Bolehkah Anda Lakukan Sendiri Urusan Pindah Milik Hartanah Kepada Waris?

February 11, 2015 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Hartanah / Pelaburan

Kepada orang awam, tahukah anda yang anda sebenarnya boleh melakukan sendiri urusan pindahmilik hartanah anda kepada waris anda (seperti isteri, suami, anak, ibu bapa dan sebagainya) tanpa perlu menggunakan khidmat peguam.

Walaupun mungkin ramai yang tidak sedar akan perkara tersebut, hakikatnya, dengan melakukan sendiri urusan pindah milik hartanah, ia dapat mempercepatkan urusan dan dapat menjimatkan kos.

1. Syarat-syarat Pindahmilik Hartanah Kepada Waris Yang Boleh Dilakukan Sendiri

Terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh seseorang sebelum boleh melakukan sendiri urusan pindah milik tersebut:

i. Pemberi Pindah Milik (PPM) adalah tuan punya berdaftar hartanah tersebut. Dalam erti kata lain, dalam geran tertulis nama PPM sebagai tuan punya berdaftar. Sekiranya dalam geran masih lagi nama orang lain dan bukannya nama PPM maka khidmat nasihat peguam adalah diperlukan.

ii. Hartanah tersebut bebas daripada sebarang halangan (free from all encumbrances). Misalnya Hartanah tersebut tidak digadaikan kepada mana-mana bank atau bebas daripada sebarang kaveat oleh mana-mana pihak. Jika hartanah tersebut terdapat sebarang halangan yang tidak memungkinkan ianya dipindah milik, maka sila dapatkan nasihat dan khidmat peguam untuk menyelesaikannya terlebih dahulu.

Private property

iii. Urusan pindah milik tersebut tidak melibatkan transaksi jual beli di antara PPM dan Penerima Pindah Milik (PNPM). Jika ia melibatkan urusan jual beli di antara kedua-dua belah pihak tersebut, satu perjanjian jual beli perlulah disediakan dan ditandatangani oleh mereka terlebih dahulu. Dan sudah semestinya, adalah digalakkan perjanjian jual beli itu disediakan oleh peguam.

iv. Balasan pindah milik hartanah adalah atas dasar “balasan kasih sayang” semata-mata dan tidak melibatkan balasan wang ringgit atau tanpa melibatkan sebarang terma yang bersangkutan dengan jual beli.

2. Bagaimanakah Langkah-langkah Yang Perlu Diambil Untuk Melaksanakan Urusan Pindah Milik Tersebut?

i. Dapatkan Kebenaran Pindah Milik Daripada Pihak Berkuasa Negeri

Sila lihat dalam geran hartanah, sekiranya hartanah tersebut tertakluk kepada sekatan kepentingan, misalnya dalam geran ditulis, “Tanah ini tidak boleh dipindahmilik melainkan mendapat kebenaran bertulis daripada Menteri Besar atau Pihak Berkuasa Negeri atau Pengarah Tanah dan Galian terlebih dahulu”.

Maka sebelum pindah milik boleh dilakukan, PPM hendaklah terlebih dahulu menyerahkan permohonan kebenaran pindah milik (consent) tersebut di pejabat tanah yang berkenaan.

Caranya, dapatkan borang kebenaran pindah milik di pejabat tanah dan isi segala maklumat yang dikehendaki dalam borang tersebut dengan menggunakan pen dakwat cair warna hitam. Lampirkan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan semasa serahkan permohonan tersebut di pejabat tanah.

Tip Hartanah - Dokumen pendapatan

 

Di antara dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti salinan kad pengenalan PPM dan salinan kad pengenalan PNPM, salinan asal carian rasmi , salinan resit cukai tanah tahun terkini, salinan surat nikah (jika suami isteri), salinan surat beranak (jika anak/ibu bapa/ adik beradik), dan salinan geran asal hartanah.

ii. Isi Borang Pindah Milik (Borang 14A)

Setelah kebenaran pindah milik diperolehi, sila dapatkan/ beli Borang Pindahmilik (Borang 14A) daripada pejabat tanah dan sila isi segala maklumat yang dikehendaki di dalam borang pindahmilik tersebut.

