Efek Warna Dalam Pejabat

May 24, 2011 — Penulis:

Kategori: Laman Web

Pereka Vicki Wren dari Johnston Paint & Decorating berkata, “Pejabat kini lebih terbuka dalam pengguna warna dalam pejabat. Selain itu, persekitaran yang tertekan dan persaingan yang sengit memerlukan pejabat bercirikan suasana kediaman, nyaman dan lari dari ciri ofis yang konvensional.”

Ruang Kerja Facebook

Dalam buku Color In The Office. Pengarang Sara O. Marberry ada mengatakan, mengikuti falsafah Bauhaus, arkitek dan pereka International Style menggunakan warna untuk menyerlahkan bentuk bangunan berbanding sekadar dekorasi semata-mata.

Bermaksud, warna bukan sekadar untuk cantik tetapi boleh memberikan maksudnya yang tertentu.

Kebanyakkan orang, separuh harinya dihabiskan di pejabat. Jika suasana pejabat tidak begitu penting, kenapa syarikat-syarikat besar popular di dunia seperti Google, Facebook atau Apple menghabiskan berjuta ringgit untuk memastikan pekerja mereka seronok bekerja dan meluahkan kreativiti tanpa batasan ?

Pilihan Warna Popular Dalam Pejabat

Kata penulis buku Aura Personaliti Warna, Mir Hazil Azran Ramli , “Warna mempunyai aura dan boleh mempengaruhi psikologi emosi manusia.” Jika ingin meningkatkan produktiviti dan berasa seronok untuk bekerja, salah satu caranyaadalah penggunaan warna dalam pejabat.

Berikut adalah beberapa contoh warna pilihan yang popular yang boleh diaplikasikan dalam ofis anda.

Kuning

Contoh Aksesori Pejabat

Warna kuning adalah warna yang bercirikan kehangatan, keceriaan, keseronokan dan kegembiraan. Warna kuning ini sesuai diwarnakan di ruang menunggu atau lobi pejabat kerana warna ini mewujudkan aura kemesraan dan ‘welcoming’. Juga boleh digunakan sebagai warna backdrop kaunter.

Jingga

contoh ruang kerja berkonsepkan warna oren

Warna jingga adalah warna yang aktif, bertenaga dan boleh meningkatkan produktiviti dan mewujudkan komunikasi. Bilik seminar, bilik brainstorming dan tempat kerja pekerja sesuai menggunakan warna ini. Hanya sentuhan sebagai feacture wall sudah mencukupi.

Hijau

Contoh Ruang Kerja Berkonsepkan Warna Hijau

Jika inginkan suasana segar di pejabat , warnakan dengan warna hijau. Warna hijau merupakan warna semulajadi yang memberikan kesegaran, keamanan, keharmonian dan mengurangkan sakit kepala akibat kerja. Warna ini boleh digunakan dalam bilik mesyuarat, tempat bekerja dan ruang makan pejabat.

Merah

Apakah persamaan logo dan dekorasi restoran KFC, McDonalds, Burger King dan Pizza Hut ? Merah! Warna merah adalah warna yang menarik perhatian, agresif,romantik dan bahaya.

Contoh Ruang Kerja Berkongsepkan Warna Merah

Kajian menunjukkan warna merah boleh meningkatkan tekanan darah dan mempercepatkan denyutan jantung.

Ini juga telah terbukti meningkatkan nafsu makan dan membuatkan kita berasa lapar . Ruang makan pekerja atau pantry adalah lokasi sesuai untuk warna ini. Gunakan warna ini jika anda membuka perniagaan food & beverages.

Hitam

Jarang sekali, syarikat menggunakan warna hitam dalam pejabat mereka, mungkin disebabkan efeknya yang memberikan ruang nampak kelam. Tetapi, warna hitam menurut Feng Shui, merupakan simbol kewangan, pendapatan dan memancarkan kekuasaan.

Contoh Ruang Kerja Berkonsepkan Warna Hitam

Warna hitam memberikan kesan eksklusif, sofistikated dan misteri. Sumber percahayaan yang banyak perlu ada, jika memilih warna ini.

Selain itu, dinding bewarna hitam boleh digunakan sebagai tempat untuk meluahkan kreativiti dengan melakar idea mengunakan kapur tulis.

