Dari RM142.8 Juta Menjadi RM1.27 Bilion – Rahsia Di Sebalik Twitter

September 30, 2011 — Penulis:

Kategori: Kisah

Laman mikro blogging yang direka oleh Jack Dorsey pada Mac 2006, iaitu Twitter merupakan satu lagi fenomena selepas Facebook. Kajian mencatatkan laman Twitter kini mempunyai 100 juta pengguna aktif.

twitter Majalah Niaga

Ini bermakna, mereka kurang 700 juta pengguna jika dibandingkan dengan laman web yang diasaskan oleh bilionair muda, iaitu Mark Zuckerberg. Di mana laporan dalam F8 Developer Conference mencatatkan Facebook kini mempunyai lebih 800 juta pengguna aktif.

Namun begitu, antara persamaan yang boleh dikaitkan di antara dua laman sosial ini adalah jumlah keuntungan yang mereka berjaya peroleh. Todd Wesserman, penulis artikel di Mashable menyatakan, Twitter dijangkakan akan memperoleh nilai keuntungan sebanyak RM1.27 bilion (USD400 juta) menjelang tahun 2013.

Ia merupakan peningkatan yang drastik, iaitu sebanyak 210% kerana pada tahun lepas Twitter berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM142.8 juta (USD45 juta).

Persoalannya, apakah sumber keuntungan mereka?

Iklan yang Bernilai Jutaan Ringgit

Apabila kita sebut iklan, majoriti rakyat tempatan masih lagi skeptikal dengan potensi menjana pendapatan lumayan menerusi medium ini di internet.

Tetapi ia sudah berlaku berkali-kali di luar negara. Ini termasuk laman sosial yang diasaskan oleh Zuckerberg, iaitu Facebook yang mencatatkan keuntungan sebanyak RM5.92 bilion (USD1.8 bilion) hanya menerusi pengiklanan sahaja.

CEO Facebook Mark Zuckerberg

Kebanyakan syarikat yang sanggup melaburkan sejumlah wang yang besar untuk pengiklanan ini adalah syarikat-syarikat yang sudah mempunyai jenama yang kukuh, serta mempunyai modal bernilai bilion ringgit.

Menurut sumber yang dikeluarkan laman web Inc, antara klien Twitter yang menempah iklan adalah Starbucks, Best Buy, dan Red Bull.

Tujuan mereka terus beriklan ini adalah untuk mengukuhkan jenama, melakukan promosi viral (seperti permainan flash, facebook pages dan sebagainya), serta memberikan informasi terkini kepada pembeli, terhadap produk-produk baru yang akan dilancarkan oleh syarikat mereka.

Nilai Twitter Lebih Tinggi Di Mata Rakyat Amerika

Berbeza dengan Facebook, di mana mereka mendominasi kebanyakan organisasi di seluruh dunia untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Peratusan besar, iaitu 96% daripada keuntungan iklan syarikat Twitter ini hanya bergantung pada syarikat di Amerika Syarikat sahaja.

Twitter di mata rakyat amerika

Berkemungkinan besar demografik mereka lebih tertumpu di negara elit ini. Malah sekiranya hendak dibandingkan dengan keselesaan pengguna internet di Malaysia, majoriti mereka lebih cenderung menggunakan Facebook berbanding Twitter.

Persoalannya sekarang, potensi buat duit dengan pengiklanan ini terlalu besar dan kita sebagai usahawan internet seharusnya mengambil peluang untuk mencipta inovasi, dan berfikiran kreatif untuk menghasilkan laman web unik yang memenuhi keperluan pengguna internet tempatan dan antarabangsa.

Ia memang mengambil masa sebelum kita dapat melihat keuntungannya, tetapi sebagai usahawan, visi yang jelas dan diyakini akan mengubah dunia 360 darjah menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (joshsemans, lestudio1grahamsblog)


Tags: , , , , , ,

Komen (3)

  1. salam, saya tertanya-tanya juga bagaimana twitter buat duit. rupa2nya US memang banyak guna iklan twitter untuk promosi bisnes mereka. budaya dan gaya hidup masyarakat di sesuatu tempat mungkin mempengaruhi cara pemasaran sesuatu produk. kalau di negara kita, rakyatnya suka ber FB. so iklan FB lah paling sesuai.

  2. Saya dapati, kita hasilkan platform online yang percuma(free sign up) yang ada pasaran dan permintaan. Kemudian bila dah ramai pengguna, dapatlah tarik pengiklan. Untung pada iklan.

    Banyak contoh yang dijumpai selain Facebook dan Twitter.

Pendapat anda?