Case Study: Kutipan RM30K Pelancaran Produk MiniNiaga

April 01, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Apa yang saya akan dedahkan pada entri ini merupakan sesuatu yang berharga, malah tidak keterlaluan jika saya katakan entri ini lebih berharga daripada ebook-ebook yang dijual di pasaran dunia sekarang. Saya akan dedahkan case study sebenar kami di Flarebiz Network melancarkan salah satu produk kami iaitu sistem MiniNiaga yang telah memberikan kutipan sebanyak RM30,000 dalam tempoh kurang sebulan.

Sistem MiniNiaga

Ini bukanlah satu pencapaian yang baik kerana pencapaian peribadi kami di Flarebiz Network pernah mendapat RM60,000 dengan melancarkan produk Rahsia 10K pada tahun 2008 dulu. Namun, saya fikir perkongsian ini sedikit sebanyak akan memberikan idea dan gambaran keseluruhan kepada anda bagaimana sesuatu pelancaran produk itu berlaku.

Anda perlu faham bahawa strategi pelancaran sesuatu produk mungkin sama dari segi perjalanannya tetapi percayalah ada sesuatu yang anda boleh pelajari daripada setiap pelancaran produk.

Mempunyai Perancangan Pelancaran

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah merangka perjalanan pelancaran produk anda. Anda perlu ada tarikh yang tetap bila pra-pelancaran akan dilakukan, bila pelancaran sebenar akan dilakukan, berapa orang rakan Joint Venture (JV) yang diperlukan, berapakah target jualan dan sebagainya. Ya, kami sentiasa mempunyai perancangan untuk setiap pelancaran produk yang dilakukan oleh Flarebiz walaupun di atas sehelai kertas A4!

Tentatif Jualan

Untuk case study MiniNiaga, saya telah menetapkan tarikh pelancaran pada 28 Jun 2010 dan proses pra-pelancaran berlaku 2 minggu sebelum. Pertandingan tertutup di antara rakan JV pula bermula pada 28 Jun sehingga 15 Julai 2010. Kita akan lebih mudah dengan adanya perancangan sebegini. Lebih mudah untuk kita mengagihkan kerja-kerja yang perlu dibuat seperti pembinaan laman web, menyiapkan surat jualan, grafik dan sebagainya.

Selain itu, target jualan secara terperinci juga penting untuk kita memotivasikan diri kita agar terus berusaha mencapai date line yang telah ditetapkan. Target jualan yang telah saya tetapkan untuk pelancaran MiniNiaga ialah RM100,000. Satu angkat yang cukup besar kan? Tidak mengapa untuk meletakkan target yang tinggi kerana apabila kita mencapai 30%-60% daripada target sudah cukup berjaya.

Pada masa yang sama, sediakan juga plan B agar apa jua perkara yang tidak kita jangkakan berlaku sepanjang proses perjalanan tidak membantut pelancaran produk kita.

Bagaimana Kami Menghantar Jemputan JV?

Saya rasa anda semua tahu salah satu strategi yang tidak asing lagi untuk menjayakan sesuatu pelancaran produk ialah melalui teknik Join Venture (JV). Pada ketika ini, saya tahu bahawa saya bersaing dengan banyak pelancaran produk. Jadi, saya perlu fikirkan sesuatu yang unik agar dapat menambat hati rakan JV untuk menyertai pelancaran produk saya. Ya, walaupun Flarebiz sudah ada nama, namun perlu dengan ‘approach’ dengan teknik yang betul.

1) Memberikan MiniNiaga secara PERCUMA – Satu perkara yang telah kami lakukan ialah dengan memberikan sistem MiniNiaga secara PERCUMA kepada mana-mana individu yang dirasakan berpotensi untuk dijadikan rakan JV. Ketika kami memberikan sistem ini kepada mereka, tidak sedikitpun saya menyentuh mengenai pelancaran produk.

Saya hanya berharap mereka mencuba sendiri produk tersebut dan merasai sendiri kelebihan produk tersebut. Inilah perkara pertama yang perlu anda juga lakukan! Yakinkan kepada rakan JV anda bahawa produk anda adalah yang terbaik sebelum hendak mengajak mereka mempromosikan produk tersebut.

Aqif Aizan sedang menyiapkan surat!

