The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Apa Pendapat Anda Mengenai e-Majalah Ini?

Majalah Niaga Edisi #16...

Nah, Temubual Eksklusif Bersama Seorang Penulis Novel Remaja Yang Menjana Pendapatan 6 Angka Setiap Tahun!

Kali ini, kami telah menyediakan temubual khas bersama seorang penulis novel remaja yang cukup gah di Malaysia. Nama beliau sudah tidak asing lagi dalam genre ini. Malah, apa yang menarik di sini adalah, jumlah pendapatan beliau berdasarkan royalti kini sudah mencecah 6 angka setiap tahun.

Seperti kata Puan Ainon, Pengerusi syarikat PTS Sdn Bhd, "Penulis perlu anggap diri mereka sebagai usahawan, supaya mereka dapat terus hidup dengan hasil-hasil penulisan." Kata-kata ini bertepatan kenapa pihak kami memilih penulis novel remaja ini untuk dikongsikan bersama anda.

Ain Maisarah Novelis Ngetop Saat Ini!

Individu yang kami maksudkan ini adalah Puan Ain Maisarah, beliau merupakan penulis 18 buah buku best seller bersama penerbit PTS Sdn Bhd. Sehingga hari ini, jualan buku beliau sudah mencecah RM5 juta nilainya.

Cara beliau menguruskan diri sebagai seorang penulis sepenuh masa, tidak kurang seperti seorang usahawan yang mempunyai bisnes sendiri. Bermula dari penetapan genre, strategi penjenamaan dan pemasaran, serta pelbagai aktiviti yang dilakukan, bagi memastikan jualan buku beliau terus mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan pembaca.

Puan Ain Maisarah akan membongkarkan langkah demi langkah, bagaimana beliau memulakan langkah pertama untuk menjadi penulis sepenuh masa, serta strategi penjenamaan dan pemasaran yang beliau gunakan, untuk menghasilkan jualan buku sebanyak RM5 juta, dan mengaut keuntungan menerusi royalti yang mencecah 6 angka setahun.

Apa Yang Ada Dalam Majalah Niaga Edisi Kali Ini?

Bukan sekadar temubual, Majalah Niaga Edisi #16 juga akan turut disertakan dengan 10 artikel keusahawanan yang berkualiti tinggi untuk bacaan anda. Artikel-artikel ini dihasilkan oleh mereka yang pakar di dalam bidang mereka. Antara artikelnya ialah:

  • Strategi Menjana RM10K Dengan Produk Informasi oleh Adly Mukhtar.
  • Bisnes & Nikmat Risiko oleh Azzah AR.
  • Tiga Peraturan Penting Sebelum Menjual oleh Aqif Azizan.
  • 9 Rahsia Bisnes IKEA Terbongkar oleh Mazlan Mohamad.
  • Pinjaman Baik VS Pinjaman Jahat oleh Dr. Shah Razali.
  • Strategi Bisnes Tony Fernandes Membangunkan AirAsia oleh Mazlan Mohamad.
  • 3 Mitos Perniagaan Internet oleh Hasbul Aqill.
  • 3 Elemen Kritikal Sebelum Menulis Copywriting Berkuasa oleh Haryzat.
  • Mindset Seorang Usahawan oleh Ammar Mahmood.
  • 3 Strategi Penjenamaan Di Ebay oleh Eruwan Gerry.

Itulah 10 artikel yang berkualiti daripada mereka yang pakar dihidangkan secara PERCUMA dan eksklusif kepada anda.

Bonus Komik Strip Keusahawanan!

Bukan sekadar e-Majalah Niaga, kami juga menyediakan enam komik strip yang berkisar mengenai dunia keusahawanan oleh Matbiz. Matbiz merupakan mascot syarikat Flarebiz Network yang sentiasa buat orang ramai geli hati melihat tindakan yang diambilnya.

Setiap komik strip mempunyai mesej keusahawanan yang tersendiri. Mungkin anda boleh menggunakan komik strip ini untuk mendidik kanak-kanak dan para remaja mengenai dunia keusahawanan. Jadi, tunggu apa lagi?

Namun, tiada jaminan bahawa e-majalah ini akan kekal PERCUMA buat selama-lamanya. Anda perlu bertindak secepat mungkin untuk mendapatkan e-majalah berharga ini. Jadi, klik butang "Ya! Saya Nak e-Majalah Ini" di bawah sekarang!