Cara Membeli Emas Perak Patuh Syariah

May 22, 2011 — Penulis:

Kategori: Logam

Syariat Islam secara prinsipnya adalah tetap dan tidak berubah sehingga hari kiamat. Apa yang dinamik adalah aplikasi sesuatu prinsip itu yang berubah mengikut peredaran zaman dan tempat. Misalnya pada zaman Nabi S.A.W, tidak ada urusniaga menerusi internet, tetapi itu tidak bermakna Islam tidak ada panduan untuk berurusniaga dalam talian.

Berdasarkan perbincangan dalam artikel Riba Disebalik Pembelian Emas yang lepas, mari kita lihat apakah aplikasi hukum yang diguna pakai pada hari ini berdasarkan prinsip-prinsip yang tetap itu tadi.

Memandangkan kebanyakan kita membeli emas dengan matawang kertas maka kita perlu memahami hukum penggunaan matawang kertas terlebih dahulu.

Hukum Matawang Kertas

Secara umumnya ulama berbeza pendapat dari sudut adakah matawang hanya terhad kepada emas dan perak sahaja. Sebahagian ulama berkata hanya emas dan perak sahaja yang menjadi matawang.

Manakala sebahagian ulama yang lain berkata apa-apa sahaja dapat menjadi matawang, selagi mana ia dapat berfungsi sebagai medium pertukaran yang diterima dalam masyarakat.

Selepas emas tidak lagi menjadi sandaran matawang bermula dari 1971. Maka ulama-ulama semasa telah berbincang untuk mendepani situasi ini kerana medium pertukaran (medium of exchange) yang standard, adalah sesuatu yang penting dalam hidup kita semua.

Maka pada 1986 Akademi Fiqh Sedunia yang berpusat di Jeddah telah mengeluarkan fatwa. Sesungguhnya matawang kertas mempunyai kesan, dan sifat yang sama seperti matawang emas dan perak atau matawang bersandarkan emas dan perak.

Halal Digunakan Untuk Tujuan Tertentu

Justeru matawang kertas adalah halal digunakan untuk tujuan zakat, perniagaan dan lain-lain termasuklah hukum riba juga terguna pakai dalam penggunaan matawang kertas.

Akademi Fiqh Sedunia atau Majma Fiqh al-Islami merupakan badan fatwa antarabangsa yang membincangkan pelbagai isu berkaitan umat Islam. Manakala AAOIFI (Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions) adalah badan fatwa antarabangsa yang fokus, terhadap isu-isu berkaitan kewangan dan ekonomi Islam.

Maka berdasarkan konsep Qiyas yang diterima pakai dalam situasi ini, maka matawang kertas merupakan barang ribawi yang mempunyai sama ‘illahnya dengan emas dan perak tetapi berbeza jenis.

Kerajaan-kerajaan negara umat Islam juga menerima pakai pandangan fatwa ini. Justeru adalah wajib untuk kita mengikut fatwa yang telah menjadi undang-undang negara.

Fatwa yang Disahkan Oleh Akademi Fiqh Sedunia

Keputusan Akademi Fiqh Sedunia ini diterima pakai oleh Majlis Syariah Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions (AAOIFI), yang berpusat di Bahrain pada tahun 2000.

Malah dokumentasi fatwa AAOIFI berkaitan urusniaga matawang ini, adalah dokumentasi fatwa yang pertama kerana medium pertukaran merupakan rukun penting dalam perniagaan.

Emas-perak patuh syariah-1

Justeru pembelian atau pertukaran matawang kertas dengan emas dan perak wajib berlaku secara serah tunai, dan bayar tunai dalam satu sesi urusniaga tanpa ada sebarang penangguhan. Contohnya seperti berikut:

  1. RM 100 untuk membeli 1 gram emas mesti berlaku secara tunai.
  2. RM 1000 untuk membeli 250 gram perak mesti berlaku secara tunai.

Maka, kita mesti mengelakkan daripada membuat urusniaga emas secara tempah, sama ada bayar dulu hari ini dan dapat emas 7 hari kemudian, atau pun bayar dulu hari ini dan pos kemudian tanpa ada mekanisma urusniaga yang betul.

