Buat Duit Dengan Fotografi – 5 Lubuk Mewah Dibongkarkan

September 06, 2011 — Penulis:

Kategori: Perkhidmatan

Industri fotografi kini semakin meningkat naik dan mendapat permintaan daripada pelbagai individu dan organisasi. Harga aksesori fotografi yang berada dalam lingkungan RM1,000 hingga RM5,000, iaitu harga mampu milik untuk majoriti rakyat tempatan juga mendorong kepada perkembangan industri ini.

Kini lebih ramai orang menganggap diri mereka sebagai jurufoto. Namun hakikat pahit yang perlu ditelan adalah hanya segelintir individu sahaja yang berjaya untuk kekal dalam industri ini, dan majoriti yang cuba masuk untuk industri ini akan lesap begitu sahaja dalam tempoh 1 atau 2 tahun beroperasi.

Antara faktor yang menyebabkan kegagalan jurufoto-jurufoto yang baru memasuki industri ini adalah kerana kurangnya ilmu, mengenai carian lubuk-lubuk duit yang dapat memberikan pendapatan lumayan kepada mereka.

Menurut Peter Sawyer, terdapat 5 lubuk mewah yang boleh digunakan oleh jurufoto baru dan berpengalaman, untuk menjadikan internet sebagai sumber buat duit dengan fotografi.

5 Lubuk Mewah Buat Duit Dengan Fotografi

Lubuk #1 – Menjadi Jurufoto Freelance

Alternatif pertama untuk menjana pendapatan lumayan dengan fotografi adalah menerusi bayaran untuk melakukan kerja-kerja freelance. Jurufoto menubuhkan blog atau laman web, untuk menawarkan perkhidmatan menangkap dan mengedit gambar, bagi memenuhi keperluan individu atau organisasi.

Antara tugas-tugas freelance yang mempunyai permintaan di pasaran Malaysia adalah seperti berikut:

  • Gambar perkahwinan.
  • Gambar acara rasmi daripada badan-badan kerajaan atau swasta.

Apa yang perlu kita lakukan adalah mempunyai laman web tempahan, untuk memudahkan pelanggan mencari kita menerusi enjin carian dan melakukan tempahan pada bila-bila masa.

Lubuk #2 – Menjual Perkakas dan Aksesori Fotografi

Sekiranya kita mempunyai kenalan yang mempunyai kedai yang menjual aksesori fotografi, kita boleh berurusan dengan mereka untuk menjual produk secara dropship. Sebagai contoh, kita mengambil 10% hingga 25% keuntungan daripada harga produk yang dijual oleh pemilik kedai.

Contoh kiraan untung adalah seperti di bawah:

Harga asal Speedlight: RM200

Untung kita (10%): RM20

Namun harus diingatkan, kita perlu berurusan dengan baik agar kita tidak perlu menyimpan stok. Ini bermakna, apabila jualan berjaya dihasilkan, kita akan bayar kepada pemilik kedai, dan tugas mereka adalah untuk menghantar produk itu kepada pelanggan.

Konsep ini juga dinamakan untung atas angin. Untuk melakukan promosi, kita boleh gunakan 4 medium percuma seperti berikut:

  • Laman web Mudah.my.
  • Laman web Ebay.
  • Laman web Lelong.
  • Laman web Facebook.
  • Laman blog.

Lubuk #3 – Mengadakan Bengkel dan Seminar

Bagi jurufoto yang mempunyai pengalaman lebih 5 tahun dalam industri ini, kita boleh mengadakan bengkel atau seminar fotografi, bagi membantu jurofoto-jurufoto baru untuk menajamkan skil tangkapan mereka. Caj seminar dan bengkel biasanya sekitar RM200 hingga RM1,500 untuk seorang peserta.

Bagi jurufoto baru yang mempunyai skil menggunakan perisian untuk edit gambar seperti Photoshop dan sebagainya, kita juga boleh membangunkan modul-modul seminar dan bengkel, bagi mendidik peserta untuk belajar mengedit gambar agar ia kelihatan lebih kemas, dan profesional.

Lubuk #4 – Jual Gambar Di Laman Lelongan Online

Bagi individu yang berkemahiran untuk menangkap gambar yang unik, serta memenuhi keperluan industri, kita boleh menjual gambar-gambar yang ditangkap menerusi laman lelongan online khas untuk penjualan foto.

