Dr Azizan Osman – 3 Rahsia Menampal Kebocoran Wang

April 11, 2012 — Penulis:

Kategori: Pengurusan Kewangan

Dalam Seminar Wang Power, tim Majalah Niaga memperoleh kesempatan untuk mendapatkan sedikit sebanyak ilmu, yang dikongsikan oleh dua mentor kewangan dan kejayaan Malaysia iaitu Abang Abu dan Dr. Azizan Osman.

Seminar Wang Power - Kuasai Wang Kuasai Kekayaan

Artikel kali ini akan membawa pendekatan terhadap status kewangan kita.

Adakah kita sedar punca kemiskinan datangnya daripada minda? Seminar Wang Power yang dikendalikan oleh Dr. Azizan Osman untuk sesi yang pertama menjurus kepada penekanan minda terhadap wang dan kekayaan.

Menurutnya, perbezaan ketara antara minda orang kaya dan orang miskin adalah cara mereka berfikir terhadap wang.

Kebocoran Wang – Masalah Kritikal Rakyat Malaysia

Beliau juga turut menerangkan, rakyat Malaysia mengalami masalah kritikal dalam pengurusan kewangan iaitu kebocoran wang. Di mana kita tidak sedar duit kita pergi ke mana setiap bulan.

Seminar Wang Power - Tip Pengurusan Wang

Lebih menarik, sebenarnya kita sendiri merancang untuk membocorkan wang itu. Bagi seorang pekerja, situasi ini biasanya berlaku ketika kita hampir memperoleh gaji setiap akhir bulan.

Minda kita sudah merancang mahu membeli barang yang diimpikan, membayar beberapa keperluan, dan pelbagai lagi. Keputusan ini yang membuatkan ramai orang terjerumus dalam masalah ‘saya tidak cukup wang.’

Mereka lebih mementingkan orang lain berbanding diri sendiri. Dalam fikiran mereka, membayar bil-bil lebih penting daripada membayar kepada diri sendiri.

3 Rahsia Menampal Kebocoran Wang

Semasa menghadiri Seminar Wang Power, berikut adalah dapatan kami terhadap jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah kebocoran wang.

  1. Jangan bagi pinjam duit.
  2. Tahu kehendak, tahu keperluan.
  3. Belajar simpan wang.

Rahsia #1 – Jangan Bagi Pinjam Duit

Rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu sudah terbiasa dengan aktiviti memberikan wang pinjaman tanpa kontrak kepada rakan-rakan atau saudara mara. Masalah yang biasanya dihadapi oleh mereka yang gemar memberikan pinjaman ini adalah, kesukaran untuk memperolehnya semula.

Seminar Wang Power - Jangan Bagi Pinjam Duit

Justeru itu, nasihat Dr. Azizan Osman terhadap lebih 2,000 peserta di Seminar Wang Power adalah kita tidak boleh meminjamkan wang kepada orang sekeliling.

Namun begitu, ia tidak bermaksud kita menanamkan sifat kedekut dalam diri. Sekiranya kita ingin memberikan wang pinjaman, berikan dalam jumlah yang kita mampu sahaja.

Tuan dan cikpuan boleh rujuk contoh situasi ini:

“Ahmad, boleh aku pinjam RM10,000?”

Jawapan Ahmad terhadap rakannya akan berbunyi seperti berikut:

“Saya minta maaf, saya tidak berikan pinjaman RM10,000 kepada awak. Tetapi saya boleh berikan RM100. Ini sahaja yang saya mampu.”

Contoh di atas menjelaskan, jangan sesekali memberikan wang untuk dipinjamkan jika jumlah itu di luar kemampuan kita. Dikhuatiri nanti kita yang akan hidup merana selepas memberikan pinjaman.

Berikan wang pinjaman yang kita mampu dan tidak risau jika ia tidak mampu dipulangkan semula dalam jangka masa terdekat. Ia lebih menenangkan hati.

Rahsia #2 – Tahu Kehendak, Tahu Keperluan

Kehendak dan keperluan adalah dua maksud yang berbeza. Lumrah manusia mempunyai kedua-duanya. Namun begitu, sebagai manusia biasa, kita mempunyai pilihan untuk mengawalnya.

Seminar Wang Power - Tahu Kehendak Tahu Keperluan

Manusia yang mengalami masalah kebocoran wang adalah mereka yang gagal mengenal pasti keperluan dan kehendak dalam kehidupan seharian. Kebanyakan masa, kita anggap kehendak itu satu keperluan.

Kehendak adalah sesuatu yang kita rasa kita mahu dapatkan, tanpa mengambil kira tentang kesannya untuk jangka masa panjang. Contohnya, kita hendak membeli iPhone 4S kerana terpengaruh dengan rakan-rakan.