Kita juga jangan membeli secara hutang ataupun installment. Tunggu cukup duit dahulu baru beli.

Sekiranya kita mahu ‘menempah barang kemas’ pula, jual beli emas mesti berlaku secara tunai. Kemudian barulah urusan upah membuat barang kemas dibuat.

Bagaimana Urusniaga Emas Perak yang Patuh Syariah?

#1 – Emas dan Perak Mesti Ada

Sekiranya stok emas cuma ada 1025 gram, maka penjual emas hanya dapat menjual 1025 gram sahaja, walaupun permintaan melebihi dari jumlah yang ada. Penjual tidak boleh menjual emas yang dia tidak ada atas dasar tempahan.

Penjual juga tidak boleh menjual emas yang mempunyai sekatan tertentu seperti emas yang masih dalam pajakan atau gadaian (ar-rahnu). Selepas emas itu tiada sekatan lagi barulah ia boleh dijual seperti biasa.

Apa yang dibenarkan cuma janji sebelah pihak (wa’ad / promise) untuk membeli atau menjual emas dan bukan transaksi jual beli. Aplikasi wa’ad ini perlu diteroka dengan lebih terperinci, untuk mewujudkan mekanisma ‘lock’ harga yang patuh Syariah.

Tuan puan yang mahukan penjelasan terperinci dapat merujuk kepada Syariah Standard #1 AAOIFI, mengenai pertukaran matawang.

#2 – Bayar Secara Tunai

Pembayaran tunai tidak bermaksud mesti duit fizikal berubah tangan. Atas sebab-sebab tertentu duit fizikal tidak dapat dibawa, maka apa yang penting duit mesti cukup dalam akaun bank.

Kemudian kita dapat mengeluarkan cek, telegraph transfer, ATM transfer, debit card transfer mahupun internet banking transfer. ‘Kad kredit’ dari perbankan Islam yang berdasarkan kontrak Bai’ Inah mahupun Tawarruq, dapat digunakan untuk membeli emas dan perak.

Kerana ‘kad kredit’ perbankan Islam adalah berbeza prosesnya dengan kad kredit perbankan riba. Tuan puan yang mahukan penjelasan terperinci dapat merujuk kepada Syariah Standard #1 AAOIFI mengenai pertukaran matawang.

#3 – Serah Emas Perak Secara Tunai

Penyerahan emas secara tunai juga tidak bermaksud emas dan perak fizikal berubah tangan. Penjual dapat memberikan resit atau sijil yang membuktikan kewujudan emas dan perak sama, dan status resit atau sijil ini perlu sama seperti geran hartanah.

Apa yang penting, sijil itu dikeluarkan berdasarkan emas dan perak yang memang ada dalam simpanan penjual, dan bukannya resit atau sijil emas yang belum ada lagi.

Selepas resit atau sijil ini dikeluarkan, maka barulah kita uruskan proses penghantaran emas perak fizikal kepada pembeli dengan cara yang dipersetujui.

Tuan puan yang mahukan penjelasan terperinci dapat merujuk kepada Syariah Standard #18 AAOIFI mengenai qabadh (posession).

Mekanisma urusiniaga ini dapat berlaku dalam urusniaga secara online mahupun offline. Cara yang paling baik adalah syarikat-syarikat pengeluar emas yang sudah kaya raya ini menubuhkan Majlis Syariah, yang terdiri daripada sekumpulan ulama’ yang pakar dalam bidang kewangan Islam.

Ini bagi membolehkan operasi jual beli syarikat disemak dan diaudit secara Syariah. Kepakaran mereka ini dapat mewujudkan mekanisma jual beli emas patuh Syariah, yang seragam untuk industri emas dan perak.

Ini adalah amat penting bagi memastikan umat Islam terselamat daripada aktiviti riba.

Ingat… Kenapa memilih menjadi kaya dengan jalan riba?

P.S. Artikel seterusnya membincangkan mengenai pelaburan forex dan numismatic pula!s

Kredit gambar yang diambil dari Flickr : slgckgc,epSos.de.


Tags: , , , , , , , ,
kajiankes

Kajian Kes Majalah Niaga

Ini pendedahan ekslusif bagaimana kami menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM5xxx sebulan menggunakan platform blog. Percuma dalam tempoh masa TERHAD.