Berikut adalah senarai laman lelongan yang boleh kita gunakan, bagi menjana pendapatan dengan fotografi.

Meskipun laman lelongan ini mempunyai jutaan pelawat setiap bulan, gaya fikir luar kotak dapat membuatkan diri kita berbeza dengan penjual-penjual lain. Sentiasa fikirkan bagaimana untuk mencipta keunikan, agar kita tidak ditenggelamkan oleh pesaing.

Lubuk #5 – Menulis Buku Mengenai Tip Fotografi

Peningkatan jumlah jurufoto baru di Malaysia secara tidak langsung mencipta permintaan buku-buku baru, yang berkaitan dengan industri ini. Kita boleh menulis buku dan menjana pendapatan lumayan menerusi royalti daripada syarikat penerbitan seperti PTS, Truewealth dan banyak lagi.

Selain daripada buku, kita juga boleh menulis ebook. Di mana ia memberikan margin keuntungan yang lebih tinggi kepada penulis. Sekiranya kita mencari penerbit ebook di Malaysia, yang akan menguruskan aspek pemasaran dan promosi, sila hantarkan manuskrip ebook ke syarikat Educattic Mind.

Jutawan Fotografi Akan Mendedahkan Rahsia Pada…

15 September 2011, yakni pada hari Khamis. Pihak Majalah Niaga akan menerbitkan ezine Majalah Niaga edisi #18. Di mana kami menemubual seorang jutawan dalam industri fotografi, iaitu Tuan Saiful Nang.

Candid Syndrome - Saiful Nang

Beliau akan membongkarkan beberapa strategi yang beliau gunakan sehingga hari ini, untuk membina bisnes fotografinya, serta strategi penjenamaan yang kukuh, bagi membuatkan pesaing tunduk pada bisnes kita.

Selain itu, beliau juga turut berkongsi langkah-langkah yang beliau gunakan bagi menjadikan dirinya sebagai seorang jutawan dalam industri ini. Nantikan kemunculannya pada 15 September 2011.

Kredit gambar: Alexey05 , TreaCor, Fotolia, Hasrul Andry


Tags: , , , , , , , ,

Komen (15)

  1. dah agak, mesti saiful nang menjadi pilihan utama dalam bidang fotografi ni 🙂

    sedang mengumpul duit untuk angkat canon eos 550d. minat fotografi tapi tidak minat ambil gambar perkahwinan, lbih sukakan ambil gambar alam 🙂

      1. saya minat jugak bidang fotografi nie ditambah pula bentuk perniagaan saya yang mempunyai skop fotografi. jadi mmg plan utk menceburi bidang fotografi ini pada masa akan dtg.

        1. Wah, tahniah saya ucapkan. Nantikan ezine Majalah Niaga yang bakal diterbitkan. Kami percaya ia dapat membantu tuan untuk terus maju dalam industri ini. 🙂

          1. Terima kasih kepada Tuan Aqif. Jika tak keberatan bolehla memberi sedikit komen tentang perniagaan kecil yang saya jalankan di http://www.isdacreative.com agar dapat dipertingkatkan lagi dan seterusnya menjadi sumber perkongsian dengan rakan perniagaan lain.

  2. Zulhilmi Zainudin
    September 6, 2011

    Tuan Saiful Nang adalah idola saya. Beliau banyak menyumbang inspirasi dan semangat kepada saya sewaktu saya mula ingin menceburkan dalam dunia seni kreatif grafik awal 2008 dulu sebagai seorang freelancer. Alhamdulillah, berkat cerita ‘kamera pinjam’ beliau yang telah berulang kali saya baca dan hayati tanpa jemu, saya kini punyai sebuah perniagaan yang mampu memberi pulangan lumayan kepada saya; walaupun hanya seorang ‘freelancer’ di mata masyarakat.

    Tuan Saiful Nang, you’re the best! 🙂

  3. baru kenal dgn saudara Saiful Nang. minat beliau dlm bidang fotografi menjadi faktor kejayaan beliau. secara kesimpulannya, kalau kita berminat tentang sesuatu itu, mmg kita akan buat sehabis baik utk menjayakannya.

Pendapat anda?