2) Menghantar jemputan rasmi melalui surat – Selang seminggu setelah mereka mencuba produk MiniNiaga dan memberikan feedback positif, saya pula memikirkan bagaimana ingin mengajak mereka mempromosikan produk ini. Saya ingin mencipta kelainan agar mereka teruja. Saya tidak mahu lagi hanya menghantar jemputan JV melalui email sahaja kerana saya ingin tunjukkan bahawa Flarebiz benar-benar serius kali ini.

Kami telah menghubungi mereka untuk meminta alamat rumah kerana kami ingin menghantar surat rasmi kepada mereka! Ya, saya cuba mencipta kelainan dengan menghantar surat jemputan rasmi kepada mereka yang telah ditandatangani oleh saya dan Zhafran.

Di dalam surat rasmi ini saya telah terangkan beberapa perkara seperti objektif, maklumat Joint Venture (JV), cabaran 17 hari, hadiah rasmi, perjalanan pelancaran dan sebagainya.Β Surat kami lengkap menerangkan segala-galanya Β yang membuatkan rakan JV jelas.Β Anda bolehΒ download contoh surat rasmi yang telah pihak kami hantarkan kepada rakan JV di sini.

3) Mengadakan cabaran eksklusif 17 hari – Untuk menarik rakan JV pula, kami juga menganjurkan cabaran 17 hari untuk memilih 10 orang di antara rakan JV yang membuat jualan paling banyak, akan menerima hadiah. Kami telah menyediakan hadiah eksklusif berupa barangan Sony seperti yang tertera di dalam surat rasmi yang anda download.

Apa yang menarik ialah kami tidak meletakkan sebarang minimum jualan untuk memenangi hadiah bernilai tersebut asalkan mereka tersenarai di dalam top 10. Ya, jika salah seorang daripada mereka hanya membuat 5 jualan tetapi berada di ranking no 1, kami tetap akan memberikan mereka sebuah TV Sony Bravia! Inilah risiko yang kami tanggung tetapi benar-benar membuat rakan JV teruja kerana sebelum ini ramai yang menawarkan hadiah gempak tetapi meletakkan syarat minimum.

Sebahagian Daripada Hadiah

Contohnya, untuk mendapat sebuah kereta Mitsubishi Lancer 2.0 rakan JV perlu membuat 1000 jualan! Nampak sangat yang hadiah tu nak dibeli berdasarkan keuntungan yang diperolehi daripada 1000 jualan yang rakan JV buat, lebih baik rakan JV jual produk mereka sendiri kan? πŸ˜‰

Dengan menggunakan teknik yang tidak terlalu mendesak rakan JV, kami telah mendapat lebih kurang 25 orang rakan JV yang benar-benar bekualiti. Kami benar-benar teruja untuk meneruskan pelancaran ini kerana kami sudah terbayang bahawa setiap daripada mereka akan membuat 10 jualan. Ini bermakna kami bakal mendapat 250 jualan! Oh!

Bagaimana Kami Lakukan Pra Pelancaran?

Kami telah melakukan pra pelancaran yang agak berbeza sedikit di mana kami telah cipta gelombang agar orang ramai tertanya-tanya apakah itu sistem MiniNiaga. Pihak kami telah menganjurkan satu pertandingan ringkas untuk memilih 3 komen yang terbaik. Kami telah buat satu page khas menggunakan paltform wordpress dan meletakkan satu video sneak peak seolah-olah pelancaran sebuah filem. πŸ˜‰

Hasil Daripada Pre-Launch

Kemudian sesiapa yang melihat video ringkas tersebut akan meninggalkan komen mereka. Kami telah mendapat lebih 300 komen sedangkan kami hanya inginkan 3 orang pemenang sahaja. “Satu pentanda yang bagus!” bisik hati kecil saya.

Ini adalah video yang telah kami hasilkan:

Bukan itu sahaja, kami juga mengedarkan satu laporan yang sungguh berkualiti tinggi iaitu Kegagalan Membina Minisite yang disertakan bersama modul bengkel membina minisite. Hampir semua rakan JV kami mengedarkan laporan ini kerana laporan ini benar-benar bekualiti yang mempunyai lebih 100 m/s!

Perkara menarik juga, kami sentiasa mengamalkan situasi menang-menang dengan rakan JV. Kami telah convert laporan ini secara manual kepada setiap orang rakan JV kerana kami meletakkan kredit di bawah setiap footer kepada nama mereka supaya mereka mendapat sesuatu dengan mengedar laporan percuma ini.

Sistem MiniNiaga Dilancarkan!