Muat Turun Sekarang

Komen (61)

  1. JundullahOsman
    May 23, 2011

    ramai yang tidak faham mekanisma lulus syariah dalam urusan muamalat membabitkan emas dan perak. artikel ini sangat2 di alukan dan disebarkan untuk kebaikan semua. ramai yg berminat dengan pembelian emas, tetapi ramai lagi yg tidak faham urusan jual beli yg sebenar. terima kasih penulis.

  2. Salam.. Saudara Pak Di ada menyatakan bahawa ada sesetengah pendapat yg hanya emas dan perak sahaja yang menjadi matawang. Kalau kita berpegang kepada pendapat ini, adakah hukum beli emas secara installment masih tertakluk kepada perkara di dalam artikel ini?

    Atau adakah ianya menjadi harus since kita anggap wang kertas tak sama ‘ilah dengan emas..

  3. - Terima kasih tuan Jundullah.

    – Tuan Shah,

    1. Sekiranya kita ada kedua-dua jenis duit – duit kertas dan duit dirham & dinar menjadi medium of exchange secara meluas dalam masyarakat barangkali pendapat itu dapat diterima sekarang.

    2. Kalau duit kertas ini bukan barang ribawi maka kesannya bank konvensional, pinjam duit kertas akan jadi halal. Sudah tentu ini bersalahan dengan realiti semasa kerana hari ini semua orang guna duit kertas.

    3. Maka pendapat tersebut bersalahan dengan situasi hari ini.

    1. Erm, betul juga tu ya..

      Saya nak tanya pendapat Suadara Pak Di lagi… Saya pernah terbaca dalam laman web ustaz zaharuddin, ada ulama’ yg mengatakan perhiasan emas dan perak sudah terkeluar dari kategori emas tulen & diharuskan untuk jual beli ems & perak secara tertangguh.. Adakah pendapat ini boleh dipakai & dan bolehkah saya berpegang kepada pendapat ini?

      Dan lagi satu, adakah gold bar & dinar yg dikeluarkan untuk tujuan pelaburan termasuk dalam kategori barang perhiasan?

      1. 1. Pendapat tersebut adalah pendapat sebahagian kecil ulama yang tidak diguna pakai oleh majoriti ulama. Maksudnya barang kemas emas perak, masih tetap emas dan perak dan tidak berubah sifatnya.

        2. Sehingga hari ini ulama semasa masih mengguna pakai pendapat majoriti. Maka sebab itulah bank seperti KFH dan terbaru al-Rajhi yang menjual emas mereka dalam bentuk bar, wafer misalnya tetap menyatakan untuk pelaburan pun kena berlaku jual beli tunai. Dinar, dirham, bar, wafer masih tetap emas yang perlu ikut keperluan bai’ sarf.

        3. Malah kalau kita tengok semula kalimah ‘emas’ dalam Bahasa Arab dalam hadis tersebut, kalimah az-zahab dan al-fiddoh diguna pakai. Maksudnya emas perak, apa-apa emas dan perak. Sekiranya merujuk terhad emas yang jadi matawang sahaja barangkali guna perkataan dinar dan dirham.

        1. erm, jika dibaca di dalam blog UZAR, antara ulama’ yang menyokong pendapat ini termasuklah As-Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi serta ulama’2 muktabar yang lain..

          Yang menjadi persoalan saya, adakah sebagai orang awam, saya tidak boleh menggunakan pendapat ini? Adakah pendapat minoriti ini tidak boleh dipakai langsung?

          Saya melihat hal ini sama seperti hal di dalam hal ASB di mana ada yang mengatakannya haram & ada yang mengatakan harus walhal jika kita lihat pelaburan ASB sememangnya terlibat dengan perlaburan yang haram.

          1. 1. Kita kena faham pendapat minoriti ini merujuk kepada emas yang bagaimana. Bukan semua jenis emas, lebih merujuk kepada barang kemas misalnya. Maka adakah ‘pelaburan emas’ hari ini pembelian barang kemas seperti yang bisnes Habib Jewels misalnya?

