Dilema Orang Melayu Tentang Hartanah

September 09, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Hartanah / Pelaburan

Saya pernah bangkitkan kisah ini dalam awal pembabitan saya dalam penulisan blog ketika pada tahun 2012. Orang Melayu mempunyai dilema dalam isu pemilikan hartanah. Dilema ini makin menebal dengan kenaikan harga hartanah yang dapat kita lihat hari ini.

Sejak bertahun-tahun, orang Melayu masih melihat hartanah dengan pembiayaan rumah sesuatu yang menakutkan. Apatah lagi, kajian terkini yang dibuat oleh Portal Hartanah No.1 Malaysia iaitu iProperty Group mengesahkan harga yang mahal, dan pembiayaan yang ketat serta kadar faedah yang tinggi antara penyebab kesukaran pemilikan hartanah.

Baiklah itu merupakan dilema-delima yang bermain di fikiran rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. Saya melihat ketakutan ini memuncak apabila ia tidak ditangani dengan baik oleh persekitaran perbankan, dan pemaju yang hanya mahukan keuntungan yang tinggi daripada ketakutan mereka.

Saya tidak boleh menyalahkan pihak pemaju dan pihak bank atas kelebihan yang mereka ada ketika ini yang menambah dilema orang Melayu dalam pemilikan hartanah, namun itulah hakikatnya. Oleh itu, dilema–dilema ini perlu dipecahkan supaya kita orang Melayu mampu memiliki hartanah sekurang-kurangnya sebuah rumah untuk di jadikan warisan.

Bagaimana Dilema-Dilema Ini Dapat Diatasi?

Dilema #1 : Tiada Wang Pendahuluan

Banyak inisiatif yang telah dilakukan bagi membantu pemilikan hartanah. Antaranya ialah pengeluaran wang KWSP melalui akaun 2 untuk membuat pembayaran wang muka untuk hartanah yang dimiliki. Keadaan inflasi yang tinggi menyebabkan kebanyakan orang kita tidak mempunyai wang simpanan yang cukup.

menabung

Kita juga digalakkan menyimpan dan menabung setiap bulan bagi membolehkan kita memiliki hartanah di tanah negara kita sendiri. Lebih awal kita menyimpan, lebih cepat kita memiliki rumah yang kita mahu diami atau mahu dijadikan rumah sewa.

Dilema #2: Gaji Mahal Tetapi Habis

Bagi golongan yang mempunyai dilema seperti ini, mereka perlu membeli rumah ini kerana tanpa komitmen dengan membeli rumah, mereka berfoya-foya sampai tidak tahu menguruskan kewangan. Jika tidak mahu duduk dengan rumah yang dibeli, sewakan rumah itu dan dapatkan keuntungan.

Periksa wang-wang yang bocor, yang sebenarnya boleh disimpan tanpa dibazirkan. Contohnya wang langganan Astro yang boleh disimpan contohnya RM120 sebulan, dan setahun anda telah menyimpan hampir RM2,000.

Itu baru satu jenis bil yang boleh dikurangkan, jika ada sepuluh bil yang boleh dikurangkan, kita boleh simpan hampir RM20,000 setahun.

Dilema #3: Takut dengan Riba

Sekarang ini ada banyak pilihan dalam pembiayaan hartanah melalui cara yang lebih dituntut oleh syarak. Jika sebelum adanya Perbankan Islam, ini adalah dilema yang terbesar kerana orang melayu perlu ada wang yang banyak untuk membeli rumah secara tunai. Malah pada hakikatnya, itulah yang terbaik.

Namun ada beberapa sebab yang melonggarkan keadaan untuk membuat pembelian hartanah dengan adanya pembiayaan islamik dan patuh syariah. Saya harap apabila anda mengambil pembiayaan hartanah, ia bukan satu yang kekal. Penghujungnya kita berniat untuk melangsaikan pembiayaan hartanah tersebut.

Dilema #4: Mahu Beli Rumah Tunai

Rata-rata yang takut dengan kadar keuntungan bank dan harga rumah yang makin meningkat, mahu membeli rumah secara tunai. Namun jika anda mengharapkan duit bulanan gaji anda, ia perlu memakan masa yang lama melainkan anda mempunyai matlamat untuk membeli rumah yang berharga kurang daripada RM100,000.

duit-gaji

Oleh yang demikian, jika anda mahu beli rumah secara tunai. Anda perlu berniaga dan menjana pendapatan yang tinggi melalui bisnes. Ini adalah kerana, anda boleh memperoleh pendapatan melalui perniagaan anda pandai berbisnes.

Dilema #5: Generasi ke-2 Keluarga Jual Hartanah

Ini merupakan kebiasaan yang berlaku pada orang kita. Mereka mendapat rumah pusaka atau tanah pusaka dengan minda mahu menjual untuk mendapatkan wang secara mudah. Jika betul-betul memerlukan wang, nak tak nak terpaksalah anda menjualnya.

Namun dengan menjual rumah atau tanah pusaka anda, anda tidak akan kaya pun. Malah anda telah menjual aset anda dan aset ini sebenarnya bernilai hari ini yang akan bertambah nilai pada masa akan datang.

Kredit foto: Imagenary Photography


Tags: ,

Komen (4)

  1. saroja surajee
    September 15, 2014

    Dilema #5:
    Kabanyakannya seperti itu… tetapi tidak semua… ada juga yang selepas menjual hartanah yang sedia ada, boleh menjana lebih daripada itu… sehingga boleh mencapai lebih 3 kali ganda dalam setahun sahaja…

  2. anak ramai, tanah harta pusaka sedikit, nak kongsikan terpaksa menjualnya untuk ditukar pada wang ringgit. Kalau dibiarkan pula, lama-lama menjadi sukar sebab keluarga membiak semakin besar.

  3. Memang hampir mustahil nak beli rumah dengan harga yang semakin tinggi.

    Namun saya suka dengan cadangan penulis iaitu mula berbisnes. Sebab itulah saya menceburkan diri dalam perniagaan internet.

    Alhamdulillah, semakin ada peningkatan. Produk “149 Strategi dan Teknik Menjana Wang Dari Internet” mendapat sambutan.

Leave a Reply to Abdullah Idris Batal (Cancel)