Tindakan membeli barang berlandaskan kehendak biasanya akan merugikan diri kita. Ini punca kebocoran wang yang paling ketara dan selalu berlaku.

Justeru itu, Dr. Azizan menasihatkan agar para peserta untuk sentiasa tanya soalan ini sebelum membeli sesuatu.

“Adakah aku betul-betul perlukan benda ini?”

Rahsia #3 – Belajar Simpan Wang

“Sedikit-sedikit, lama-lama wang berbukit.”

Semasa kecil, kita sering dinasihati oleh kedua orang tua untuk menyimpan dan belajar menabung. Menyimpan wang adalah aktiviti yang mendorong kepada kekayaan.

Seminar Wang Power - Belajar Simpan Wang

Kesilapan orang yang miskin wang adalah mereka yang gagal menyimpan wang dengan baik. Biasanya wang simpanan itu akan digunakan sebagai ‘wang kecemasan’ dan sewaktunya.

Apa yang perlu kita lakukan adalah mewujudkan satu akaun khas untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan keseluruhan setiap bulan. Kemudian buang atau bakar semua maklumat mengenai amaun yang ada dalam akaun itu.

Anggap ia sebagai wang hangus. Dalam masa 10 hingga 15 tahun, wang itu akan berkembang menjadi ratusan ribu. Kemudian ia boleh digunakan untuk membeli barang impian kita atau memulakan pelaburan.

1 Tindakan, Ubah Hidup Jadi Luar Biasa

Perkongsian ringkas daripada Dr. Azizan Osman kepada para peserta Seminar Wang Power ini ternyata memberikan manfaat yang tersendiri.

Program Intensif Dr Azizan Osman

Walaupun ketiga-tiga tip ini kelihatan mudah, namun majoriti daripada kita tidak mampu untuk melakukannya kerana didorong oleh nafsu. Jalan yang terbaik adalah mendalami lebih banyak ilmu tentang kewangan, kekayaan dan teknik menguasai minda.

Dr. Azizan Osman juga membuka tawaran eksklusif kepada para peserta dan pembaca Majalah Niaga untuk menyertai kelas intensif kewangan, menerusi Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) pada bulan Mei 2012 ini.

Untuk maklumat lanjut seperti pendaftaran dan lokasi seminar, boleh hubungi:

(Syarikat Richworks) 019/013- 244 2244

Apakah pendapat tuan dan cikpuan mengenai kebocoran wang ini? Adakah kalian menghadapi situasi yang sama dalam kehidupan seharian?


Tags: , , , , , , , ,

Komen (28)

  1. Jangan pinjamkan wang anda melainkan anda mampu menghalalkannya kelak. Lebih 95% peminjam yang lupa bahawa mereka meminjam. – Dr. Azizan Osman

  2. Saya ni nak bagi pinjam duit susah..tapi jika ada orang jual barang atau promote sesuatu mesti ingin beli.. adoi..

    Lepas ni, kena tanya pada diri seperti artikel. “Adakah aku BETUL-BETUL perlukan benda ini?”

    Terima kasih.

  3. Mmg btl…sokong 100%….bagus tlg org dlm kesusahan tetapi lbh baik lg tlg diri sendiri dlu…tlg org biar kena dgn tempatnya….saya kita x merana coz kebanyakan peminjam ni lupa yg dia meminjam dgn kita….kita pula seolah-olah ceti minta duit kita….ni berdasarkan pengalaman tlg kawan baik sendiri….

  4. Memang susah nak dapat balik kalau pinjamkan duit. Kalau bayar pun kadang-kadang separuh, selebihnya lupa.

  5. Saya seronok membaca ulasan Tuan Aqif berkenaan Seminar Wang Power ini. Banyak yang boleh dipelajari dari Dr Azizan Osman dan Abang Abu yang merupakan tokoh-tokoh perniagaan tersohor. Ketiga-tiga poin yang dikongsikan amat berharga. Terima kasih! 🙂

    1. Alhamdulillah. Terima kasih cikpuan. Saya seronok apabila mendapati para pembaca seperti cikpuan mendapat banyak manfaat daripada artikel ini. 😀

  6. Jika di lihat point tersebut pernah kita dengar beberapa kali cuma kita tidak ambil berat langsung mengenainya..

    artikel ini memberi peringatan untuk orang macam saya..hehe..:D

  7. Saya setuju memang susah nak jadikan 10% daripada gaji kita sebagai wang hangus.Apa yang saya cadangkan buat potongan gaji dan masukkan terus dalam ASB.Buku kita 2 biar aje jangan kemaskini tapi jangan hilangkan susah pula nak buat.Kita tak akan perasan nanti berapa simpanan kita.Buat pertambahan setiap kali gaji naik.