Sekiranya anda tidak pasti bagaimanakah cara untuk mengisi Borang 14A tersebut, sila dapatkan bantuan daripada kerani yang bertugas di kaunter pendaftaran pejabat tanah, atau kebiasaannya, sampel borang tersebut ditampal di notice board di bahagian pendaftaran pejabat tanah. Ikut sahaja sampel tersebut.

iii. Tandatangan Borang Pindah Milik Dihadapan Peguam atau Penolong Pegawai Daerah

Selepas diisi sepenuhnya Borang 14 tersebut, kedua-dua PPM dan PNPM hendaklah menurunkan tandatangan dalam Borang pindah milik (Borang 14A) tersebut dihadapan Penolong Pentadbir Tanah (ADO) sebagai saksi.

Anda juga boleh mintak bantuan peguam sebagai saksi untuk tanda tangan borang pindah milik tersebut, tetapi kebiasaannya peguam akan kenakan sedikit charge perkhidmatan sebanyak RM50 (maksimum) untuk setiap penyaksian yang dibuat.

iv. Hantar Permohonan Adjudiksai (Permohonan Nilaian Duti Setem) di LHDN

Selepas itu, sila serahkan permohonan adjudikasi (penilaian duti setem pindah milik) di Unit Stem, Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Anda boleh lakukan sama ada secara manual atau secara online.

Untuk proses secara manual anda kena isi borang yang disediakan di kaunter stem dan sila sertakan sekali bersama-sama borang permohonan tersebut dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan geran hartanah, salinan borang pindah milik yang telah ditandatangani dan disaksikan, salinan kad pengenalan PPM dan PNPM, salinan surat beranak/ salinan sijil nikah PPM dan PNPM, salinan surat kebenaran pindah milik dan lain-lain dokumen sokongan yang diperlukan oleh LHDN.

tip-hartanah-pindahmiliki

 

Sekiranya anda serahkan permohonan secara on line, anda boleh layari www.hasil.gov.my/stamp. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu untuk membolehkan anda log in dalam web site tersebut. Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah discan dan diupload di dalam page yang disediakan.

v. Terima Notis Nilaian Duti Setem Pindah Milik

Biasanya dalam tempoh 8 hari bekerja, LHDN akan hantar kepada anda Notis Taksiran Duti Stem yang menjelaskan tentang berapa banyakkah duti stem pindah milik yang anda kena bayar.

Duti Stem yang dikenakan adalah mengikut nilai pasaran semasa hartanah tersebut. Nilai pasaran tersebut ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH), dimana JPPH akan memaklumkan kepada LHDN tentang berapakah nilaian semasa hartanah yang hendak dipindah milik tersebut.

Bedasarkan kepada itulah LHDN akan tentukan berapakah duti stem pindah milik yang dikenakan kepada anda. Semakin tinggi nilai pasaran semasa hartanah tersebut, maka semakin tinggilah duti stem yang akan dikenakan.

vi. Bayar Duti Setem Pindah Milik

Untuk duti stem pindah milik atas balasan Kasih Sayang daripada suami kepada isteri dan sebaliknya, bayaran duti stem pindahmilik adalah dikecualikan. Manakala untuk duti stem pindah milik atas balasan Kasih Sayang daripada bapa/ ibu kepada anak dan sebaliknya, bayaran duti stem pindahmilik adalah sebanyak 50% daripada duti stem sebenar yang akan dikenakan.

