Chicify – Bagaimana Sedut 1,000 Pelanggan Berduit Dari Facebook

June 17, 2014 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Namanya berjaya menarik perhatian. Perkara pertama yang bermain di minda adalah Chicify ini seperti sebuah syarikat yang menjual ayam.

Chicify - Kedai Online Dari Filipina

Namun begitu, ayam ini luar biasa. Chicify adalah syarikat perniagaan yang menjual barangan seperti baju, kasut dan aksesori-aksesori wanita. Syarikat yang berasal dari Filipina ini mempunyai satu kajian kes pemasaran yang menarik.

Dalam ruangan Facebook for Business, Chicify merupakan satu daripada contoh perniagaan yang berjaya mengaut lebih banyak keuntungan, serta memperoleh lebih banyak pelanggan menerusi medium Facebook.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Chicify, Sultan Joson,

“Facebook adalah medium yang kami akan gunakan berkali-kali kerana ia memberikan peluang untuk Chicify berinteraksi dengan pelanggan, dan melakukan kempen pemasaran dengan kos yang lebih rendah tetapi efektif.”

3 Lauk Lumayan Chicify

Tip Pemasaran Facebook ChicifySetiap hari laman Facebook semakin berkembang pesat dari pelbagai sudut seperti teknologi, reka bentuk dan navigasi pengguna. Namun hanya segelintir sahaja daripada pemilik perniagaan di seluruh dunia, termasuk Malaysia yang mengambil peluang ini.

Hasil daripada pemasaran Facebook, Chicify berjaya menuai hasil-hasil ‘lumayan’ seperti berikut:

  •  1,000 pelanggan baru yang membeli terus di laman Chicify dari Facebook.
  • Peningkatan keuntungan yang drastik selepas melakukan kempen pemasaran Facebook – 667%.
  • 13 kali ganda peningkatan jumlah pengguna yang mendaftar di Chicify dalam masa 6 bulan.

Ketiga-tiga hasil ini diperoleh setelah mereka menjadikan Facebook sebagai senjata pemasaran. Seperti apa yang tim Majalah Niaga akan bongkarkan dalam Seminar Pemasaran Online.

Pergi Laman Web Seminar Pemasaran Online (Klik)

5 Cara Bawa Masuk 1,000 Pelanggan Baru

Kelima-lima strategi pemasaran yang digunakan oleh Chicify ini adalah strategi yang boleh ditiru dan diadaptasi oleh mana-mana pemilik perniagaan, yang mencari-cari sumber untuk menarik lebih banyak pelanggan dengan kos yang rendah.

Antara strategi pemasaran Facebook berkesan yang digunakan mereka adalah seperti berikut:

  1. Malu-malu kucing.
  2. Barang panas.
  3. Faham kehendak kaum hawa.
  4. Jangan sekadar promosi, interaksi.
  5. Pikat duit dengan produk spesifik.

#1 – Malu-malu Kucing keluaran akan datang. Tanpa perlu mempamerkan imej secara keseluruhan. Tujuannya supaya mencipta kejutan kepada pelanggan.

cat

 

Buatkan pelanggan tertanya-tanya tentang produk keluaran terbaru kita. Seperti mana Apple lakukan terhadap iPhone 4 sehingga iPhone 4S, di mana ia membuatkan para pelanggan teruja untuk mengambil tahu tentang bisnes kita.

Beritahu mereka di Facebook Pages bisnes kita.

#2 – Barang Panas

Cara Chicify melakukan jualan daripada Facebook adalah menerusi paparan barang-barang panas, atau barangan yang popular. Di mana pengguna Facebook akan melayari laman web utama mereka untuk melakukan pembelian.

Sekiranya perniagaan kita mempunyai pelbagai jenis produk atau servis, pilih barang yang popular untuk dihebahkan menerusi Facebook. Ia dapat menjemput duit dari poket pelanggan yang sedang melayari Facebook Pages kita.

#3 – Faham Kehendak Kaum Hawa

Sasarkan semua, punah segalanya.

Dalam bisnes yang penuh dengan persaingan, pentingnya untuk kita mempunyai sasaran pelanggan yang spesifik. Ini memudahkan kita untuk mencipta mesej pemasaran yang tepat, serta membangunkan kempen pengiklanan yang berkesan.

Di Chicify, sasaran pelanggan mereka adalah golongan wanita yang mempunyai obsesi terhadap fesyen. Golongan ini sahaja telah memberikan ribuan ringgit ke dalam akaun bank syarikat mereka.

#4 – Jangan Sekadar Promosi, Interaksi

Untuk menghasilkan lebih banyak jualan di Facebook, promosi Facebook Pages semata-mata tidak akan memberikan hasil. Pentingnya kita untuk mengawal profil social media bisnes supaya dapat berinteraksi dengan prospek.

Populasi Pengguna Chicify

Apabila mereka bertanya di ruangan komen atau mesej, disiplinkan diri kita supaya membalas dalam masa kurang 45 minit. Anggap setiap seorang prospek adalah lubuk emas yang besar.

#5 – Pikat Duit Dengan Produk Spesifik

Chicify memberikan ruang dan peluang kepada penggunanya untuk merasai diri mereka istimewa. Syarikat ini menjual produk yang spesifik mengikut kemahuan pengguna menerusi Facebook Page tab yang berbeza-beza.

Bagaimana Kesannya Pada Anda

Kajian kes perniagaan yang berjaya menerusi pemasaran Facebook ini boleh dijadikan sumber rujukan untuk kita mengambil maklumat yang bermanfaat, supaya ia dapat dipraktikkan dalam bisnes sendiri.

Bagi tuan puan yang sudah menggunakan satu daripada strategi di atas, mohon kongsikan pengalaman kalian menerusi ruangan komen di bawah.

Kredit: Chicify, Facebook for Business, Wallpaper User, Sheranator.


Komen (6)

Leave a Reply to Juan Batal (Cancel)