Merujuk perancangan yang telah dibuat, alhamdulillah sistem MiniNiaga telah dilancarkan tepat pada 28 Jun 2010. Namun, kita hanya mampu merancang, ada beberapa masalah yang timbul. Perkara pertama apabila ada rakan JV memberi maklum balas bahawa web jualan yang pihak kami hasilkan tidak memberikan conversion rate yang bagus kerana kami menggunakan konsep web 2.0.

Web Jualan MiniNiaga

Setelah bertungkus-lumus berminggu-minggu sebelum ini, ingatkan selepas hari pelancaran kami boleh duduk goyang kaki sambil melihat duit masuk, semuanya meleset sama sekali. Kami terpaksa bertungkus-lumus sekali lagi untuk menyiapkan web jualan baru berdasarkan feedback daripada rakan JV dan juga para pelanggan.

Akhirnya kami telah siapkan satu web 2.0 dengan aturan yang baru dan satu lagi web jualan yang ‘old school’ menggunakan surat jualan. Anda boleh rujuk di pautan ini untuk melihat web jualan versi ‘sales letter’. Alhamdulillah, dengan perubahan segera yang telah kami lakukan ini, jualan menunjukkan peningkatan yang positif.

Contoh Surat Jualan

Satu perkara baru yang kami belajar ialah kita perlu sentiasa memeriksa dari segenap aspek semasa hari pelancaran sedang berlangsung kerana ketika itu saat emas yang tidak patut kita sia-siakan. Jika terdapat sebarang kekurangan ataupun kelemahan jangan teragak-agak untuk memperbaikinya dengan segera.

Menguruskan Rakan JV Dengan Efektif!

Kejayaan sesuatu pelancaran produk dengan menggunakan startegi rakan JV bergantung kepada bagaimana kita menguruskan rakan JV. Jika kata gagal untuk mengurus rakan JV dengan efektif, maka kita sedang mengatur kegagalan pelancaran produk kita dengan begitu efektif! Saya telah belajar mengenai perkara ini daripada pelancaran produk Rahsia Clickbank oleh mentor saya iaitu Zamri Nanyan dan Gobala Krishnan.

Kejayaan mereka mendapatkan RM120,000 dengan pelancaran produk adalah kerana mereka berjaya menguruskan rakan JV dengan begitu baik. Di antara perkara-perkara yang saya lakukan untuk menguruskan rakan JV ialah:

1) Menggunakan blog rahsia – Saya telah setup satu blog private untuk di akses oleh rakan JV sahaja. Di dalam blog tersebut kami akan update sebarang perkembangan mengenai proses sebelum, semasa dan selepas pelancaran sistem MiniNiaga. Di dalam blog ini juga kami dapat berinteraksi dengan rakan JV untuk menambahbaikkan apa yang sedang kami usahakan.

Menggunakan Private Blog

Saya benar-benar ingin jadikan entri ini sesuatu yang eksklusif, jadi saya berikan kepada anda akses ke blog rahsia yang telah saya gunakan untuk memberi sebarang update kepada rakan JV di sini. Daripada blog ini, anda akan boleh belajar banyak perkara! Luangkan masa untuk membaca blog tersebut ya!

2) Memberikan kerjasama terbaik – Kami di Flarebiz Network sentiasa berusaha untuk memberikan kerjasama terbaik kepada rakan-rakan JV agar mempermudahkan kerja mereka untuk membuat jualan. Pihak kami berusaha sedaya upaya untuk memenuhi segala kehendak pemasaran mereka seperti menyediakan banner custom untuk kegunaan mereka, menyediakan template email pemasaran dan apa sahaja yang diminta oleh rakan JV.

Kami akan melayan mereka seperti raja sepanjang tempoh cabaran 17 hari ini agar jualan yang kami perolehi akan terus positif. Anda boleh merujuk entri ini untuk memahami apa yang saya maksudkan.

3) Biarkan mereka sentiasa berapi – Salah satu startegi yang digunakan oleh Zamri Nanyan & Gobala Krishnan ketika pelancaran produk Rahsia ClickBank ialah mereka sentiasa membakar rakan JV untuk membuat jualan yang lebih baik. Strategi yang digunakan oleh mereka nampaknya sangat berkesan.

Saya juga praktikan startegi yang sama untuk pelancaran produk MiniNiaga di mana saya sentiasa menggalakkan agar setiap rakan JV meletakkan sasaran peribadi sebanyak 10 jualan. Kami juga sentiasa memberi update khas mengenai kedudukan top 10 JV untuk memenangi cabaran 17 hari, jadi ini secara tidak langsung membuatkan rakan JV semakin bersemangat untuk bersaing secara sihat.

