The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.
  • Buat Duit Pandai, Urus Duit Bagaimana?

    Idea untuk menulis artikel ini diperolehi ketika saya ke Kota Bharu atas urusan perniagaan. Walaupun sebelum ini sudah banyak kali isu ini bermain difikiran saya, namun belum cukup membuak-buak sehinggalah saya ke Kota Bharu. Sebenarnya hampir 60% usahawan Melayu kita menghadapi masalah ini.

    cara mengurus wang

    Ramai yang tahu untuk berniaga dan menjana duit. Tidak kira dari perniagaan konvensional mahupun perniagaan internet. Ramai juga di antara kita mengadakan seminar teknik menjana duit dan seminar keusahawanan untuk mempertingkatkan skil dalam perniagaan.

    Kerajaan juga telah banyak membantu rakyat untuk menjana pendapatan yang lebih dengan mengurangkan beberapa skop cukai bagi memastikan Malaysia mencapai sasaran menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020 nanti.

    Kesedaran yang Masih Di Tahap Kritikal

    Pun begitu, kesedaran optimum masih belum terpancar dari aspek pengurusan kewangan dan syarikat. Lihat saja diluar sana, ramai yang sudah mampu memiliki rumah banglo dan kereta mewah serta menjalani hidup yang serba mewah. Hakikat sebenarnya hanya mereka sahaja yang tahu.

    Bagi yang tahu menguruskan kewangan dan syarikat mereka saya ucapkan tahniah. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak tahu menguruskan kewangan peribadi dan syarikat mereka sendiri? Tidak dinafikan mereka cukup arif dalam mencipta duit. Tetapi duit yang diperolehi tidak kekal lama. Sekejap sahaja sudah habis.

    Mungkin mereka tidak menyedari hakikat ini sehinggalah mereka memerlukan pinjaman dari pihak bank untuk mengembangkan lagi perniagaan sedia ada. Antara isu-isu yang saya sering dengar dari mereka yang pakar dalam mencipta duit ini :

    • Gagal untuk mendapat pinjaman bank kerana akuan syarikat tidak teratur.
    • Gagal untuk menyimpan tunai yang mencukupi kerana outflow yang melebihi daripada inflow.
    • Ekuiti syarikat tidak meningkat walaupun syarikat mereka sudah ditubuhkan sekian lama.
    • Syarikat masih ditakuk lama walaupun sudah melebihi 20 tahun beroperasi
    • Gagal untuk menyimpan aset tetap kerana beranggapan itu tidak penting.

    dan sebagainya.

    Bagi individu yang makan gaji juga turut mengalami nasib yang sama. Mereka seolah-olah kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membuat aset tetap dan menyimpan tunai yang sepatutnya. Mereka gagal bukan kerana menerima pendapatan yang sedikit, tetapi sebenarnya mereka tidak tahu bagaimana untuk menguruskan pendapatan mereka.

    Inilah Masalah Terbesar Orang Melayu!

    Keegoan mengatasi tuntutan menuntut ilmu. Inilah masalah terbesar yang dihadapi oleh golongan besar orang melayu. Maaf jika saya katakan, Dasar Ekonomi Baru tidak mencapai matlamat yang optimum adalah disebabkan sikap orang Melayu itu sendiri. Inilah nasib Melayu di bumi sendiri.

    Tun Dr Mahathir

    Orang Melayu harus sedar, merekalah tuan di bumi merdeka ini, tetapi disebabkan keselesaan dan berada di zon selesa sekian lama menjadikan mereka alpa & hanyut dengan tuntutan arus perdana. Apabila harga minyak dan barangan runcit dinaikkan, mulalah segelintir golongan ini membuat onar menyalahkan kerajaan. Walhal, ini semua adalah hasil dari kelemahan mereka sendiri.

    Jika mereka berusaha keras dan pandai menguruskan kewangan, Insya Allah mereka tidak akan merasai terjejas kesan kenaikan harga petrol dan beberapa barangan runcit.

    Untuk Menjadi Juara Lebih Senang Dari Mempertahankan Kejuaraan

    Sedarlah Kesilapan Kita yang Lalu

    Sedarlah wahai bangsa ku, kita pernah maju malah termaju di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tetapi kenapa kita tumbang? Cubalah kaji semula sejarah bangsa kita yang pernah menjadi idola suatu ketika dulu. Perbetulkan landasan kita dan matlamat kita. Janganlah kita beranggapan pandai buat duit bererti kita sudah berjaya.

    Hakikatnya, bagaimana untuk menguruskan pendapatan dan kekayaan kita supaya ianya menjadi satu legasi untuk dinikmati oleh seluruh keturunan kita khususnya dan bangsa Melayu umumnya.

    *Kredit gambar yang diambil dari Flickr (wazari) , (netfalls)

    Pengiklanan Premium

    Tags: , , ,

    Dr. Shah Razali (DSR), self-made millionaire dan mempunyai pengalaman luas di dalam perbankan konvensional dan perbankan Islam. Seorang ahli perniagaan dan perunding kejurulatihan pembangunan usahawan yang berjaya. Beliau merupakan pelabur dan pakar dalam bidang hartanah.

    Visit author's website

    Adakah artikel ini sangat berguna dan bermanafaat buat anda? Jika ya, isi nama panggilan dan email utama anda di bawah untuk menerima artikel terbaru terus ke email anda. Seramai 1468 orang yang telah mendaftar! Anda bila lagi?

    1. Adly a.k.a Labanon pada 25 Mar 2011

      Terima kasih DSR di atas artikel yang bakal menyedarkan ramai pihak termasuk diri saya sendiri. :D Artikel yang perlu dibaca oleh semua pihak sama ada orang bisnes ataupun orang yang makan gaji untuk kebaikkan kita bersama.

    2. Haryzat Zulzahary pada 25 Mar 2011

      Terima kasih dan tahniah DSR kerana berjaya merungkai masalah sebenar kebanyakkan usahawan melayu. Tidak terlepas juga saya yang suatu ketika dahulu. Apa pun itik berenang tenang di atas tetapi kaki di bawah tiada siapa yang tahu…

    3. niza pada 26 Mar 2011

      Salam sejahtera.
      Sememangnya benar. Antara cuba mendapatkan pinjaman bank dan penyata kewangan untuk dihantar kepada Lembaga Hasil Dalam Hasil setiap tahun ‘hujung’ Jun@last minute, dua penyata yang kadang-kadang cukup berbeza diberi oleh ‘usahawan berjaya’ Melayu. Bila menghantar ke LHDN, dinyatakan untungnya sedikit@rugi, tetapi bila cuba meminjam dinyatakan ‘keuntungan’, contra.
      Terima kasih dengan artikel yang perlu dan selalu dingatkan untuk semua.


    Tinggalkan Komen Anda