Untuk pindah milik yang dibuat atas balasan Kasih Sayang sesama adik beradik, anak saudara kepada bapa/ ibu sudara dan sebaliknya, dan lain-lain, tiada pengecualian atau potongan duti stem diberikan. Dalam erti kata lain, mereka akan dikenakan bayaran duti stem penuh mengikut nilaian semasa hartanah tersebut.

vii. Tempoh Bayaran Duti Setem Pindah Milik Perlu Dibuat

Anda mempunyai masa selama 30 hari untuk menjalaskan bayaran duti stem pindah milik tersebut di LHDN. Sekiranya gagal, anda akan dikenakan penalti atas kelewatan bayaran tersebut. Selepas bayaran dibuat Sijil Bayaran Duti Stem Pindah milik akan dikeluarkan oleh LHDN dan ia perlu dilampirkan sekali di dalam Borang Pindah milik tersebut.

viii. Pendaftaran Pindah Milik di Pejabat Tanah

Setelah itu, bolehlah anda uruskan pendaftaran pindah milik di pejabat tanah. Diantara dokumen-dokumen yang anda perlukan untuk masuk permohonan pendaftaran pindah milik adalah seperti berikut:-

• Salinan Kad Pengenalan PPM dan PNPM beserta salinan surat beranak/ sijil nikah (jika berkenaan)
• Borang pindah milik yang telah dimati stem (diadjudikasi)
• Geran Hartanah yang asal
• Resit Asal bayaran cukai tanah dan cukai pintu tahun terkini (jika rumah/ kedai)
• Sijil Bayaran Duti Stem Pindah Milik
• Notis Taksiran Duti Stem Pindah Milik
• Salinan Asal Surat Kebenaran Pindah Milik
• Fee pemprosesan (berbeza beza mengikut negeri masing-masing)

ix. Pengeluaran Geran Baru Yang Telah Dipindah Milik

Setelah permohonan pindah milik didaftarkan oleh pejabat tanah, pejabat tanah akan keluarkan geran asal yang baru yang telah dipindahmilik kepada nama PNPM. Tempoh proses pengeluaran geran asal yang baru berbeza-beza mengikut negeri masing-masing. Paling lama mungkin ambil masa dalam 2 minggu. Ada sesetengah negeri dalam masa 1 jam pun sudah siap geran baru.

Maka selepas dapat geran asal yang baru, selesailah sudah proses pindah milik hartanah kepada waris anda. Mudah, jimat dan praktikal bukan?

Kredit foto: murphyz


Tags: , ,

Komen (39)

  1. jamius basinau
    February 13, 2015

    Bagaimana pula proses pindah milik yang berkaitan dengan kenderaan dimana penama asalnya telah meninggal dunia dan sekarang saudara kandungnya sendiri memohon untuk menuntut hak aset tersebut.Apakah proses yang pihak saudara kandungnya harus lakukan…?

  2. Rumit juga, sebab jarang kita buat. Ada yg tak pernah lansung. Lain pada peguam, Penulis Rayuan juga ramai yg tahu buat pindahmilik ni. Biasanya mereka (PR) boleh.

  3. assalam..boleh kah tuan Bantu saya dalam permasalahan ini..arwah ibu ada beli rumah.tapi menggunakan dua nama..maksudnya rumah tersebut diatas nama arwah ibu dn arwah abg sulong..apabila arwah abg meninggal dunia.hanya arwah ibu yg membayar duit rumah sampai habis.Rumah sudah habis dibayar dn arwah ibu pula meninggal dunia.masalah sekarang nama yg ada di geran rumah adalah nama isteri arwah abg sulong..bagaimana jika kami adik beradik ingin menukar nama geran kepada nama kami..apa yg perlu dilakukan..jika kami menggunakan khidmat peguam berapakah kos yg perlu kami tanggung..jika tidak keberatan bole tuan bg penerangan..t.kasih.

    1. assalam tuan…saya nak tanya…waktu bilakah sesuai pembeli hendak menyelesaikan bayaran pembelian tanah kepada tuan tanah yang lama (beli cash)…adakah setelah tandatangan semasa penukaran nama dibuat…apakah yang tuan syorkan?

  4. Assalam Tuan, bagaimanakah pula sekiranya LoA dah dapat untuk menukar nama dari PPM (pentadbir) tapi tak sempat untuk menukar nama pada si PNPM (penerima) kerana penerima telah meninggal dunia terlebih dahulu?

    1. adakah perlu PNPM hadir semasa proses PNM manukar nama tersebut di pejabat tanah?(PNPM adalah adik kepada PNM)

  5. Assalaamu’alaikum wr wb

    Tuan Peguam,
    Saya ingin kemukakan kes berikut:

    Geran rumah kos rendah di Melaka adalah atas nama suami dan isteri. Taksiran cukai tahunan RM132.