            2. Jadi sebelum nak ambil pendapat minoriti misalnya kita perhalusi betul2 jenis emas yang dimaksudkan. Mohon majlis fatwa ke tengok amalan di Malaysia yang sedang berlaku ini menepati atau tidak seperti pendapat minoriti itu tadi. Maka orang awam perlu tunggu badan berautoriti sahkan dahulu pendapat tersebut kerana fatwa dikeluarkan dapat berbeza dari satu tempat dan tempat yang lain.

            3. Isu ini tidak sama langsung dengan isu ASB.

  4. Salam Pakdi,

    Saya ingin bertanya,

    Jika sesorang itu meminjam wang dan menggunakan sebahagian wang tersebut untuk membeli emas, adakah ianya dikategorikan sebagai belian tertangguh? Dalam situasi ini, pembelian emas dibuat secara tunai, tetapi masih menggunakan wang pinjaman yang diselesaikan melalui bayaran ansuran.

    1. Pembelian tersebut ok sebab meminjam duit di tempat lain. Duit pinjaman tu beli emas tunai. Kita berhutang sebab meminjam, bukan sebab beli emas.

  5. salam,
    nak tanya, kalau kita book harga emas pada hari ni, dan penjual sudah bersetuju..
    lepas tu esok baru emas dan duit bertukar tangan, itu masih dikira riba ke?

    Pls advise.

    TQ

    1. Salam pakdi,

      saya contact penjual (katalah agen public gold) dan book harga 1dinar pada waktu tersebut ialah RM700. dan agen tersebut akan lock harga RM700 tu.

      Lepas tu esok saya berjumpa dengan agen tu dan dinar dan duit bertukar tangan..

      adakah transaksi itu terlepas daripada riba’?.

      TQ

      1. 1. Apa kesan dia kalau tak jadi beli atau tak jadi jual? Atau jadi beli / jual tapi dengan harga yang lain… ?

  6. Salam Pakdi,

    Terima kasih atas artikel yang dituliskan ini. Terdapat banyak input berguna yang dapat saya dan rakan-rakan lain gunakan dalam pembelian/penjualan emas ini.

    Namun begitu, terdapat satu situasi yang memusykilkan saya:

    Bagaimana jika, saya merupakan seorang ejen emas bagi sebuah syarikat emas ABC. Then di laman web ABC ada dipaparkan harga emas yang dijual dengan harga RM1000. Dan syarikat ABC juga mempunyai stok emas yang mereka ingin jualkan itu.

    Kemudian, ada seorang customer ingin membeli emas tersebut. Dan untuk membelinya, customer perlu beli melalui ejen iaitu, saya.

    Customer itu pun menghubungi saya yang beliau ingin membeli emas yang berharga RM1000 itu. Saya mengarahkannya untuk memasukkan duit ke dalam akaun syarikat ABC dan MMSkan kepada saya nama, alamat, no telefon dan bukti pembayaran.

    Selepas itu, saya pun membuat tempahan di laman web syarikat ABC untuk dihantarkan emas tersebut ke customer saya tadi. Dan customer itu akan memperoleh emasnya dalam 1-5 hari bekerja kerana emas tersebut akan dihantar melalui pos.

    Dan saya pula sebagai ejen, akan memperolehi komisyen dari hasil jualan emas RM1000 tadi daripada syarikat ABC kepada customer.

    Jadi soalan saya:

    1. Adakah terdapat unsur riba dalam pembelian di antara customer dengan syarikat ABC apabila emas yang dibeli dibayar dahulu duitnya ke dalam akaun syarikat ABC (mempunyai stok emas) dan mendapat emas itu dalam beberapa hari selepasnya (tertangguh)?

    2. Adakah terdapat unsur riba pada duit komisyen (diberikan oleh syarikat ABC) yang saya dapat sebagai ejen yang membantu customer untuk membeli emas dari syarikat ABC?

    Terima kasih.

    1. Soalan tuan itu sudah sampai ke peringkat operasi sesuatu syarikat. Saya tidak dapat menjawabnya dengan baik kerana ada beberapa dokumen perlu diteliti.

      Saya sarankan tuan dan rakan-rakan tuan lain mendesak syarikat berkenaan menubuhkan majlis pengawasan Shariah untuk memastikan operasinya betul-betul halal.

