Di bawah merupakan senarai e-Majalah Niaga yang telah pihak kami hasilkan. Anda boleh memuat turun semua e-majalah di bawah secara PERCUMA dan kami sangat berbesar hati andaikata anda dapat berkongsi e-Majalah Niaga ini kepada mereka yang memerlukan.
Dalam industri pelaburan hartanah tempatan, nama beliau tidak perlu diperkenalkan lagi. Dr. Shah Razali merupakan usahawan yang aktif dalam bidang pelaburan, khususnya pelaburan hartanah. Beliau juga merupakan pengasas syarikat Shah Consultancy. Dalam edisi kali ini, kami diberi peluang untuk menemubual beliau mengenai topik keusahawanan, pelaburan hartanah, serta input-input motivasi bagaimana Dr. Shah Razali berjaya mencapai status jutawan pada usia yang muda.
Saiful Nang merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal serta mempunyai pengaruh cukup besar dalam kalangan jurugambar-jurugambar di Malaysia. Beliau juga pernah dianugerahkan oleh Mediacorp Asia sebagai salah seorang jurugambar terbaik Asia, serta disenaraikan oleh Dewan Ekonomi sebagai 20 usahawan berjaya dan paling kreatif di Malaysia. Dalam temuramah ini, beliau kongsikan tip-tip kejayaan termasuklah kejayaan membawa nama Candid Syndrome ke persada dunia.
Pertama kalinya kami menemuramah seorang jutawan yang cukup terkemuka di Malaysia, iaitu Dato’ Dr. Rusly Abdullah. Edisi kali ini sudah tentu membongkarkan kisah beliau yang sering menjadi inspirasi para usahawan sejak dahulu lagi. Beliau amat terkenal dengan penghasilan buku-bukunya yang merupakan buku best-seller, seperti Orang Kaya Bertaqwa, Menjejaki Jutawan Senyap, dan banyak lagi.
Jika anda ingin menjana pendapatan yang lumayan menerusi penulisan buku ataupun novel maka Majalah Niaga edisi ke-16 ini wajib dibaca oleh anda. Puan Ain Maisarah merupakan seorang penulis novel remaja yang cukup gah di Malaysia telah berkongsi rahsia beliau bagaimana beliau menjana pendapatan berdasarkan royalti sehingga 6 angka setahun.
Social Networking kini tidak asing lagi pada mata masyarakat Malaysia. Dengan kewujudan laman web seperti Facebook, Twitter dan sebagainya, ia menjadikan lebih mudah untuk melakukan pemasaran percuma. Dalam edisi Majalah Niaga kali ini, saudara Amirul Faisyal, pengasas Kreative Themes akan membongkarkan strategi pemasaran menerusi laman social networking, khususnya untuk pemilik bisnes-bisnes kecil.
Kini produk digital telah membuktikan bahawa ia mampu memberikan pendapatan sehingga 6 angka, jika ia dilakukan dengan betul. Walau bagaimanapun, kita tidak semestinya mencipta sendiri produk tersebut. Ahmad Syaifudden Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Abooain, merupakan usahawan internet sepenuh masa. Dalam temuramah ini, beliau akan berkongsi tips bagi menjual produk digital versi Resell Rights (RR).