    Suami sudah meninggal dunia. Mereka adalah ayah dan ibu kandung kepada 3 orang anak (1 lelaki, 2 perempuan).

    Oleh kerana ketiga-tiga anak tersebut telah pun berkeluarga dan memiliki rumah masing-masing, ibunya berhajat memindahkan hakmilik kepada adik lelaki beliau yang selama ini hanya menyewa rumah di Penang dan tidak berkemampuan untuk membeli rumah. Ini merupakan pemindahahan ikhsan.

    Bolehkah tuan beri panduan tentang cara yang terbaik agar kos/yuran pemindahan hakmilik ini seminimal mungkin.

    Apakah dokumen-dokumen yg diperlukan oleh LHDN Melaka dan yuran-yuran yg dikenakan pihak berwajib.

    Terimakasih.

  6. Assalaamu’alaikum wr wb

    Tuan,
    Saya ingin kemukakan kes berikut:

    Geran rumah kos rendah di Melaka adalah atas nama suami dan isteri. Taksiran. cukai tahunan RM132.

    Suami sudah meninggal dunia. Mereka mempunyai 3 orang anak (1 lelaki, 2 perempuan).

    Oleh kerana ketiga-tiga anak tersebut telah pun berkeluarga dan memiliki rumah masing-masing, ibunya berhajat memindahkan hakmilik kepada adik lelaki beliau yang selama ini hanya menyewa rumah di Penang dan tidak berkemampuan untuk membeli rumah. Ini merupaka pemindahahan ikhsan.

    Bolehkah tuan beri panduan tentang cara yang terbaik agar kos/yuran pemindahan hakmilik ini seminimal mungkin.

    Apakah dokumen-dokumen yg diperlukan oleh LHDN Melaka dan yuran-yuran yg dikenakan pihak berwajib.

    Terimakasih.

  7. Ab Azis bin Md Saat
    January 28, 2016

    Assalamulaikum tuan saya ada menbeli rumah di johor baru pada tahun 1994 bayar ansuran sudah selesai masaalah nya pada tahun tersebut saya tidak ambil grant rumah boleh kah saya memohon dan bagaimana cara nya mendapatkan grant tersebut

  8. Boleh x tukar namageran tetapi geran ITU x boleh pindah hak milik?Bapa mentua say a ada masalah,sebab ITU dia mahu jual Tanah tersebut,

  9. hajar zakaria
    March 24, 2016

    Assalam tuan. Sy tumpang bertanya. Adakah bayaran untuk duti setem itu perlu mengikut harga pasaran semasa rumah, meskipun harga rumah yg dibeli sebelum itu adalah jauh lebih murah?

  10. Assalamualaikum Tuan, sesetengah negeri yg dapat keluarkan geran baru dalam tempoh 1jam tu negeri mana ya?

  11. Saya cadang tuan anjurkan satu kursus ttg pindahmilik atau tatacara pindahmilik notis jualan (borang i) seksyen 160 akta kerajaan tempatan 1976

  12. Bapa saya ada Tanah skim,tetapi Bapa saya ingin menjual Tanah tersebut tetapi Tanah tersebut x boleh d pindah milik kecuali Anak,adik beradik Dan keluarga,pembeli yang ingin Beli bukan keluarga,adakah Cara untuk tukar nama geran ke pembeli?Bapa saya ingin jual sebab ada masalah kewangan Dan kesihatan

  13. Tuan,
    Bagaimana caranya untuk menukar Hakmilik Geran tanah arwah ibu yang telah meninggal dunia pada 16.01.2013 kepada salah seorang anaknya, apakah prosej dan cara yang perlu dilakukan?

    Sekian, terima kasih

  14. terima kasih untuk informasi ini
    memang sangat berguna
    saya nak tanya jika loan rumah belum habis bayar, boleh tak pindah milik kpd org lain? orang tu sambung bayar?

