Cabaran Dan Cara Bertahan Dalam Bidang Keusahawanan

November 24, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Umum

Menjemput rezeki sebagai usahawan bukanlah sesuatu yang mudah. Sebelum mendapat rezeki yang yang halal lagi berkat, pelbagai cabaran perlu dihadapi oleh mereka yang bergelar usahawan.

Maksud Cabaran

Apakah yang dimaksudkan dengan cabaran? Kamus Dewan Edisi Keempat menterjemahkan cabaran sebagai sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi.

Kekurangan modal atau dana merupakan cabaran utama yang perlu dihadapi oleh mereka yang bergelar usahawan. Pelaburan modal sangat penting dalam melaksana dan memastikan kelancaran perniagaan dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

Cabaran Dalam Dunia Usahawan

Tanpa pelaburan modal yang kukuh, agar sukar bagi sesorang usahawan itu melebarkan perniagaan yang diceburi ke peringkat antarabangsa. Selain itu, masalah rasuah juga turut menjadi isu yang tidak pernah selesai. Rasuah merupakan kudis yang semakin membarah di kalangan masyarakat Malaysia.

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut.

Dalam era yang menuju kemodenan dan globalisasi dunia tanpa sempadan, rakyat Malaysia masih lagi terpalit dengan isu-isu intergriti dan akauntabiliti yang boleh meranapkan peradaban bangsa. Rasuah juga mampu memusnahkan perniagaan yang dibina.

Masalah komunikasi dalam perniagaan turut menjadi penyumbang cabaran kepada usahawan pada masa kini sama ada usahawan baru atau yang sudah lama bertapak dalam bidang perniagaan.

3 Perkara Penting Perlu Ada Dalam Diri Usahawan

1. Kemahiran berkomunikasi

Teknik-teknik komunikasi berkesan penting untuk dikuasai oleh setiap usahawan kerana ia boleh memudahkan mereka untuk berunding, bermesyuarat, tawar-menawar dalam mendapatkan sesuatu kontrak perniagaan dengan pihak lain.

Para usahawan juga perlu menguasai bahasa asing selain dari fasih bahasa ibunda. Antara bahasa asing yang mungkin boleh dikuasai oleh usahawan adalah Bahasa Inggeris, Mandarin dan Bahasa Arab.

Kemahiran komunikasi

Usahawan yang boleh berkomunikasi dalam bahasa yang pelbagai merupakan satu bonus yang mungkin boleh dijadikan alat untuk memajukan bidang perniagaan yang diceburi.

2. Sentiasa belajar ilmu baru

Kekurangan ilmu dalam bidang perniagaan dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan asas perniagaan turut menyumbang kepada cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang usahawan.

Oleh yang demikian, jika berpeluang mahupun diberikan berpeluang untuk mendalami sesuatu ilmu baru, setiap usahawan itu hendaklah berusaha mempelajari dan menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan untuk melonjakkan diri menjadi ushawan yang cemerlang dan terbilang.

3. Mempunyai jati diri yang kuat dan kukuh

Dalam menuju era globalisasi dan dunia tanpa sempadan, isu dan cabaran dalam dunia keusahawanan juga semakin mencabar, setiap usahawan mestilah mempunyai jati diri yang kuat dan kukuh.

Walau apa jua cabaran yang dihadapi oleh usahawan, mereka hendaklah sentiasa sabar dan dan ikhlas dalam apa jua bidang perniagaan yang diceburi. Untuk menjadi usahawan berjaya bukanlah sesuatu yang mudah, namun bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

Jati diri integriti

Oleh yang demikian, setiap usahawan muslim sangat dituntut untuk berpegang pada jalan Allah dengan sentiasa merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. Perkara-perkara mahupun amalan-amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam mestilah dijauhi.

Akhir kata, bidang keusahawanan adalah satu bidang yang mulia di sisi agama. Perniagaan adalah salah satu sumber pekerjaan yang sangat digalakkan dalam Islam.

Tanganilah cabaran yang mendatang dengan berpandukan kitab yang telah diturunkan oleh Allah kepada RasulNya yang mulia. Janganlah melakukan sesuatu yang hanya menambahkan dosa dan mengurangkan pahala di akhirat sana.

Hadis Riwayat Imam Ahmad ada menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud, “9/10 rezeki itu datangnya adalah daripada perniagaan.”


Tags: , ,

Komen (6)

  1. Assalamualaikum,

    Salah satu lagi perkara penting yang perlu ada dalam diri seorang yang bergelar usahawan ialah sifat jujur dan amanah.

    Baginda Rasulullah s.a.w merupakan seorang peniaga dan baginda telah menunjukkan bagaimana menjadi seorang peniaga yang diberkati diri dan perniagaannya.

    Sahabat baginda sendiri terdiri dari usahawan-usahawan perniagaan yang berjaya. Hatta isteri kesayangan baginda, Siti Khadijah binti Khuwailid seorang peniaga yang berjaya dan kaya-raya.

    Perniagaan bukan sahaja menjadi punca mendapatkan rezeki, tetapi ia jua menjadi salah satu saluran untuk berdakwah. Sebab itulah salah satu golongan yang akan mendapat perlindungan arasy Allah di padang Mahsyar nanti ialah golongan peniaga yang jujur.

    Semoga kita tidak mempunyai perasaan tamak, kerana itulah sifat mazmumah yang akan menjadi penyebab datangnya dosa-dosa lain, seperti khianat, penipu, rasuah dalam akitiviti perniagaan.

  2. Nani Mohd Salleh
    November 27, 2014

    Assalamualaikum, terima kasih Tuan Abdullah Idris atas perkongsian ilmu. Jadilah peniaga yang jujur. Moga rezeki yang dapat adalah rezeki yang berkat.

  3. Assalammualaikum, Alhamdulillah dengan perkongsian ilmu yang telah diberikan saya dapat memajukan diri saya lagi dalam bidang perniagaan ini.

    1. affryesia
      July 28, 2017

      selamat malam..terima kasih..malam ini saya tela mendapat satu pengetahuan daripada maklumat ini tentang perniagaan..

Pendapat anda?