Biru

Ruang Kerja Berkonsepkan Warna Biru

Warna biru mempunyai kuasa kesembuhan, memberikan ketenangan dan boleh mengurangkan tekanan emosi. Tempat pilihan warna biru, ialah bilik air dan ruang istirehat pekerja. Mengikut kajian pakar psikologi warna, warna biru juga boleh merangsang mimpi dan menurunkan tekanan darah. Sebab itu, warna biru menjadi pilihan popular di bilik tidur kediaman.

Warna Perabot Memeriahkan Pejabat

Gunakan warna dan corak yang terdapat pada perabot sebagai ganti, jika tidak gemar dinding pejabat diwarnakan. Contoh, sofa tiga tempat duduk bewarna jingga limau di lobi pejabat atau kerusi kerja bewarna merah cili.

Warna Aksesori Penyeri Pejabat

Contoh Ofis berkonsepkan Warna Kuning

Gambar lukisan moden dan abstrak, tumbuh-tumbuhan seperti bunga Orkid atau tumbuhan hijau Areca Palm berlatarkan dinding putih, dapat menaikkan seri pejabat dan menonjolkan karekter sesuatu ruang tersebut.

3 Tip Idea Mula Mewarnai Pejabat

ruang kerja Google

  1. Gunakan warna korporat syarikat – Contoh, lihat penggunaan warna syarikat Google dalam pejabat mereka.
  2. Apakah identiti syarikat kita – Contoh, jika syarikat anda menjual produk eco nature. Gunakan warna yang serasi dengannya. Seperti warna- warna bumi atau warna natural.
  3. Feature wall Contoh, pilih satu dinding untuk diwarnakan sebagai feature wall (dinding tumpu). Bagi menonjolkan dinding ruang tersebut.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (Ani Chopracwiedel)


Tags: , , , ,
seo

Laporan Percuma Dominasi Google Dengan Kuasa SEO

Muat turun segera secara percuma 7 rahsia dominasi Google dengan kuasa SEO.

Muat Turun Sekarang

Komen (21)

  1. Salam sejahtera.

    Terima kasih kerana berkongsi pengetahuan yang menarik tentang warna ini.

    Izinkan saya bertanya, adakah warna juga turut memberi kesan kepada blog kita dan apakah warna yang sangat disarankan untuknya?

    Terima kasih kerana perkongsian. :-)

    1. Sama-sama tuan Hadi,

      Warna juga memberi kesan pada blog tetapi elakkan mengunakan warna-warna terang, kerana menyilaukan mata apabila melihat atau membaca. Sebab itu ramai blogger memilih warna putih atau warna lembut seperti baby blue.

      semoga membantu

    1. Sama-sama tuan Nazri. Warna memang mempunyai auranya. Saya pun tertanya-tanya, kenapa Donald Trump suka memakai tali leher bewarna pink dan merah :)

    1. Betul tu,

      kerana mudah dari segi pembersihan, kos pembinaan dan dekorasi yang rendah, kurang kemalangan dan tidak terganggu dengan kesesakan dan serabut mata ketika bekerja.

      Cukuplah hanya kerja kita yang berserabut :)

  2. Salam…best sgt blog ni..kalau sofa warna merun manakala karpet berwarna biru apakah warna sesuai untuk dinding?

  3. Sebagai pelajar universiti yang banyak kajian dilakukan, sebagai blogger sepenuh masa, sebagai penulis saya memerlukan bilik yang ceria.

    Sekarang saya sudah nampak warna apakah yang sesuai untuk bilik saya.

    Terima kasih Tuan Hazlam atas perkongsian yang sangat bermanfaat.

    Teruskan penulisan Tuan yang sesuai dengan kepakaran Tuan. Saya sokong.

  4. nurul ieya
    March 19, 2013

    sya mempunyai ofis yg bersaiz sderhana.wrna apa agaknya yg sesuai utk membuatkn ofis sya nmpak lbih luas dan menenagkan.sya brcdng utk mggunakan 2pilihan warna.mungkin en.hazlam boleh berikan pandangan.

    1. Dalam psikologi warna. Biru merupakan warna yang menenangkan. Warna biru laut atau pastel blue. Biru ini pula secocok dengan warna coklat (nampak elegan) atau dengan warna hijau epal (nampak segar!)

  5. dianty binti hussain
    May 8, 2013

    sy sedang mencari rekaan bagi kaunter pendaftaran untuk asrama di pusat laithan bomba?ada cadangan?

  6. salam, saya nk tanya pendapat, saya ad ruang ofis yang kecil, bagaimana atau boleh share tips bagaimana saya nk warnakan ofis saya agar nampak exclusive / besar / tenang :)

Pendapat anda?