Akhirnya RM30K dan Sentiasa Bertambah!

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana akhirnya kami berjaya mencapai 30% daripada target yang telah kami tetapkan di dalam perancangan awal. Kami berpuas hati kerana gelombang yang kami cipta untuk melancarkan sistem MiniNiaga benar-benar besar dan kesannya masih ada sehingga hari ini.

Screen Shot Jualan MiniNiaga

Kami berjaya mencatat jualan RM30,000 lebih untuk pelancaran sistem MiniNiaga dan selepas itu jualan MiniNiaga sentiasa konsisten untuk setiap bulan. Namun di saat ini, sistem MiniNiaga perlu ditutup buat sementara waktu kerana kami akan upgrade sistem kepada yang Β lebih baik.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan di Flarebiz Network yang menjayakan pelancaran produk MiniNiaga sebelum ini iaitu Mohd Zhafran, Rusdy Ahmad, Nizam Ahamad, Hanny Ramzy, Rizal Razak & Aqif Azizan. Insyallah tahun ini jika ada ruang dan peluang Flarebiz Network akan melancarkan produk baru dengan strategi yang berbeza. Kami sentiasa berhasarat untuk merevolusikan industri perniagaan Internet tanah air.

Semoga apa yang saya kongsikan pada entri ini memberikan manafaat yang tersendiri kepada anda. Saya percaya dengan hanya ‘copy & paste‘ strategi di atas sahaja anda mungkin boleh menjana lebih daripada apa yang telah kami di Flarebiz Network dapat. Kongsikan artikel ini andaikata ia memberi manafaat kepada anda yang secara tidak langsung memberi semangat untuk saya terus berkongsi ilmu yang tidak seberapa dengan anda di lain hari.

Semoga berjaya!

Rujukan Strategi Pelancaran Terbaik

Oh ya, apa yang saya terangkan di dalam entri ini hanyalah secara ringkas mengenai strategi pelancaran produk. Sahabat saya saudara Safuan & Zahrul Azua telah melancarkan satu produk yang diberi nama Startegi Launch. Saya menyarankan 200% agar anda mendapatkan produk ini.

Banner Produk Strategi Launch

Pihak kami juga menyediakan bonus eksklusif untuk 20 orang yang terawal mendapatkan produk Strategi Launch ini. Hadiah menarik menanti anda! Rujuk pautan ini.


Tags: , , , , , , , ,

Komen (99)

  1. Tahniah kepada Flarebiz.. Bila baca terasa teruja dan kagum dengan semangat dan kebijaksanaan anda. Bukan mudah untuk menjadi usahawan tanpa pengalaman dan pengetahuan. Anda membuktikan anda mampu menjadi usahawan yang cemerlang, gemilang dan terbilang..

    Saya ni ntah bila nak jadi usahawan ntah.

  2. Saya kagum dengan pencapaian hebat MiniNiaga ni.. Dua sebab membuatkan saya lebih teruja:-
    1) Saya sendiri join JV untuk produk ini dan dapat tempat ke-4.
    2) Saya sendiri menggunakan MiniNiaga ini untuk pasif income saya… ternyata ianya sangat mudah menyenangkan!!

    Terbaik lah geng Flarebiz!!

    1. Terima kasih Tuan Hafizi Zain! Beliau merupakan top affiliate yang berjaya memenangi hadiah Sony, tapi dengar cerita tak sempat nak guna hadiah tu, betul ke? πŸ˜€

      1. Yupp.. tak sempat guna pun… kotak pun tak sempat bukak lagi.. Rumah kena masuk pencuri… huhhu.. Takde rezeki.. tapi takpe, saya akan join pelancaran produk berikutnya dari Flarebiz.. nak menang hadiah lagi.. =)

    2. Tuan Hafizi Zain adalah salah satu contoh pengguna MiniNiaga yang memaksimakan sistem ini. Kagum dengan hasil yang diperoleh menerusi bigteddybear2u.com. Tahniah tuan!

  3. Perkongsian yg menarik! Kalau x percaya tentang statement adly di atas boleh tanya sy.Hoho! Sbb 3 hari 2 malam sy berada di Ofis flarebiz ketika proses “THE MAKING OF” pelancaran mini niaga!