    2. Terima kasih Pakdi atas kesudian membalas komen. Tetapi apa pendapat dari Pakdi sendiri jika proses itu dilihat secara umum? Adakah ianya ada pengangguhan dalam urusan jual/beli emas (riba) ataupun tidak?

      1. Berdasarkan keterangan di atas, tuan cuma jadi ejen jual emas sahaja. Maka, kalau proses urusniaga prinsipal itu sudah selesai dari sudut Shariah, maka tiada masalah untuk tuan jadi ejen. Cumanya proses itu kelihatan masih berlaku penangguhan.

  7. Salam Pak Di..Saya ada membeli emas bulan lepas 1 dinar berharga rm700..saya order pagi time tu berharga RM700 dan mengambil petang..tapi harga sepatutnya masa petang rm705..adakah ada unsur riba transaksi saya?bolehkah saya ulangi perkara ini?apakah cara terbaik saya nak beli emas?

    1. boleh,sebab dah lock harga..sama macam beli rumah, kite beli sebijik banglo
      pada 1 jan 2010 dengan harga RM100K,
      selepas membayar deposit 10K pada 2 jan 2010, harga market naik jadi 110K pada 2 jan 2010 juga..
      so kite boleh teruskan beli pada harga yang telah dipersetujui lah…

      nota : harga market rumah tu naik sebab tengah hari 2 jan 2010 perdana menteri datang kat belakang rumah tu untuk rasmikan majlis pecah tanah pembinaan hospital 5 bingtang..hahaha lol

  8. Terima kasih di atas sumbangan artikel yang amat bernas untuk diketahui oleh umum.
    Cuma saya ingin memberikan pandangan peribadi saya sebagai orang biasa.
    Penggunaan wang fiat sebagai pengganti wang emas dan dinar.Pd mulanya wang fiat
    bersandarkan emas tetapi sekarang tidak lagi. Masalah ekonomi dunia sekarang ialah inflasi.
    Kenapa terjadi dan sampai bila akan berhenti terjadi: Bagi saya inflasi akan kekal selagi
    kita tidak menggunakan wang emas dan dinar semula sebagai wang utama.Kenapa?Nilai emas
    zaman sekarang dgn zaman dulu dan sampai bila2 tetap sama. Dulu beli kambing 1 dinar skrg
    pun sama.Bayangkan gaji Rakyat Malaysia dibayar 10 dinar dan Rakyat USA juga dibayar
    pada gaji yg sama.Wang fiat ini boleh dicetak sesuka hati terutaman US Dollar tanpa
    sandaran pada emas.

  9. 1. wujud emas pada waktu jualan
    2. tukar pada waktu yg sama
    3. pembelian tunai

    pakdi. klau harga di markup tak membuka peluang kpd riba ka?

    1. Dapatkan pembiayaan di bank Islam dan kemudiannya duit tunai disebut dapat digunakan untuk beli emas.

      Apa yang penting jangan berhutang semasa membeli emas.

      Duit tunai yang ada dalam tangan tidak kisah sama ada kita pinjam atau dapatkan di tempat lain dulu.

  10. salam pakdi..

    sy ada membeli emas baru2 nie melalui kwn yg kebetulan sy jmpe.. pd masa tu sy takde duit cash in hand..dlm bank ada laa..so sy ambik dulu emas tue dan bila sampai di rumah baru sy transfer duit ke akaun dia..utk pengetahuan, harga telah dipersetujui (locked) mengikut harga masa sy ambil emas.. soalan sy:

    1) adakah berlaku riba di sini? kerana harga telah ditetapkn terlebih dahulu
    2) sekiranya sudah berlaku riba, apa yg sy patut lakukn? jual emas semula dan keuntungan sy sedekahkn atau bagaimana?

  11. salam pak di
    nak tanya masalah hukum jual beli emas melalui online 100% tanpa fizikal emas , jual dan beli mengikut harga pasaran terbuka , mata wang yang digunakan dengan USD . macam mana tu….nilai emas adalah ditentukan pasaran terbuka tersebut . kalau naik jual , selepas jual , wang akan di bank in terus ke dalam account . adakah perniagaan seperti itu halal .

    1. Selalunya online trading melibatkan pasaran hadapan. Barangkali tuan dapat pastikan dahulu pasaran emas tersebut adalah pasaran yang bagaimana.

