Deposit – Pendinding Dari Penyewa Culas

February 27, 2013 — Penulis:

Kategori: Hartanah / Pelaburan

“Gua tension la beb..” rungut Aslam tidak puas hati.

“Kenapa Bro?” soal Ardi yang cuba menyelongkar masalah dihadapi Aslam.

“Penyewa gua keluar dari rumah sewa gua semalam dan berlonggok-longgok pula jumlah bil yang ditinggalkannya belum dibayar,” keluh Aslam.

“Bukan ke lu boleh guna deposit tu untuk cover bil-bil yang ditinggalkannya?” usul si Ardi.

“Masalahnya gua dah bagi balik duit deposit tu kat penyewa gua bila dia beritahu gua, dia nak keluar hari tu,” keluh Aslam.

 

Inilah antara perkara yang biasa terjadi kepada mereka yang baru pertama kali bergelar tuan rumah atau ‘landlord’ ini. Malahan saya sendiri pun pernah melalui pengalaman yang sama ini sewaktu pertama kali berhadapan dengan penyewa saya suatu masa dahulu.

Sebelum berbicara dengan lebih jauh lagi, mari kita cuba fahami apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan ‘deposit’ dan mengapakah ia penting untuk anda sebagai tuan rumah.

Deposit atau dalam bahasa mudahnya wang pendahuluan (wang komitmen), merupakan sejumlah wang yang perlu disediakan oleh bakal penyewa kepada pemilik rumah sebagai cagaran untuk penyewa memberikan komitmen yang serius untuk menyewa rumah tersebut.

Deposit-Penyewa rmh

Jenis-Jenis Deposit

Deposit untuk penyewa ini terbahagi kepada dua (2) iaitu :

1. Deposit Sewa Rumah.

Merupakan satu bentuk cagaran kepada pemilik rumah bagi memastikan bahawa bakal penyewa ini tidak culas dalam melaksanakan tanggungjawab mereka untuk melunaskan sewa bulanannya. Jumlah yang perlu disediakan oleh mereka bergantung kepada persetujuan di antara pemilik rumah dan juga bakal penyewa.

2. Deposit Bil-Bil Utiliti

Jika deposit sewa rumah merupakan cagaran bagi sewa rumahnya, deposit utiliti ini pula dijadikan sebagai cagaran untuk bil-bil utiliti seperti air, elektrik malahan mungkin juga termasuk fi (bayaran) penyelenggaraan. Sama seperti deposit sewa rumah, amaun yang diperlukan untuk deposit jenis ini juga bergantung kepada persetujuan di antara kedua belah pihak.

 

Tips Buat Pelabur Hartanah

Memandangkan deposit ini dijadikan sebagai cagaran, terdapat beberapa tips mudah yang ingin saya kongsikan untuk anda yang ingin berjinak-jinak menjadi pelabur hartanah, iaitu:

  • Ambil deposit semaksimum mungkin sebagai cagaran (mengikut persetujuan bakal penyewa).
  • Laburkan deposit tersebut dalam instrumen pelaburan yang mampu menggandakan wang anda.
  • Jangan kembalikan deposit kepada penyewa yang akan keluar sebelum melihat keadaan rumah.

Pesanan terakhir saya ialah beringatlah kita sebagai tuan rumah serta bakal tuan rumah bahawa hanya dengan Deposit sahajalah yang mampu meneruskan niat, semangat dan minat anda untuk membuat pelaburan hartanah. Jadikanlah hartanah anda bekerja untuk anda secara pasif!

 

(Kredit gambar : slightly everything,James.thompson


Tags: , ,

Komen (6)

  1. Terima kasih tuan Meor atas perkongsian tips ini..

    cuma satu persoalan, andaikata penyewa meninggalkan rumah tersebut selepas beberapa hari menetap. Kemungkinan dia tak jadi duduk kerana dah berjumpa dengan rumah yang lain pula yang sewanya lebih murah. Adakah deposit tersebut perlu dipulangkan semula atau bagaimana?

    1. sebelum memasuki rumah, tuan rumah dan penyewa harus bersetuju beberapa perkara dan menandatangani kontrak perjanjian iaitu:
      -tempoh minimum sewaan = 1 tahun
      -bayaran deposit rumah sebagai cagaran

      sekiranya berlaku perpindahan keluar sebelum tempoh tamat kontrak kebiasaanyan deposit tidak boleh dikembalikan / BURN / hangus. namun tuan rumah dan penyewa masih boleh berbincang samada pemulangan deposit itu secara 100% atau 50% bergantung kepada tunggakan bil/kerosakkan/kerugian yang terpaksa ditanggung oleh tuan rumah dan persetujuan bersama-sama.

      sekadar pendapat saya.

  2. siti nur shafina
    February 12, 2016

    saya bayar deposit sblm 2 bulan memasuki rumah sewa kerana tuan rumah mengatakan terlalu ramai pmintaan dr pnyewa oleh kerana takot xde rumah . kami decide mbyr deposit yg ditetapkan . namun seminggu selepas mbyr deposit pihak atasan mengatakan tiada perpindahan utk kami . jadi kami mberitahu tuan rumah utk deposit tsebut tp tuan rumah mengata deposit kami burn walau baru semnggu kami byr . ini kerana kos iklan dan penyewa lain yg mereka tolak . adakah kami mempunyai hak utk mdptkn deposit? perpindahan bkn ats kuasa kami sebagai pelajar .

Pendapat anda?