MAJALAH NIAGA
Edisi #24
Usahawan Perubatan Islam
“Berniaga sambil beramal tunjang kejayaan setiap usahawan..” Ia merupakan tema sempena pelancaran ezine Majalah Niaga edisi 24 ini. Dalam edisi kali ini, kami akan tampilkan secara eksklusif pengasas Pusat Rawatan Qalbun Salim, Profesor Dr Haji Shahrin Abdul Rahman. Dikenali sebagai Ustaz Shahrin, beliau telah berjaya menyembuhkan ramai pesakit dengan menggunakan kaedah perubatan alternatif dan rawatan Islam. Pada hari ini, beliau juga telah mempunyai ramai anak murid yang telah membuka pusat rawatan mereka sendiri.
Dalam temubual eksklusif bersama Ustaz Shahrin ini, anda akan didedahkan secara mengenai perkara berikut:
- Kesempitan bukanlah kekurangan
Sikap tidak berputus asa & sentiasa mencari peluang untuk menyara keluarga merupakan inspirasi terbaik. - Menyedari bakat diri
Bakat terpendam merupakan kunci utama kejayaan seseorang usahawan. Baca kisah hidup Ustaz Shahrin untuk mengetahuinya. - Amalan khusus yang membuahkan kejayaan
Ustaz Shahrin berkongsi secara eksklusif mengenai 5 amalan yang beliau lakukan sejak dahulu lagi untuk meraih kejayaan pada hari ini. - Memartabatkan rawatan Islam di era teknologi
Merawat pesakit yang jauh serta kronik kini langsung tidak mustahil. Ini kerana era teknologi ini memudahkan kita berhubung dengan lebih pantas. Ustaz Shahrin berkongsi cara bagaimana beliau menggunakan Facebook untuk bisnes rawatan beliau.
Edisi ini merupakan sebuah edisi eksklusif seperti edisi-edisi Majalah Niaga sebelumnya. Muat turun edisi terkini Majalah Niaga edisi ke-24 ini sekarang juga!
Di bawah merupakan senarai e-Majalah Niaga yang telah pihak kami hasilkan. Anda boleh memuat turun semua e-majalah di bawah secara PERCUMA dan kami sangat berbesar hati andaikata anda dapat berkongsi e-Majalah Niaga ini kepada mereka yang memerlukan.