Dari Hobi Menjadi Bisnes – 5 Tip Membangunkan Blog Daripada Amanz.my

December 08, 2011 — Penulis:

Kategori: Kisah / Online

Sebelum ini kita sudah mengetahui bagaimana seorang usahawan muda, iaitu Tuan Khai Hassan yang memilih blog sebagai kerjaya sepenuh masa.

amanz network

Komitmen dan kesungguhan beliau dalam mewujudkan satu fenomena dalam dunia internet membuatkan kami terus mencari blogger yang mempunyai reputasi seperti beliau. Akhirnya, pemilik blog Amanz.my, iaitu Tuan Aman Firdaus sudi untuk meluangkan masa bagi berkongsi tentang…

Perjalanan beliau membangunkan blog Amanz.my. iaitu blog yang berteraskan gajet, dunia komputer dan segalanya tentang teknologi maklumat.

Temubual eksklusif bersama beliau (boleh didapati apabila kita menyertai Seminar Blogging Majalah Niaga) bersama rakan niaganya, Tuan Ikhwan Nazri benar-benar membuka mata kami mengenai keluasan dunia blog dan potensinya.

Dari Hobi Menjadi Bisnes

Berdasarkan temubual kami bersama Tuan Aman Firdaus, kami dapati pembangunan blog teknologi maklumat beliau yang cukup popular dalam arena blog tempatan, iaitu Amanz.my tidak bermula dengan idea perniagaan.

Sebaliknya, beliau menyatakan idea mewujudkan blog itu adalah kerana minat beliau yang sangat mendalam terhadap isu ini. Serta kekurangan informasi berkaitan dengan teknologi maklumat yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.

Seperti pemilik Oh Media, secara perlahan-lahan aktiviti blogging ini mengubah perjalanan kehidupan Tuan Aman Firdaus sendiri. Kini, ia merupakan kerjaya rasmi bagi pemuda yang berusia 24 tahun ini.

5 Tip Membangunkan Blog Daripada Amanz.my

Persoalan yang sentiasa bermain di fikiran blogger-blogger baru biasanya bermula daripada;

“Bagaimana saya dapat membangunkan dan mengembangkan jaringan blog saya, agar lebih ramai pelawat melawat blog saya setiap hari?”

Terdapat 1,001 jawapan untuk persoalan ini. Darren Rowse, pemilik blog Problogger mempunyai mazhabnya tersendiri untuk membina sebuah blog yang berjaya.

Pat Flynn, pemilik blog Smart Passive Income juga mempunyai pendiriannya untuk membina blog yang memberi pulangan sebanyak 4 hingga 5 angka setiap bulan.

amanz dot my

Begitu juga dengan Tuan Aman Firdaus dan Ikhwan Nazri. Beliau juga mempunyai gaya fikir dan mazhab sendiri untuk meningkatkan taraf blog Amanz.my ke tahap yang lebih tinggi. Terdapat 5 tip penting yang boleh diambil daripada perkongsian beliau, dan dipraktikkan dalam blog kita mulai hari ini:

#1 – Fokus Pada Teras dan Asas Blog

Teras dan asas bermaksud tujuan asal blog itu sendiri. Blog Amanz bermula dengan topik-topik yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Dan ia kekal sehingga hari ini.

Perkongsian maklumat di blog secara konsisten dan fokus yang membuatkan jenama blog Amanz gah sehingga hari ini, dan mempunyai sejumlah komuniti yang kuat untuk menyokong perkembangan blog ini

#2 – Visi dan Misi

“All successful people men and women are big dreamers. They imagine what their future could be, ideal in every respect, and then they work every day toward their distant vision, that goal or purpose.” – Brian Tracy

Visi dan misi adalah pencetus motivasi dalam diri untuk berjuang. Kerana dalam perjalanan ke tempoh kematangan blog, kita akan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang akan membuatkan kita rasa ingin mengaku kalah.

Amanz network dot com

Justeru itu, visi dan misi memperkasakan diri. Maka untuk berjaya dalam blogging, cipta satu visi dan misi yang jelas untuk memperingatkan diri kita setiap hari, tentang tujuan kita mewujudkan blog.

#3 – Serang Pasaran Dengan Keunikan

Ketua Pegawai Eksekutif Amanz Network, Tuan Ikhwan Nazri menyatakan, keunikan adalah kunci utama jenama Amanz mampu bertahan sehingga hari ini. Antara input keunikan yang diaplikasikan dalam blog Amanz.my adalah sistem ganjaran.

