Bisnes Skala Kecil – Untung Sedikit? (Infografik)

November 07, 2013 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Konvensional / Perniagaan

Pandangan pengguna dan pelanggan terhadap perniagaan yang diusahakan adalah sangat penting. Justeru, Web.com memaparkan infografik berkaitan isu ini dan tinjauan yang telah dilakukan di kalangan pengguna.

Sebahagian pendapat umum mengatakan bisnes kecil perlukan promosi besar-besaran agar bisnes tersebut disedari orang ramai. Namun, menurut jutawan online Irfan Khairi, apa yang lebih penting ialah matlamat yang besar serta mempunyai perancangan jangka panjang.

Hasil keuntungan yang diperoleh oleh bisnes kecil-kecilan tersebut boleh dipusingkan untuk membesarkan perniagaan sedia ada serta meraih pelanggan melalui bisnes yang telah ditambah-baik.

Selain itu, tinjauan turut dilakukan berkaitan pengaruh penggunaan teknologi maklumat dan media sosial sebagai medium mempromosi dan menyebar maklumat perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan. Perniagaan kecil yang memenuhi permintaan pengguna menerusi pengaruh web dan media sosial mempunyai peluang yang besar untuk memacu perniagaan mereka menjadi progresif dan meningkatkan lagi keuntungan perniagaan mereka.

Tinjauan yang dilakukan Web.com ini boleh di jadikan panduan oleh para peniaga yang menjalankan bisnes berskala kecil. Ia merangkumi pandangan pengguna terhadap bisnes kecil-kecilan, apa yang boleh dilakukan peniaga untuk penambahbaikan, serta idea-idea yang boleh di aplikasi untuk kelangsungan perniagaan kecil-kecilan yang di usahakan.

Bisnes Kecil-kecilan

Kredit foto: consumer-small-businessprepaidboss


Tags: , , , , , , , , ,

Komen (4)

  1. Sekarang ni banyak usahawan guna internet atau media sosial seperti facebook untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan mereka. Apapun yang penting mesti konsisten.

  2. boleh x team majalah niaga listkan aktiviti berniaga / bisnes kecil-kecilan yang boleh dilakukan oleh para pelajar di kolej / universiti dengan modal yang sedikit tetapi untung yang banyak… tq

  3. Boleh x tim majalah niaga buat review ttg projek AFFILIATE JUNCTION yg menjalankan PROGRAM MYKAD SMART SHOPPER??

Pendapat anda?