    Memang sy respek & tabik spring kepada semua team flarebiz πŸ™‚

    p.s: bulan 5 ni jumpa pula ya πŸ™‚

  4. Nak pakai web 2.0 design kena belajar cara web 2.0 punya conversion jugak πŸ™‚
    Sales theme KreativeThemes.Com naik lebih 10 kali ganda lepas kitorang tukar design baru. Study conversion sahaja dah memakan masa 1-2 bulan, tapi berbaloi πŸ™‚

    1. Heh! Itu dia orang berpengalaman sudah turun padang. Terima kasih di atas perkongsian, okay boleh tiru web tu nanti ha ha ha! Anyway, nanti kami akan temubual founder KreativeThemes untuk diskusi mengenai perniagaan & web. πŸ™‚

  5. Tidak ada apa-apa yang boleh saya katakan. Speechless. Walaupun saya tidak terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, saya menyokong sepenuhnya langkah Flarebiz Network dalam mematangkan industri digital negara kita ini. Tahniah! Salute!

    Masih mencari masa untuk melawat pajabat Flarebiz Network πŸ˜‰

  6. Rahman Basri
    April 1, 2011

    Suatu perkongsian yg sungguh menarik.. thumb up buat Tim flarebiz network πŸ˜‰

  7. Salam jutawan buat team flarebiz Dan rakan2 yg lain.. satu perkongsian yg amat bermakna dipagi jumaat yg indah, huhu.. saya salah seorang pengguna mininiaga Dan terbukti ianya betul2 mudah untuk diuruskan.. idea yg diberi untuk pelancaran product mmg amat berguna, boleh la sy ambil Dan unable suai untuk pelancaran projek terbaru sy dlm bulan ni, huhu.. Thx guys.. meet you at the top.. πŸ™‚

  8. Tak ada lagi yang nak diperkatakan,semuanya lengkap dan mesra pengguna.
    Rugi bagi yang belum mendapatkan Produk MiniNiaga ini untuk melebarkan lagi pasaran produk mereka.
    Kerja hanya dihujung jari tunggu klik semuanya sudah tersedia.

  9. Salam kejayaan buat flarebiz, tahniah anda dan group bukan sekadar bisnes tapi perjuangan sambil membantu memberi kemudahan orang lain untuk MAJU BERSAMA tak kira tua dan muda.

  10. Salam sejahtera team flarebiz, saya tak kahu apa nak ditulis ni. Tapi apa pun
    perancangan yang di buat tu memang mantap. Orang muda mesti banyak idea.
    Tahniah.

  11. Terima kasih atas sharing yang sangat bermanfaat ini. Insyallah saya akan praktikkan dalam pelancaran produk saya pada masa akan datang.

    Saya mencuri dengan COPY PASTE teknik dari Flarebiz. Mantoop:-)

    1. Sama-sama. Uish, Tuan Jamal lagi hebat jika hendak dibandingkan dengan kami di sini. Insyallah jika diberi peluang, kami akan membantu pelancaran produk tuan kelak. πŸ˜‰

  12. Terima kasih Team Flarebiz kerana telah menganjurkan cabaran JV yang sungguh mengujakan. Terima kasih juga untuk studycase ini, boleh dijadikan rujukan πŸ˜‰

  13. wow , memang sangat gempak la… satu info yang sangat2 berguna . thanks flarebiz team . sangat menghargai case study nie…

  14. Suhaimi Ismail
    April 1, 2011

    Thanx bro,
    Satu info yang amat berguna & terima kasih kerana berkongsi info ini πŸ™‚

  15. study case yg sangat berharga …
    dikongsi secare percuma je .. memang berbaloi2 sgt
    dapat tengok case study ni πŸ™‚
    thanks team flarebiz ..

  16. kaizendeen
    April 1, 2011

    study case ni boleh jadi bahan rujukan dan sebagai guide line utk sape2 nk mencapai kejayaan dlm bisnes online.Tq flarebiz

  17. Alhamdulillah, banyak tips yang dikongsi di sini. Lain kali, boleh korek ilmu lebih banyak lagi, tambah2 bila kita dah jadi jiran bermula minggu depan. πŸ˜‰

  18. Terima kasih Team Flarebiz atas perkongsian.. Studycase ini, sgt berguna dan boleh dijadikan rujukan untuk semua yang baru dan lama dalam industri ini, termasuk saya insyaAllah saya juga boleh gunakan untuk perlancaran produk saya yang akan datang.. πŸ™‚

  19. Tahniah Team Flarebiz! Teruskan usaha untuk merevolusikan perniagaan internet di Malaysia. Mininiaga dah ada, niagakit dah ada. Mungkin lepas ni boleh revolusikan sistem blog pulak. πŸ˜‰

  20. Salam Sejahtera,
    Satu perkongsian yang cukup bernas. Boleh copy & paste setiap perancangan yang di
    kongsikan.