Sistem ganjaran ini memberikan peluang kepada para pelawat untuk mengumpulkan poin. Seterusnya menebus poin itu kepada hadiah yang ditawarkan oleh syarikat Amanz Network.

Strategi ini bukan sahaja meledakkan perkembangan jumlah komuniti blog Amanz.my setiap bulan. Malah ia menjadi satu fenomena dalam dunia blog sendiri. Di mana tidak mustahil pemilik blog itu sendiri mampu merevolusikan user experience pembaca mereka.

#4 – Memahami Matriks Pelawat

Tuan Ikhwan Nazri dan Aman Firdaus berpesan, proses peningkatan jumlah pelawat setiap bulan adalah proses berperingkat. Dalam masa sama, fokus utama kita bukan sahaja memperoleh jumlah pelawat yang banyak.

Tetapi apakah strategi kita untuk mengekalkan jumlah pelawat sedia ada? Ini yang dipanggil kualiti pelawat blog kita.

facebook amanz network

Berikut adalah strategi yang digunakan oleh mereka untuk membangunkan blog Amanz.my pada peringkat awal:

  • Aktif di forum (Menggunakan ruangan signature untuk mempromosikan blog).
  • Berinteraksi dalam ruangan shoutbox di setiap blog.
  • Menggunakan fungsi ­signature dalam e-mel.
  • Media sosial (Facebook dan Twitter).
  • Isi kandungan yang berkualiti dan terkini.

Mereka juga menekankan, strategi promosi berubah dari semasa ke semasa. Memahami matriks pelawat yakni mengetahui dari mana sumber terbesar pelawat ke blog kita, dapat membantu kita mencipta satu sistem promosi yang berkesan berkali-kali.

#5 – Formula ‘KK’ Dalam Penjenamaan

“(K)uatkan dan (K)ukuhkan jenama blog.” – Ikhwan Nazri, CEO Amanz Network.

Ini merupakan nasihat yang ditekankan oleh beliau, bagi para blogger yang ingin menjana pendapatan mewah menerusi blog mereka. Jenama yang kuat akan membawa lebih banyak pulangan kepada pemilik blog.

Antara aspek penjenamaan blog adalah:

  • Logo.
  • Struktur dan reka bentuk web.
  • Isi kandungan yang berkualiti dan menepati citarasa pembaca.
  • Membina hubungan yang baik dengan pembaca.
  • Menghasilkan sesuatu (seperti sistem ganjaran), bagi menghasilkan promosi viral dan membuat para pembaca tersenyum riang setiap kali melayari blog kita.

Kunci Penjenamaan – Kami Tunjukkan Dalam Seminar Blogging

Sehingga kini, kami menghadkan 20 orang peserta sahaja untuk menyertai Seminar Blogging. Iaitu seminar yang akan menunjukkan langkah demi langkah kepada para peserta untuk:

  • Belajar formula untuk membina blog yang berjaya.
  • Menghasilkan entri yang memikat hati pembaca, serta menghapuskan masalah writers block (kekeringan idea).
  • Langkah demi langkah untuk buat duit dengan blog dalam tempoh 3 bulan pertama.

Apabila mendaftarkan diri ke Seminar Blogging, tuan dan cikpuan akan memperoleh akses muat turun audio temubual eksklusif kami bersama pemilik blog Amanz.my, dan juga pengasas Oh Media (Bernilai RM97).

Seminar Blogging - Jana Pendapatan Lumayan Melalui Blog

Mudah-mudahan perkongsian temubual kami bersama Tuan Ikhwan Nazri dan Aman Firdaus ini dapat meledakkan motivasi kita semua untuk terus berjaya dalam dunia blog.

Menyebarkan entri ini di ruangan Facebook atau Twitter dapat membantu rakan kita untuk mengetahui potensi dunia blog. Malah mereka akan berterima kasih kepada kita, kerana menunjukkan jalan yang betul untuk berjaya.

Kredit gambar yang diambil dari Facebook Amanz.my,  laman rasmi AmanzNetwork.com, laman Amanz.my

Facebook Comments

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Komen (40)

  1. Terima tuan Hasbul Aqill di atas perkongsian daripada dua jejaka ‘geek’ ini. Saya tertarik ingin mencuba kaedah promosi melalui signature pada emel. Hasil daripada teknik signature di forum sangat memberangsangkan dalam membawa masuk trafik. Mungkin selepas ini saya dapat melihat trafik baru melalui signature emel selain daripada signature di forum semasa 😉

  2. terbaik, amanz.my memang tidak pernah terlepas daripada pembacaanku setiap hari..
    sebelum mulakan keje baca blog amanz.my dulu utk ketahui berita IT dan teknologi semasa agar tidak ketinggalan..