  15. Assalam..saya ingin bertanyakan satu soalan..

    Arwah ayah saya ade rumah,tapi sekarang atas nama kakak sy…sekarang ni saya ingin buat pertukaran nama..bagaimana caranyer…

  16. Bagaimana cara untuk mendapatkan salinan notis taksiran duti setem yang telah lama hilang?

  17. Salam
    Sy ingin bertnya..
    Mcm mn cara nya nak.membubarkan atau penukaran nama bg s&p yg ada 2penama . Kedua penama tiada kaitan persaudaraan / suami isteri .. cuma kawan.
    Atas persetujuan bersma, penama kedua akun tidak mau ada nama nya dlm rmh tersebut lg krana hnya satu penama byr apartment tersebut.
    Mcm mn proses nya tu ah..
    Di mn sy perlu rujuk?
    Perlu ke memerlukan kos yg bnyak?

  18. Salam
    Ingin bertnya
    Mcm.mn cara utk membubarkan atau penukarkan s&p yg ada dua nama kepada satu nama sahaja. Kedua2 penama tiada kaitan …hnya kawan. Kedua2 setuju tnpa melibtkan wang mengasingkan nama .
    Mcm mn cara nya
    Di mn mau rujuk
    Brpa kos diperlukan

  19. Assalamualaikum..
    Ingin bertanya
    berkenaan cara isi borang lhdn jika 2 penama di borang 14a..perlu isi satu nama sahaja atau bagaimana..

  20. Aslkm
    Sy nk tny arwh abh sy ad tanah dn geran atas nm arwh abh sy lgi…blh ker tkr nm ats ank arwh. Bagai mana prses utk tkr nm dlm gran tnah.

  21. Assalamualaikum..saya nak tanya, datuk saya jadikan harta tanah sebagai mahar perkahwinan dengan nenek saya (isteri ke-2). semasa hayat hidup nenek (isteri ke-2) bersama datuk saya, nenek minta ayah saya tukar milik dari nama datuk kepada ayah saya( anak lelaki isteri ke-2). ayah saya terlalu banyak tanah. tapi tak pernah di urus dan tak pernah ambil tindakan. nama tersebut masih lagi nama datuk saya. Sekarang Datuk, Nenek dan ayah saya telah meninggal dunia. semasa hayat datuk masih hidup, wasiat tertulis “Tanah ini diwasiatkan kepada arwah ayah saya. anak lain (dari nenek isteri pertama) tiada hak mengambil alih tanah tersebut kerana itu mas kawen nenek (isteri ke-2). dan telah mendapat bahagian masing2. semasa hayat arwah ayah saya masih hidup, ayah minta saya bantu tukar milik kepada nama saya apabila saya selesai pengajian dan sudah bekerja. Sehingga sekarang saya masih belum mampu uruskan tukar milik kerana prosesnya memerlukan kos yang agak tinggi. Nama dalam geran tanah itu masih nama datuk saya. Masalah yang timbul sekarang, bapa saudara saya (abang ayah saya dari isteri pertama) menuntut hak tanah tersebut dan mereka telah pun mengushakan tanah tersebut untuk kegunaan mereka walupun kami sebagai anak2 tidak bersetuju tindakan mereka. surat wasiat juga telah hilang ketika hari arwah ayah mnyatakan hasrat untuk tukar milik nama geran tanah kepada saya. mohon bantuan yang arif tentang kes ini. saya tak tahu prosedur yang sebenar. Boleh kah saya menuntut semula hak arwah ayah saya? trima kasih

  22. Norazlin Abusman
    November 7, 2016

    assalamualaikum.saya berkahwin dgn warga sarawak.. kalau ikut native org semenanjung atau luar dr sarawak tak boleh beli tanah atau rumah di sarawak.. jika suami saya menukar penama kepada nama saya adakah boleh? terima kasih kerana sudi menjawab pertanyaan saya

  23. Assalam
    Sy nk tau,boleh tak jika saya hendak membeli rumah utk tunang sbgai hadiah,dgn meletak namanya bsgi penama ke dua tnpa pengetahuannya?

