Dunia Ibarat Filem The Hunger Games

December 26, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Umum

Filem The Hunger Games adalah tentang filem permainan yang ditetapkan untuk peserta bertanding sesama sendiri. Bagi menentukan siapakah pemenangnya, iaitu peserta yang hidup antara semua peserta. Syaratnya adalah dengan membunuh peserta lain. Itu adalah permainan yang ditetapkan oleh manusia.

Namun dunia adalah permainan yang dianjurkan Allah. Dunia adalah permainan kehidupan. Mahu tidak mahu, kita tidak lebih daripada sekadar karakter dalam permainan yang biasa kita main di komputer.

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” (Surah Al Anam: 32)

Tiap daripada kita ada nama dan sikap masing-masing. Sama seperti dalam karakter dalam tiap permainan komputer. Pengawal utamanya adalah Allah.

Karakter dota

 

Andai dibandingkan permainan kehidupan yang ditetapkan Allah dan dalam filem The Hunger Games, permainan itu sangat menakutkan dan penuh debaran. Namun kita di dunia ini, tidak perlu sehingga membunuh semua orang untuk menjadi pemenang di akhirat. Malah tidak perlu sehingga membunuh sesiapa pun. Memadai menjadi orang yang beriman.

(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka.

Dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): “Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar”. (Surah Al Hadid: 12)

Bergantung Kepada Yang Satu

Saat ini, kita dikhabarkan dengan isu banjir di Pantai Timur – Terengganu, Kelantan, dan Pahang. Hatta dapat diketahui barangkali berkemungkinan ada negeri lain yang akan menghadapi banjir. Nauzubillahi min zalik.

Berita banjir turut menghiasi newsfeed di media sosial dan surat khabar. Pelbagai gambar dan pengumuman serta bantu dikemaskini untuk mengkhabarkan info terkini. Jalan darat ke sana juga sudah semakin kurang. Hanya laluan udara sahaja yang salah satu cara untuk ke sana bagi memberi bantuan.

Bergantung pada yang satu

Andai kita muhasabah, siapakah yang dapat tolong kita pada saat ini selain Allah. Selari dengan firman Allah,

Katakanlah, “Siapakah yang dapat melindungi kamu dari (ketentuan) Allah jka Dia menghendaki bencana atasmu, atau menghendaki rahmat untuk dirimu?”

Mereka itu tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong selain Allah. (Surah Al Ahzab: 17)

Tanpa pertolongan Allah, maka daripada siapa kita dapat memohon pertolongan? Saat banjir ini, banyak duit, kereta yang tenggelam dibawa arus air yang deras.

Dunia Hanya Pinjaman Allah

Sederhana. Itulah sebaik-baik perkara. Kita besederhana untuk ada rasa memiliki pada tiap apa yang kita ada. Sama ada manusia, harta atau apa sahaja. Apabila Allah nak tarik, Dia boleh tarik pada bila-bila masa.

Apabila kita pasakkan diri bahawa semua yang ada pada kita hanya pinjaman Allah, insya-Allah kita akan kekal bersangka baik kepada Allah saat Dia meminta semula pinjaman-Nya.

Banjir Kelantan 2014

Andai kita berada di dalam diri seorang mangsa, pasti kita tidak terfikir lagi tentang simpanan di bank, urusan bisnes yang mungkin sudah lebur kerana banjir. Yang teringat ketika itu sama ada masih hidup untuk masa akan datang atau tidak.

Kami, Tim Majalah Niaga mendoakan supaya Allah memberikan kita ilham supaya diberikan jalan keluar terbaik untuk isu banjir pada saat ini. Teruskan berdoa dengan meletakkan keyakinan ia bakal dimakbulkan, seperti yakinnya tempahan makanan kita akan sampai tanpa ada keraguan ia akan sampai atau tidak.


Tags: , ,

Komen (2)

  1. Jika tidak mampu menderma atau beri sumbangan wang dan harta, elok kita berdoa mohon perlindungan dari Allah. Masa sekarang bukan nak bergaduh pasal politik, salahkan itu ini.

    Waktu sekarang kita bersatu padu bantu rakan-rakan, keluarga dan rakyat Malaysia yang memerlukan.

    Semoga Allah lindungi mereka dalam rahmat-Nya.

  2. kita perlu harapkan pada Allah sahaja pada waktu senang atau susah, sebab dia je yang boleh bagi kita senang dan susah. Jangan lupa untuk sentiasa berdoa supaya kita tak lupa pada dia…

Pendapat anda?