Buat Duit Dengan Blog – Bagaimana, Proses dan Tindakan

May 25, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

 

Pat Flyyn

Ini merupakan entri bahagian pertama, bagi mendedahkan kepada kita asas buat duit dan membina perniagaan menggunakan blog.

Dia suka akan pekerjaannya. Menjadi seorang Job Captain dalam firma senibina dan bekerja pada waktu 9 pagi hingga 5 petang tiada masalah baginya. Bahkan beliau sendiri akui, jumlah wang yang diperoleh sudah cukup untuknya hidup selesa.

Berbeza dengan individu lain yang ingin bekerja sendiri kerana sudah bosan dengan kerenah bos. Si dia tidak kisah akan semua itu. Asalkan dia melakukan pekerjaan yang diidamkannya. Dalam masa sama, dia juga menulis di blog peribadi untuk berkongsi tip-tip berkenaan peperiksaan LEED berdasarkan pengalamannya.

Namun rezeki itu tetap di tangan Tuhan. Nasibnya tidak begitu baik kerana syarikat beliau terpaksa ditutup atas beberapa sebab. Ini menyebabkan kehidupannya menjadi huru hara serta merta.

Blog Sebagai Penyelamat, RM60,000 Dalam Tangan

RM60,000 dalam tangan

Dengan berbekalkan blog peribadinya, dia tidak menyangka medium yang digunakan untuk berkongsi sesuatu bakal mengubah kehidupannya 360 darjah. Orang ramai mula bercerita tentang blog itu. Malah ada yang mencadangkan agar dia membuat pakej informasi seperti ebook, audio dan video.

Tanpa melengahkan masa lagi, dia cuba mendengar nasihat daripada salah seorang pembaca blognya. Ketika pelancaran ebook pertama mengenai tip peperiksaan LEED di blognya, dia terkejut kerana jualan berlaku dengan drastik, sehingga mencecah 4 angka dalam tempoh kurang dari seminggu.

Sehingga kini, peristiwa ini menjadi sejarah pada insan yang diberi nama Pat Flynn. Seorang yang dahulunya tidak percaya pada kuasa blog, kini menjana pendapatan lebih USD20,000 (RM60,000) setiap bulan menerusi salah satu daripada blognya, iaitu Smartpassiveincome.com.

Adakah Kita Boleh Mengulangi Kejayaan Ini?

Think & Grow Rich , Napeleon Hill

Tepuk dada tanya diri sendiri. Dalam buku Think and Grow Rich, karya terulung Napoleon Hill menyatakan, kejayaan dan kekayaan yang diperoleh oleh tokoh-tokoh bisnes Amerika Syarikat kebanyakannya mempunyai ciri-ciri keperibadian yang sama.

Antaranya ciri keperibadian yang sama ini adalah meniru dan mengulangi kejayaan individu yang terdahulu. Dengan kata lain, kita mengulangi perkara yang dilakukan oleh individu yang pernah berjaya dalam bidang yang kita ceburi.

Teori psikologi menyatakan kelebihan manusia di dunia ini adalah kemampuan untuk meniru 100%, daripada reaksi dan gaya fikir orang lain. Dalam isu buat duit dengan blog, kita boleh menjana pendapatan seperti Pat Flynn, jika kita tahu bagaimana beliau melakukannya.

Namun ia memerlukan kajian yang mendalam terhadap tindak-tanduk yang beliau lakukan.

Asas Buat Duit Dengan Blog

Darren Rowse dari ProBlogger.net

Sebelum kita memasuki dunia buat duit dengan blog, kita perlu tahu asas kewujudan blog. Darren Rowse, pemilik Problogger.net menyatakan, asas bagi setiap blog adalah untuk berkongsi dan menulis sesuatu. Tidak kira ia berunsurkan elemen peribadi, berita terkini, hiburan atau pelbagai lagi.

Jadi tanya pada diri kita, adakah kita seorang yang suka berkongsi sesuatu? Jika jawapan tuan dan puan adalah “ya”, maka tanya pula soalan ini. Apakah ilmu yang aku suka kongsikan pada rakan-rakan sekeliling?

Jika kita dapat menjawab soalan ini, maka ia akan menjelaskan lagi peluang untuk kita buat duit dengan blog. Malah, ia juga menunjukkan kita mempunyai peluang, untuk membina bisnes menerusi blog, sama seperti apa yang dilakukan oleh Pat Flynn hari ini.

Kenapa Kita Mesti Buat Duit Dengan Blog?

Top Direktori Blog di Technorati

Kajian yang telah dibuat oleh Technorati, mendapati 175,000 blog dibangunkan setiap hari. Ini jelas menunjukkan blog mempunyai permintaan yang tinggi, dalam kalangan pengguna internet. Namun hanya segelintir pemilik blog sahaja, yang berjaya menjana pendapatan lumayan dari blog mereka.

Buat duit dengan blog adalah mudah. Ini kerana kita menggunakan kekuatan yang ada pada diri sendiri, dan setiap seorang daripada kita, mempunyai ilmu yang boleh disebarkan kepada umum. Ilmu-ilmu ini boleh disebarkan menerusi penulisan, audio atau video yang diterbitkan menggunakan blog.

Malah kini terdapat pelbagai panduan yang dijual dalam bentuk ebook dan buku. Salah satunya adalah ebook Perniagaan Blog.

Perniagaan Blog , Panduan Sebenar Buat Duit Dengan Blog

Ebook ini akan menerangkan secara terperinci, bagaimana saudara Khairul Hakimi menjana lebih RM8,000, dengan hanya menggunakan satu blog sahaja. Lebih menarik, blog beliau tertumpu pada pasaran Malaysia sahaja.

Nantikan entri bahagian kedua yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Jangan lupa untuk berikan komen tuan dan puan.


Tags: , , , , , ,

Komen (17)

  1. Thanks, post yang baik. Saya sangat minat dengan keyword digunakan dalam topik post ini. Kajian keyword yang baik. Penggunaan h tag sangat baik. Ini pasti akan menjadi ikutan blogger. Ingin juga rasanya nak menyumbang artikel.

    Perkembangan facebook sekarang tidak akan mengurangkan penggunaan blog.

    1. Terima kasih. Pihak kami sentiasa mencuba yang terbaik untuk memastikan artikel ini dapat pengiktarafan baik daripada enjin carian. Ini supaya para pengunjung dapat menjumpai artikel ini secara natural.

      Benar, penggunaan Facebook sedikit tidak menjejaskan penggunaan blog. Malah ia dapat dijadikan salah satu daripada strategi pemasaran terkini. 🙂

    1. Sama-sama tuan. Kami berbesar hati dan terharu apabila mendapati artikel ini dapat memberikan inspirasi kepada para pembaca, seperti tuan. Terima kasih. 🙂

  2. Terima kasih Tuan Aqif Azizan-Mr Smart Blog untuk artikel ini…..Orang baru dalam dunia blogging seperti saya pasti mendapat manfaat yang terbesar nanti dengan pendedahan Tuan ini..Nantikan kemunculan blog www. NazriKadirTrump.com

  3. Majalah Niaga thanks. Artikel yang baik, photo yang menarik. Ini adalah kelainan Majalah Niaga. Artikel yang disusun dengan kemas. best.

Pendapat anda?