kita pilih untuk lakukan.

    Kita tidak mahu meletakkan mood sebagai raja di hati, kerana kita sedar kesan yang akan ditinggalkan oleh keputusan yang dibuat mengikut mood.

    Nabi Muhammad telah mengajarkan kita doa yang hebat ini.

    “Wahai Tuhan yang memalingkan hati-hati, tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu.” [Direkodkan oleh Tirmidzi]

    Insya Allah, apa sahaja bisnes yang kita lakukan dengan tekad dan kesungguhan atas nama agamaNya, akan beroleh kejayaan dunia dan akhirat.

    Salam kebahagiaan sampai sorga. Jumpa lagi!

    Kredit gambar: Flickr (Jesse Dodds, ahmed(John)) Deviant Art (CMCricket)

    Pengiklanan Premium

    Tags: , , , , , , ,

    Azzah AR merupakan seorang usahawan, penulis dan jurulatih bertauliah dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Antara buku motivasi yang dihasilkan berdasarkan pengalaman sebenar seperti Pilih Jangan Tak Pilih.

    Visit author's website

    Adakah artikel ini sangat berguna dan bermanafaat buat anda? Jika ya, isi nama panggilan dan email utama anda di bawah untuk menerima artikel terbaru terus ke email anda. Seramai 1468 orang yang telah mendaftar! Anda bila lagi?

    1. amirnawawi pada 09 Mar 2011

      Ape yang penting dalam hidup kita ialah bersungguh-sungguh. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Jangan melakukan sesuatu sekadar melepaskan batuk ditangga..

    2. Ali Hanafiah pada 09 Mar 2011

      AKU memang telah disindir dan diejek kerana melepaskan jawatan guru untuk sepenuh masa dalam bisnes tapi itu bukan masalahnya. Tips untuk kekal dengan mood best :

      1. matlamat jelas
      2. dekat dengan TUHAN
      3. senyum dan bersyukur dalam semua keadaan
      4. sedia dan terima segala ujian

      Kalau setakat Sarip cakap macam tu, boleh senyum aje dan mendiamkan dia dengan cara tunjukkan ‘sales’ kita yang gila-gila, tapi aku tak jual jagung aku jual Keronsang Bunga Istimewa dari Sarawak.

      • Azzah AR pada 10 Mar 2011

        Saya suka dengan perkongsian Tuan ini. Terima kasih! :)

      • zai pada 10 Mar 2011

        a’kum….saya amat setuju dgn komen en ali…..apa2 saja jka dibuat dengan bersunggug-sunggguh pasti dapat result yg bagus….saya masih ingat kata-kata Prof. Dato Dr Ibrahim…”Ada aku kisah apa orang nak kata”…yg penting kita buat kerja kita dengan bersunggug-sunggug, jujur dan mentaai perintah Tuhan, pasti kita kan berjaya

    3. Khairul Fadhli pada 09 Mar 2011

      Selepas gagal banyak kali dalam bidang bisnes internet dan online, saya dah lali dengan kegagalan. Ibarat satu halangan yang harus saya tolak ketepi untuk sampai ke matlamat sebenar.

      Tapi dengan kegagalan tu semua, banyak pengalaman berharga yang telah saya pelajari. Pengalaman yang tidak mungkin saya dapat kalau sekiranya semuanya sukses dari saat saya buat bisnes 11 tahun lalu.

      Sekarang ni, Alhamdulillah, sedang berkembang dan menstabilkan diri. Insya Allah akan berhasil. Kalau pasal kegagalan yang saya lalui, hanya beberapa orang sahaja yang tahu, antaranya, Tuan Ali Hanafiah yg baru komen di atas ni. :)

    4. zulhfreelancer.com pada 09 Mar 2011

      Mood maintain, income maintain :)

    5. Zul GoHartanah pada 09 Mar 2011

      tu perkara asas dan amat penting. hati utk org bisnes ni mmg berbolak-balik sampai terbalik. kena set objektif, target, kpi utk pastikan langkah terus ke hadapan.

      thanks utk tulisan yg baik. ayuh teruskan langkah.

      • Azzah AR pada 10 Mar 2011

        Terima kasih, Tuan. Ayuh! p(^o^)q

    6. ahmadhaikal pada 09 Mar 2011

      kalau tak sungguh-sungguh, apa pun tak dapat..

    7. Buserrasran pada 09 Mar 2011

      usaha dan tekad yg gigih ( bersungguh-sungguh ) adalah asas setiap bentuk perjuangan … PASTI memperolehi restu Allah dan membuahkan kejayaan jika diiniasiatifkan dgn ikhlas dan berwawasan murni .. insyaAllah. apapun bentuk bisnes ” approach” dan kemampuan mempromosi paling penting …

      • Azzah AR pada 10 Mar 2011

        Betul, Tuan. Bersungguh-sungguh approach dan membuat promosi :D

    8. mirlme pada 10 Mar 2011

      Saya selalu membayangkan “masa hadapan” saya….

      Cabaran mengajar saya untuk terus maju & maju…

      Tatkala dilanda badai, terus tersenyum fikirkan positif…pasti boleh! :D

    9. Firdaus Latib pada 11 Mar 2011

      Bersungguh ini memang satu perkara yang dituntut tidak kira dalam apa jua bidang sekalipun..kerana apa yang kita lakukan hari ini, kejayaannya mungkin dibalas hari ini juga, esok lusa atau tahun tahun yang akan datang..

      Apa yang lebih penting, konsisten dalam melakukan sesuatu perkara akan dapat mengekalkan momentum sedia ada sekaligus mempercepatkan kejayaan yang kita impikan..

      p/s: Mohon dipanjangkan artike nie yer..:)

    10. Iza pada 11 Mar 2011

      Keliling saya memandang rendah apa yang saya lakukan sekarang. Nekad saya untuk berjaya satu hari nanti. IAllahh…Tiada erti give up dalam kamus hidup saya. Walau banyak kegagalan, ia membantu saya untuk terus kuat dan setiap kegagalan pasti ada manisnya :)

      Good artikel from Kak Azzah

      • Azzah AR pada 13 Mar 2011

        Syabas, Cikpuan Iza. Biar orang pandang rendah, asalkan Allah pandang tinggi. InsyaAllah. Terima kasih! :)

    11. nik pada 11 Mar 2011

      Salam
      Artikel yang sungguh menarik. Sememangnya hati adalah sesuatu yang mudah di bolak balik, maka kita perlu sentisa berdoa supaua sentisa ditetapkan dalam keadaan yang baik.
      Matlamat yang jelas akan membantu kita dalam apa jua pekerjaan. Namun sokongan orang sekeliling lebih membantu. Berkawanlah dengan orang yang betul supaya kita tidak mudah putus asa.
      Kritikan yang diberikan tu harus dijadikan cabaran bukan alasan untuk berundur. Perlu buktikan bahawa kita buat yang terbaik. Hanya kita yang akan mengubah kehidupan kita.

    12. Syed Fauzi pada 15 Mar 2011

      Baru hari ni dengar cerita pasala tapai tu hehe..By the way nice artikel sedikit sebanyak kita dapat motivate diri kita balik supaya bersungguh sungguh dan sentiasa menjaga emosi dalam melakukan sesuatu perkara


    Tinggalkan Komen Anda