  8. Zainun Ab Karim
    April 12, 2012

    Saya amat setuju dengan tip Dr Azizan…. alahamdulillah sejak saya mula bekerja saya berjaya menabung 10% dari gaji bulanan saya….. hasil dari tabungan tersebut saya berjaya membeli 2 lot tanah banglo (yg sekarang nilainya 2x ganda harga asal). Hingga sekarang saya masih lagi menabung 10% dari gaji yang diperolehi….. membeli ikut keperluan bukan ikut kehendak adalah cara berbelanja yang paling berhemah…..

  9. Fakta ini mengingatkan saya formula 70-20-10 peratus dari pendapatan.
    Simpan tetap 10% – jangan digunakan langsung. Bayar hutang dan simpanan kecemasan 20%. Berbelanjalah sepuas hati dengan 70% dari pendapatan. Tiada yang ‘miracle’ dalam soal menyimpan wang. Disiplin dan istiqamah.

  10. Rahsia no 1 lagi saya dah terkena memang betul apa yang diperkatakan masa nak berhutang bukan main baik dan manisnya muka tapi bila nak bayar balik makan tahun dan penat nak menuntut hutang dari orang yang memang tak ingat nak bayar. Janganlah sapa-sapa terjebat sentiasa ingan yang no 1 tu kalau tak nak jadi masalah. Kata orang buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali, beri hutang biarlah berkira agar hidup tak sakit hati.

  11. Perkongsian yang amat bernas..kehendak dan keperluan tu sememangnya ramai yang abaikan..kadangkala wang tak mencukupi untuk membelinya tetapi apabila nafsu menguasai diri terus sahaja membeli biarpun melalui kaedah pinjaman. Kemudian rakyat Malaysia ni ada satu sikap boros yang mana apabila keluar berjalan-jalan akan menghabiskan semua duit di dalam dompet dengan serta merta..tabiat ini juga boleh mendorong kepada kebocoran wang tanpa kita sedari..;)

  12. Tabiat ni memang orang ramai dah terbiasa. Kekayaan bukan bermaksud kita buat banyak wang. Tetapi berapa banyak simpanan kita dan berapa hari simpanan kita dapat tampung hidup kita. Lagi lama, bermakna lagi kaya kita. Nice info!

  13. Zainun Ab Karim
    April 15, 2012

    Rahsia no 1…. saya pun dah terkena, bagi pinjam 10 thn yang lalu… bukan orang lain ipar duai je…sampai skrg belum bayar lagi, dah byk kali mintak, still tak bayar… sejak ari tu saya dah serik nak bagi orang pinjam….

  14. Bagus2 ulasan saudara Aqif. Tentang duit, jangan percaya sesiapa pun. Kalau kawan atau saudara mara nak pinjam duit dlm jumlah yg banyak, ‘cakap ajer tiada budget tentang tu’ ataupun bagi sikit dan niat hadiah ajer, supaya tidak mengganggu situasi kita utk mengingatinya.

  15. Memang bukan mudah untuk kita menolak permintaan orang yang mahu meminjam duit. Lebih-lebih lagi jika orang yang mahu meminjam duit ialah orang yang kita kenali. Pasti serba-salah untuk mengatakan tidak.

    Bukannya kita kedekut atau tidak mahu meminjamkan duit. Bukannya kita tidak mahu memberi pinjam langsung.

    Tetapi memang benar, beri setakat yang kita mampu.

    Katakan kawan kita mahu pinjam RM1000, tapi kita hanya mampu beri RM100. Maka berilah RM100 itu dengan ikhlas. Jadi kita tak adalah teringat-ingat bahawa kawan kita itu ada meminjam duit daripada kita kerana RM100 itu bukannya pinjaman.

    Jangan kerana hutang, persahabatan menjadi korban

  16. sblm bg pinjam fikir dl org tu macamane? adekah jenis yg suka berhutang dan xbayar hutang.. kalu jupe yg jenis mcm tu pandai2lah bg reason. xde guna kita bg pinjam nt bila xleh bayar nmpk kita dr jauh terus melencong ke arah lain.. sebelum kita sakit hati dgn keadaan itu baik kita beringat..

  17. sbelom ni sy pk tuk elakkan duit bocor, kt x pk yg kt xde duit, n guna bile perlu tanpa pk ape2…rupenye masih silap pemahaman sy..hehe

  18. boleh diguna pakai…tp jika perbelanjaan sgt tinggi mcm mne nk menyimpan….gaji rm1800…sewa rumah rm200….bayar motor rm250…bayar kereta rm450…asb rm300…hantar kampung rm300… tinggal belanja rm300….bagaimana mahu menabung???
    bntulah sy dlm mengurus wang…..hhhmmm…

  19. Memang betul Dr,bagi pinjam senang sangat tapi nak bayar balik tu bertahun2 tunggu bahkan seolah macam kita pulak yang berhutang padahal duit kita hmm

Pendapat anda?