      Jika ia adalah gold futures market maka tidak dibenarkan, spot market emas mesti ada.

  12. Pakdi, saya mau tanya, sekarang banyak orang yang beternak emas dengan cara membeli emas secara tunai di toko, kemudian emas tersebut di gadai/jual di bank syariah. pada saat menggadai/menjual harga yg diterima dan disetujui adalah sekitar 80% dari harga emasnya, dan ditambah biaya simpan di bank syariah tersebut selama 1, 2 max 4 bulan. dengan rate/bln adalah 1% dari harga jual tadi. Dimana setelah 1,2 atau 4 bulan emas tersebut bisa diambil lagi dengan membayar uang yg kemarin diambil. kemudian setelah mendapat uang dari bank tsb, uang itu dibelikan lagi emas dan digadaikan lagi ke bank syariah. dilakukan sampai 3-4 kali. terakhir emas itu disimpan dan dan dijual ke toko emas untuk menebus emas yg disimpan disana. karena dlm waktu 1-4 bulan hrg emas naik, maka dia mendapatkan keuntungan dari cara berniaga seperti itu. Apakah cara ini halal ? mohon penjelasannya. terima kasih

  13. Muhamad Johari
    September 28, 2011

    Saya ada membuat pelaburan emas di Maybank. Caranya saya membeli emas dengan membayar tunai di kaunter. Tapi emas fizikal tidak diterima, cuma dikemaskini dalam buku akaun pelaburan emas. Apakah hukumnya kita berurusniaga cara ini dan adakah hasil jual beli emas menggunakan buku akaun pelaburan emas ini dibolehkan atau mempunyai unsur riba?

  14. Assalamualaikum. Saya ada kemusykilan mengenai pelaburan saham emas yg ditawarkan oleh virgin gold mining corporation, http://www.vgmc.com. Sebab nya yg dilaburkan disini bukannya emas secara fizikal tetapi emas secara virtual. Sy tidak lah arif sgt mengenai jual beli emas ni lagi2 pelaburan saham emas. Disini mereka nyatakan jika kita laburkan 1lot -usd1150 mereka akan beri dividen tiap2 bln sbyk 10% bergantung kpd hrga emas semasa.jadi sy ragu2 adakah sistem mcm ni halal dr hukum syarak atau sebalik.mohon penjelasan dgn terperinci.terima kasih

  15. salam… ada koperasi jual barang kemas. harga tetap pada hari kita beli. tapi bayaran dibuat secara hutang selama 10 tahun. macam mana tu tu? boleh tak? emas kita dapat dulu setelah selesai urusan pinjaman… musykil2?

  16. Adakah HARAM hukum beli emas secara ezypayment guna kad kredit dari perbankan islam? Bukankah pada waktu itu pihak bank yang akan bayar pada kedai emas tersebut sdg kan kita hanya berhutang dengan pihak bank. Terima kasih.

  17. Salam,

    Ulasan Pakdi…
    “Maka, kita mesti mengelakkan daripada membuat urusniaga emas secara tempah, sama ada bayar dulu hari ini dan dapat emas 7 hari kemudian, atau pun bayar dulu hari ini dan pos kemudian tanpa ada mekanisma urusniaga yang betul.”

    boleh terangkan apakah mekanisme urusniaga yg betul bagi kes yg bayar dulu hari ini dan pos kemudian..

  18. tuan aiman.
    January 14, 2012

    saya ingin bertanya berkenaan hukum melabur emas di virgin gold mining corporation http://www.vgmc.com/?

    syarikat international melombong emas di Afrika dan Amerika Selatan. Beribu pejabat di Panama City. Para pelabur dikenali sbg ‘Convertible Preferred Stocks’ (CPS). 1 lot berharga lbh krg RM3500.00 (ikut harga emas semasa) dan sbg saguhati/dividen atau intensifnya, para CPS diberi emas 0.1 auns utk 1 lot setiap bulan. Sekiranya CPS x nk ambik emas, ianya bleh jual semula kpd VGMC utk dptkn duit. Risikonya ada tp disebut dlm laman webya ‘hampir2 tidak ada’. Ada insentif galakan utk CPS yg ajak kwn join sama. Diberi pula modal (1 lot=USD1600) utk para CPS buat ‘trading’ emas secara online dgn tips jual beli diberikan. [disalin daripada komen pengunjung page UZAR]

