Tip Mudah Dekati & Bahagiakan Pelanggan

November 13, 2013 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Komunikasi / Pemasaran

Amat merunsingkan apabila orang perkatakan bahawa cara dan tindakan kita menjual hampir sama dengan pesaing. Seperti tiada keunikan dan penarik yang lain daripada lain. Para peniaga tentu tidak mahu perkara ini berlaku dalam perniagaan mereka.

Aktiviti jual beli memerlukan kreativiti dan kesesuaian situasi dalam melakukan jualan. Menarik minat seseorang untuk menerima kehadiran kita sememangnya memerlukan fokus yang betul. Konsep semberono perlu dielakkan sama sekali.

Metode paling baik dalam melakukan jualan adalah dengan mencipta kaedah menjual yang baru menerusi kreativiti sendiri mahupun mengekalkan keaslian kaedah dekati pelanggan yang diaplikasikan sejak mula berniaga.

Antara Kaedah Yang Boleh di Aplikasikan:

1. Permulaan Pertemuan

Bezakan dari orang lain. Guna ayat terbaik untuk pengenalan diri, menerangkan kita dari mana dan apa tujuan sebenar kita. Cari kreativiti supaya boleh dibezakan antara kita dan orang lain.

Jangan ambil mudah. Sebagai contoh meganggap apa yang kita lakukan itu boleh diterima sahaja oleh mereka. Itu belum cukup memadai. Sekurang-kurangnya mereka mengetahui bahawa apa yang kita lakukan nampak perbezaannya daripada pesaing.

Apabila dalam permulaan pertemuan ini kita telah gagal, bagaimana kita boleh meneruskan proses sehingga penutupan jualan? Fikirkan kaedah terbaik supaya minat dan tumpuan mereka dapat kita kuasai.

2. Katakan Yang Terbaik

Setiap produk pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Kerana itu pengetahuan produk penting supaya kita tahu di mana terletak segala kelebihan, kekuatan dan kehebatan yang ada untuk ditawarkan.

tip bahagiakan pelanggan

Bertemu dengan mereka memerlukan penyampaian tentang kehebatan produk. Bagaimana produk kita dapat membantu dan menolong menyelesaikan masalah mereka.

Semuanya perlu dikuasai supaya keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap kita semakin menebal.

3. Eksklusif

Lain dari yang lain iaitu mempunyai sesuatu yang berbeza dari apa yang diketahuinya ataupun apa yang pesaing tawarkan. Tidak perlu nak beri hadiah, penghargaan ataupun cenderamata yang berlebihan kepada mereka walaupun kadang-kadang perkara ini boleh menarik perhatian mereka.

Cukup kita berikan sesuatu yang berharga sebagai contoh memberikan kefahaman dan menawarkan produk yang boleh menyelesaikan masalah yang ditanggung mereka selama ini. Itu akan membuatkan mereka akan terus setia melekat pada kita.

Jangan pula mudah mendabik dada dengan memberikan anggapan awal bahawa mereka akan terima produk kita. Selagi tawaran kita belum disahkan lagi penerimaannya lakukan dengan betul-betul fokus supaya tumpuan mereka akhirnya beralih kepada kita.

Kekalkan Keunikan

Ambil tindakan terbaik sepanjang kita melakukan jualan tidak kira dengan siapa pun kita temui. Niat biar betul dan sentiasa fikirkan bahawa adakah tindakan yang kita lakukan ini adakah yang terbaik atau tidak.

Para peniaga perlu membuat sedikit kaji selidik berkaitan perbezaan produk atau servis yang ditawarkan pesaing supaya peniaga dapat membuat persediaan untuk muncul dengan idea yang lebih unik dalam penjualan produk.

Apabila persiapan yang rapi dilakukan sudah semestinya akan terbina keyakinan diri untuk melakukan jualan dengan mudah walaupun terdapat bantahan atau bangkangan.

Kredit foto: pipoujid


Komen (5)

  1. Satu artikel yang baik, namun di dunia realiti tak ramai yang mampu buat. Kadang2 kita tersasul untuk menceritakan kelemahan produk orang lain tanpa fokus pada kelebihan produk sendiri

Leave a Reply to hanari Batal (Cancel)