  21. susilawati ismail
    April 1, 2011

    artikel yang membakar semangat menunjukkan pentingnya kerja keras tanpa putus asa untuk meraih kejayaan.terima kasih atas motivasi ini.

  22. case Study yg amat menarik.Maklumat ini memang benar-benar membantu untuk mereka yg ingin melancarkan sesebuah produk.Ini bukan case study biasa! betul kata Tuan ilmu ini lebih mahal dari ebook2 tentang strategi pelancaran produk yg berbayar diluar sana.Sekarang Tuan hanya mengeluarkannya secara percuma sahaja.Tuan memang berani mendedahkannya.Dengan case study ini saya yakin Tuan dan team Flarebiz memang benar-benar ingin membantu mereka yang baru hendak bermula bagaimana cara sebenar melancarkan produk.Tahniah buat flarebiz saya benar-benar teruja!Maaf terlebih pula berbicara πŸ™‚

  23. Terima kasih Adly kerana mendedahkan proses pelancaran yang dilakukan untuk MiniNiaga.

    Blueprint sudah ada di laman web ini. Asah bakat anda di dalam perkara-perkara yang dibincangkan di sini dan saya pasti lebih ramai yang akan berjaya.

    Banyak ditekankan juga tentang JV di sini dan itulah PERKATAAN MAGIS di dalam jualan 5-angka atau 6-angka bagi setiap pelancaran produk.

    Semoga terus berjaya lagi…

    Zamri Nanyan

    1. Saya sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Zamri kerana banyak berkongsi ilmu perniagaan Internet bermula dari saya bertapak di dalam industri ini.

      Tunjuk ajarku sifu! πŸ˜‰

  24. AzharTahir
    April 4, 2011

    salam bro
    tahniah n terima kasih dengan pendedahan daripada bro
    nak tanya biasanya untuk jemputan JV ebook bro contohnya akan diberikan terus kepada rakan JV tak kisah smaada mereka setuju atau tidak
    atau…..
    kena tunggu mereka setuju baru bagi ebook?

    1. w’mslm,

      Sama-sama Tuan.

      Salah satu kesilapan di dalam JV apabila kita nak bagi produk kita apabila mereka setuju. Rugikah kita apabila beri produk kepada mereka, kemudian mereka tidak mahu JV?

      Mereka akan bersetuju untuk JV dengan kita apabila sudah yakin dengan kualiti produk kita. Seperti yang saya nyatakan di dalam entri ini, saya memberikan produk saya secara percuma kepada rakan JV dan tidak sedikitpun meminta mereka mempromosi produk saya. πŸ˜‰

  25. Saya memang berminat dengan Produk MiniNiaga, namun demikian, tidak memenuhi konsep online tuition yang saya jalankan.Tahniah pada pasukan anda kerana mampu memecut dengan kecepatan yang mengkagumkan

  26. ASsalammualaikumWarohmatullah ..semua rakan usahawan! ..

    Alhamdulillah 1 perkongsian yang cukup bermutu bagi diri saya.
    Sebagai seorang pelajar universiti ..pada diri saya juga ada perasaan ingin menjadi
    usahawan online dan offline seperti kalian semua.

    InsyaAllah Saya akan lancarkan produk saya sendiri akan datang bagi mengenali
    lebih dekat usahawan yang sedia ada.

    Terima Kasih Tuan hensem / kacak Adlly ..

  27. Walaupun entry ni dah lama saya tetap bersemanagt membaca penuh dengan trik dan teknik yang power..Tahniah pada Flarebiz Network memang saya tabik spring kat diorang..

  28. sahrul rashid
    June 24, 2013

    salam,

    saya berminat nak bila SL guna link yang diberi tapi kenapa dpt error 404 ?

  29. Bagus betul. tips ini…memang eksklusif, berkauliti…saya rasa kandungan macam ini mesti ada yang buat, tapi berbayar…Bagus team majalah niaga…kandungan tersangat berkualiti tapi percuma…:0

Pendapat anda?