  19. salam…ingin bertanya…byk pngeluar emas mempromosikn emas dgn slogan kmbalikan mata wang syariah islam…soalan saya.dinar mata wangkn?misal kata sy nk.beli brg dgn mggunakn dinar…..sy perlu membeli sesuatu ats nilai jual @ nilai beli?dan trakhir….siapa yg menetapkan nilai spread smasa?adakah ia wujud sjak zman nabi kita?

  20. shahriman
    May 19, 2013

    Bagaimana pula hukumnya bagi org yg meminjam wang dari Islamic Banking dan mnggunakan duit pinjaman itu utk membeli tunai emas jongkong utk pelaburan, dimana prminjam tersebut membayar balik secara ansuran kpd bank.

  21. Salam
    Apa yg saya nampak Pakdi lebih cenderung kpd pendapat jual beli emas mesti berlaku dalam 1 masa (lani).
    Bagaimana dalam situasi pemborong emas membeli dari kilang emas. Prosesnya melibatkan penangguhan kerana kilang perlukan masa untuk menyiapkan barang tempahan tersebut dan menyerahkan kepada pemborong. Contohnya wang tempahan sudah diberikan tetapi bulan depan baru barang siap. Tak mungkin kilang boleh menyiapkan tempahan dalam masa on the spot.
    Dalam situasi ini pendapat minoriti yg membolehkan penangguhan pembelian emas boleh digunapakai?

  22. MOHAMMAD YUDY
    December 17, 2013

    salam
    1.saya sering melihat ada orang muslim yang menjalankan trading silver secara online,apakah hukum nya tuan.
    2.para ulama menyatakan forex ini haram,boleh tuan menerangkan dengan teliti faktor yang mengharamkan forex,sedangkan bank negara pun ada mejalankan forex online…

  23. Ass’laikum Pakdi,
    Saya berminat utk melabur dlm gold-i alrajhi bank. Sblm itu saya nak mendapatkan sikit maklumat utk panduan saya. Selalunya harga emas berubah-ubah mengikut kadar waktu2 yg tertentu. Contohnya pd awal pagi harga turun atau lemah dan harga akan naik pd sebelah tghari dan berubah semula pada waktu petang serta harga emas akan turun semula pd waktu malam..adakah ini benar? sekiranya benar pd waktu pagi harga emas turun adakah kita patut membuat transaksi belian pd waktu pagi dan transaksi jualan patut dielakkan pd waktu tersebut. Andainya kenyataan di atas tidak benar atau sekadar mitos bilakah transaksi belian patut dibuat utk mendptkan harga belian rendah dan harga jualan tinggi mengikut saranan Pakdi. Saya mohon pandangan arif Pakdi.

    Sekian, terima kasih.
    June

  24. siti rogayah ab latif
    April 20, 2014

    apa hukum menempah barang kemas seperti gelang bernama dgn membayarddeposit semasa menempah dan membayar jelas setelah siap

  25. bagaimana pula kalau beli emas dari public gold
    proses dia macam nei

    lock harga
    bank in duit ke akaun public gold
    ambik resit yang dikeluarkan
    tebus emas di kedai public gold

    disini berlaku penangguhan untuk mengambil emas kerana kita bank in duit, bukan bagi dari tangan ke tangan

    urusan untuk ambik emas ini berlaku begini

    kita bawa resit pembayaran
    bagi dekat kerani public gold
    kerani public gold bagi emas kat kita

    tujuan kita bank in duit itu adalah atas faktor keselamatan (permintaan daripada public gold)
    hal ini adalah kerana dalam tulisan di atas ada menyatakan kaedah bayaran `ATM transfer`
    adakah atm transfer ini berlaku riba kerana mustahil kita akan dapat emas sebaik sahaja kita transfer duit dekat ATM
    nak tak nak kita kena bawa resit (sebagai bukti pembayaran) ke kedai public gold untuk ditukarkan kepada emas yang kita tempah..

    mohon penjelasan

Pendapat anda?