  24. Jika penama rumah yg pertama ayah..dan name kedua nama kakak kedua..ayah minggal dunia..boleh kan kakak kedua sye nak tukar nama rumah kepada adik bongsu nya? loan rumah masih ada lagi..adakah layak utk tukar nama?

  25. Assalamualaikum..saya nak tanya..berapa ya kos pemindah milik tanah ini kalau untuk setiap satu waris..contoh kos untuk duti stem..sebab sy masih student tetapi nak uruskan ni.. saya nak tahu anggaran penuh untuk kos pemindah milik tanah ni..

  26. Suhailah A Rahman
    December 31, 2016

    Assalamualaikum..tuan.Terima kasih kerana memberi kmi khidmat percuma bagi bertanyakan soalan berkenaan jual beli rumah.Saya ada sebuah rumah atas nama dan ibu saya.Masalahnya saya amat risau atas apa yang akan berlaku.ibu saya telah berjanji untuk menjual rumah tersebut dengan seorang pembeli..dan pada masa yang sama mereka berkomplot dgn abang dan adik serta ibu saya menggadai rumah kepada Along…Tapi pinjaman mereka tidak lps wlpun ada geran tp memerlukan tandatangan.mereka meminta duit dgn duit serta merayu daripada pembeli sehingga RM 20k..dan mrk berjanji menolak deposit kelak..bolehkah ini berlaku

  27. Salam… sy nk tyer .. geran tanah ad 2 pernama mak sy n adik sy… satu geran …jd yang nama mak sy punya tu sy nk tukar mlik jd hak sy .. brpakah byran pindah hak mlik nama tu??

  28. SITI FAZILAH ARIFFIN
    February 23, 2017

    Salam, tuan saya nak bertanya berkenaan rumah baru saya baru beli tahun 2010. Saya letak letak 2 nama atas nama rumah tu, nama saya dan emak saya. Boleh saya tahu macam mana jika emak saya tiada nanti? Adakah sebahagian akan di tuntut oleh adik beradik sy? PAdahal setiap bulan saya bayar. Nama emak saya just letak sahaja memandangkan time beli rumah tu saya single lagi. Sekarang dah ada suami dan anak. Boleh bagi explain berkenaan ini?

  29. Salam, terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ni…Cuma saya ada satu kemusykilan berkenaan kes saya…untuk rumah pertama, S&P dan geran tanah atas nama saya & wife tapi loan bank (termasuk insurans) atas nama saya seorang, manakala untuk rumah kedua, S&P, geran & loan (termasuk insurans) semuanya atas nama wife seorang. Jadi saya terfikir, kalau apa2 berlaku pada wife (na’uzubillah…) untuk rumah kedua, jadi insyaallah saya tak perlu sambung bayar apa2 loan bank kan? Tapi bagaimana pula kalau terjadi apa2 pada saya (na’uzubillah…) untuk rumah pertama, wife tetap kena sambung bayar loan bank kan? Mohon betulkan kalau saya silap. Jadi untuk elakkan perkara tersebut, adakah sebaiknya saya perlu tukar nama untuk rumah pertama tu kepada nama saya seorang? Adakah perlu tukar nama pada S&P @ geran tanah @ kedua-duanya?
    Mohon pencerahan, terima kasih.

  30. masrin bin nasip
    March 7, 2017

    bagaimanakah jika mama saya dia punya bapa udah buat wasiat bahawa tanah ni dibagi kapada dia..bagaimanakah cara mau urus tukar nama..

  31. SALAM SAYA NAZRIN.SAYA NAK TANYE KALAU NAME DALAM S&P NAME ARWAH AYAH DAN ADIK LELAKINYA..GERAN RUMAH TAK DPT LAGI..KALAU SAYA NAK TUKAR NAME GERAN BOLEH KE?

  32. Yeap Soon Ling
    April 14, 2017

    Hi, saya Ms Yeap nak tanya kalau bapa i nak tukar nama utk rumah yang atas nama tuk saya kepada kami 3 adik beradik, saya kena buat macam mana…terima kasih

Leave a Reply to Ab Azis bin Md Saat Batal (Cancel)