    1. Benar, situasi sama berlaku kepada saya sendiri sejak melanggan newsletter Amanz.my. Setiap pagi saya akan luangkan masa 10 minit untuk membaca artikel kemaskini di blog Amanz.my 😉

  3. Laman web Amanz memang menjadi pilihan utk rujukan berkenaan Tech sejak tahun lepas. Kalau website US dah update, beberapa jam selepas tu Amanz terus akan ada update pasal tu. Memang up-to-date lah blog Amanz ni. Tahniah buat Ikhwan dan Amanz Network. 🙂

    1. Antara salah satu perkara menarik minat kami adalah, Amanz.my sentias mendahului dari segi kemaskini artikel di blog berbanding daripada blog teknologi tempatan yang lain. Mungkin dari situ jugalah faktor yang membuatkan trafik di blog Amanz.my sentiasa meningkat. 🙂

  4. Salah sebuah blog teknologi yang benar-benar menarik minat pembaca dan juga aku. Yang paling penting blog teknologi berbahasa Malaysia yang paling mantap dan konsisten. Boleh jadikan formula ‘KK’ kepada ‘3K’, Kuatkan, Kukuhkan dan Konsisten. Kalau kuat dan kukuh, tapi hilang konsistentasi memang akan merudum. Buatlah apa sekalipun, kalau tidak konsisten. Memang susah hendak berjaya, terima kasih di atas perkongsian tips ini. Terbaiklah. 🙂

    1. Ya benar, Amanz.my merupakan blog teknologi semasa, dan gajet berbahasa Melayu yang pertama di Malaysia. Setuju dengan perkongsian, terima kasih juga kerana selalu berkunjung ke blog ini. 🙂

  5. tips yang menarik . terbaik . saya pun teringin menjadi seperti blogger2 terkenal dan bercadang untuk menjadi blogger sepenuh masa . .

    1. Mudah-mudahan, saya doakan semoga impian saudari untuk menjadi blogger sepenuh masa tercapai akhirnya nanti. Jika ada perancangan dan komitmen yang baik, insyaAllah impian saudari akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.;)

  6. Memang hebat Aman ni…
    Jenama yang dibina menjadi semakin kukuh dan bertambah hebat..
    ditambah dengan sokongan dari rakan-rakan yang juga hebat….
    Best bila hobi dijadikan bisnes ni.
    Saya ntah bila ntah

    1. Ya benar. Jenama Amanz.my telahpun dibina sejak tahun 2005 lagi. insyaALLAH, saya doakan tuan zool dapat menemui kejayaan suatu hari nanti, seiring dengan panduan yang betul, konsistensi dan komitmen yang jitu! 😉

  7. Ramai orang memiliki blog. Namun mereka yang sepenuh masa dengan blog ini hampir semuanya anak muda. Apakah ada ‘anak tua’ yang sepenuh masa dengan blog?

    1. Mungkin kita sendiri tidak mengetahui ada blogger yang dikira ‘anak tua’ sudah menjalankan kerjaya ini secara sepenuh masa. insyaAllah, tuan ahmadyani akan menyusul menuruti jejak langkah mereka nanti. insyaALLAH!

  8. Ingin sekali saya mengikuti seminar ini, tapi apakan daya saya menetap di kota kinabalu, sabah. Jauh merentas lautan biru. Bolehkah modul pengisian seminar itu di dapati secara digital melalui internet walaupun tidak menghadiri seminar tersebut secara fizikal selepas membuat pembayaran? Seminar sebegini tidak pernah dijalankan di sini.

    1. insyaAllah pihak kami akan kemukakan cadangan ini dalam miting bulanan pengurusan Majalah Niaga. Kami akan umumkan keputusannya di Facebook nanti. Terima kasih

  9. Saya kagum melihat anda berdua. Tahniah atas kejayaan dan TERIMA KASIH kerana telah memberikan saya inspirasi baru dalam dunia perniagaan maya. Content dalam Majalah Niaga sangat bagus dan memenuhi kehendak saya. Selama ini saya tercari-cari majalah/buku berkaitan dengan keusahawanan. Peserta seminar APBM Batu Gajah Perak.

  10. salam,
    teringin sgt nk pergi seminar usahawan tp masih belum kesampaian…sy mmg bt biz on9 melalui medium fb,blog,mudah…bmana cara nya lg utk sy memantapkan sales,branding,cara berurusan dgn pelbagi kerenah pelanggan dan etc.di harap pihak tuan sudi membantu..

Pendapat anda?