Dari Mata Turun Ke Hati – Kuasai Emosi Dalam Jualan

May 29, 2013 — Penulis:

Kategori: Pemasaran / Strategi Online & Offline

Tindakan manusia akan terkesan oleh tindak balas emosinya.

..kita mampu menangis bila menonton filem sedih dan ketawa apabila menonton filem lucu walaupun kita hanya menonton sahaja.

..kita mungkin akan berasa marah bila dimarahi orang lain atau mungkin akan hanya tertunduk diam apabila ketakutan.

..kita akan cuba melawan dan memberontak jika dilemparkan dengan tuduhan palsu atau fitnah.

..dan kita akan berasa kecewa jika cadangan, pendapat serta idea kita tidak diterima oleh pihak lain.

Ini menunjukkan bahawa setiap tindakan itu akan ada respon atau tindak balasnya kepada pihak yang lain.

Ia telah dibuktikan dalam hukum Fizik bahawa setiap tindakan yang dikenakan ke atas sesuatu itu pasti akan ada tindak balasnya. Begitulah juga ke atas emosi manusia. Emosi manusia akan bertindak balas dengan sesuatu tindakan yang diberikan kepadanya.

Sebagai seorang jurujual, seorang ahli pemasaran dan seorang usahawan, kita perlu sedar akan kepentingan tindak balas emosi ini semasa menjual produk. Tindakan emosi ini akan terzahir keluar. Contohnya kita sendiri akan tersenyum gembira bila seseorang memberikan hadiah kepada kita.

Kepentingan Emosi Dalam Pemasaran

Tindakan yang dapat menguasai emosi ini penting dalam melakukan sesuatu jualan. Ini kerana kita mahu mereka bertindak seperti mana yang kita mahukan.

kepentingan-emosi-dalam-jualan

Tidak kiralah sama ada kita mahu mereka membeli produk kita atau mahu mereka ‘subscribe’ dalam sistem kita ataupun mahu mereka berbelanja dengan kita tanpa hadnya. Untuk merealisasikannya, ianya perlu digerakkan dengan emosi kerana hanya emosi yang kuat sahaja mampu menggerakkannya untuk bertindak.

Emosi merupakan pendorong utama sesuatu tindakan. Antara situasi yang membuktikannya ialah..

  • Selagi emosi TAKUT tidak diterbitkan, selagi itulah manusia tidak akan terfikir untuk mengambil insurans.
  • Selagi emosi RASA BANGGA MEMILIKI SESUATU oleh seorang wanita tidak diterbitkan, selagi itulah beg berjenama COACH tidak akan terjual.
  • Selagi emosi SELESA TAHAP DIRAJA tidak diterbitkan, selagi itulah orang-orang yang kaya raya tidak akan menginap di Hotel 5 Bintang.
  • Produk atau servis anda pasti tidak akan terjual jika anda..
  • Tidak dapat mengenal pasti apakah masalah prospek yang boleh diselesaikan oleh produk mahupun servis kita.
  • Tidak dapat mengenal pasti apakah impian serta kehendak prospek yang boleh produk atau servis yang kita tawarkan itu merealisasikannya.

Jadi tugas kita ialah perlu mencari apakah jenis-jenis emosi yang boleh kita gunakan sebagai mesej jualan yang bukan sekadar mampu menarik perhatian prospek sahaja, malah yang lebih penting ia mampu mendorong prospek untuk membuat tindakan seperti yang kita mahukan.

Berikan mesej jualan yang jelas, lengkap dan mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang membacanya.

  • Contoh 1:

“Buku Resepi Yang Akan Anda Perolehi Ini Mampu Membuatkan Si Dia Dan Anak-Anak Memuji Kehebatan Anda Memasak Seperti Juara MasterChef Malaysia.

Di sini, emosi ingin berasa bangga dihadapan Si Dia serta anak-anak menyebabkan wanita yang berstatus suri rumah, ibu atau isteri bertindak dan berusaha untuk mendapatkan buku resepi tersebut.

  • Contoh 2:

“Buktikan KETULUSAN CINTA Anda Pada Si Dia…”

Kata-kata di atas merupakan kata-kata yang digunapakai oleh sebuah syarikat yang menjual cincin berlian, yang sebenarnya ditujukan kepada para lelaki. Jadi mana-mana para lelaki yang mempunyai kekasih dan mahu membuktikan CINTAnya kepada sang kekasih pasti akan terpaut pada ayat iklan ini.

Jadi sudah jelas bahawa EMOSI prospek perlu kita utamakan supaya kita dapat membaca tindak balas yang bakal diambil oleh mereka. Malahan tidak mustahil kita juga mampu mengawal tindak balas mereka tersebut mengikut tindakan yang kita berikan ke atas emosi prospek kita.

Dengan mempelajari ilmu copywriting kita sebenarnya telah mempelajari dan melakukan kajian ke atas tindak balas emosi manusia. Inilah kelebihan apabila kita memiliki ilmu-ilmu mengenai copywriting. Ilmu ini wajib kita pelajari agar dapat membantu setiap aktiviti pemasaran perniagaan kita.

(Sumber gambar: T Vincent, maxcilla)


Tags: , , , , , ,

Komen (10)

  1. salam, betul sgt 🙂 terlalu banyak emosi yg tersimpan dalam minda separa sedar, kita perlu cungkit emosi2 ini, insyallah sales akan terjadi ^_^ Syukran~

  2. alhmdulillah..baru saya sedar dan faham..selama ini guna tenik2 nie utk mmbantu shbt sahaja…rupa-rupanya..ia boleh di gunakan utk perniagaan jugak dan smua ilmu yg saya dpt sekarang nie amt berkait rapat antara satu sama lain..terima kasih telah sedarkan saya..

    1. Memang susah nak kenal pasti kerana itulah kita cuba menjual kepada kelompok sasaran. Emosi sukar untuk kenal pasti tetapi kita boleh ramal dan jangka. Boleh kata setiap wanita yang berkerjaya akan bangga jika memiliki beg COACH…. jadi kita juallah rasa bangga tu.

      Ramai orang kaya takut rumah mereka dimasuki pencuri dan dirompak. Kita juallah rasa takut itu dengan memberikan servis memasang sistem keselamatan sebagai solusinya.

      Nak tarik semut datang taburkan gula.. kan….

      1. Alhamdulillah… di web inilah antara ilmu paling manfaat saya dapat di bulan Ramadhan. Terima kasih saudara Zahrul Azua kerana sudi berkongsi.
        Sesuai ke kita bagi sentuhan emosi pada surat-surat rasmi?

        1. Norhayati Nordin,

          Ada banyak punca untuk sentuh emosi dan salah salah satunya ada ISU. Jadi dalam surat rasmi perlu jelas apa ISUnya dan yang paling penting adalah aliran (flow) perlu ada disamping menggunakan bahasa pelanggan yang betul. Di sini bahasanya adalah bahasa rasmi.

          Untuk lihat contoh bagaimana saya menulis surat rasmi menggunakan kaedah PeMiKaT boleh dapatkan buku “Rahsia Membina Senjata Jualan” (Buku Hijau).

          Terima kasih.

Leave a Reply to fiqah Batal (Cancel)