Ekuiti atau Pinjaman?

November 18, 2013 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Kewangan / Pengurusan Kewangan / Pinjaman

Perniagaan merupakan suatu aktiviti muamalah yang melibatkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan oleh peniaga atau entiti perniagaan. Dalam erti kata lain, ia merupakan suatu aktiviti yang melibatkan pertukaran produk atau perkhidmatan yang melibatkan medium perantaraan seperti mata wang yang dipersetujui atau nilai barangan yang disepakati di antara kedua-dua pihak.

Memulakan sesuatu perniagaan memerlukan seseorang individu untuk membuat kajian pasaran, potensi produk atau perkhidmatan, jalinan pembekal dan nilai modal yang diperlukan. Setelah produk atau perkhidmatan dikenal pasti, ahli perniagaan tersebut akan menggunakan sumber kewangan yang beliau miliki bagi membeli peralatan perniagaan dan produk-produk perniagaan yang berkaitan.

Bagi seorang pengilang, beliau akan membeli bahan mentah, seterusnya diproses untuk dijadikan bahan siap dan ianya boleh dijual di dalam pasaran. Bagi seorang ‘trader’, beliau memerlukan sumber kewangan bagi mendapatkan produk-produk tersebut untuk dibekalkan di dalam pasaran yang telah dikenal pasti.

Berdasarkan senario di atas, sumber kewangan merupakan suatu aspek yang amat penting bagi seseorang ahli perniagaan. Medium perantaraan popular yang digunakan dalam aktiviti perniagaan pada masa sekarang ialah mata wang, sama ada Ringgit Malaysia (RM), US Dollar (USD), Euro atau Singapore Dollar (SGD).

LoanMoney

Ekuiti ditakrifkan sebagai modal dalaman atau ‘internal’ yang mengandungi elemen utama seperti saham yang dilaburkan di dalam perniagaan (‘Share Capital’) dan keuntungan perniagaan yang terkumpul (‘Retained Earnings’). Di dalam membuat pertimbangan sama ada menggunakan dana persendirian atau pinjaman perniagaan, beberapa aspek dan kepentingan mesti diambil kira:

1. Kajian Keuntungan Perniagaan vs Kos Sumber Kewangan

Di dalam membuat pengiraan keuntungan perniagaan, semua kos yang terlibat perlu diambil kira secara terperinci. Terdapat beberapa kos yang selalunya ahli perniagaan akan ‘terlepas pandang’ seperti kos petrol, perjalanan, pengiklanan, promosi dan imbuhan gaji ahli perniagaan itu sendiri. Pengiraan kos yang terperinci amat penting bagi menjamin ianya cukup bagi menampung kos kewangan yang digunakan bagi perniagaan terbabit.

2. Aliran Tunai Perniagaan

Seringkali kita mendengar rungutan dari ahli perniagaan bahawa mereka menerima tender atau pesanan kerja yang besar, tetapi mereka tidak mempunyai kemampuan kewangan bagi menjalankan projek terbabit.

Isu besar yang menjadi persoalan di sini ialah kemampuan di dalam menyediakan modal tunai perniagaan bagi menampung projek tersebut. Ahli perniagaan mestilah membuat perancangan yang rapi di dalam mengenal pasti kos-kos perniagaan berkaitan di dalam sesuatu masa bagi menjamin perjalanan perniagaan sentiasa berjalan dengan lancar.

Perancangan yang rapuh menyebabkan kekuatan tunai sesuatu perniagaan tersebut menjadi lemah dan seterusnya memberi kesan terhadap faktor keuntungan sesuatu perniagaan tersebut.

Ekuiti dan pinjaman merupakan faktor yang amat penting di dalam sesuatu perniagaan. Ianya mestilah disertai dengan perancangan strategik yang komprehensif bagi mengelak sebarang tekanan modal kepada perniagaan tersebut. Faktor aliran tunai dan kos kewangan mestilah diambil kira bagi menjamin kelangsungan perniagaan di dalam jangkamasa panjang.

Kredit foto: Caston CorporateLoanMoney


Tags: , , , , , , , , ,

Komen (3)

  1. Setuju dengan Tuan Rizal. Banyak usahawan terlepas pandang kos-kos sampingan termasuk sy. Selepas baca artikel tuan sy nampaknya kena rekod semua perbelanjaan dengan detail. Baru tahu untung rugi bisnes yang dijalankan.

Pendapat anda?