Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes menyatakan, pihak Air Asia tidak berminat untuk mencari musuh dalam industri yang sama. Malah beliau melihat ini adalah satu hubungan kerjasama untuk meningkatkan kualiti industri penerbangan berkos rendah.
Malindo Airways yang dikatakan akan bersedia untuk beroperasi pada Mei 2013, kini merancang penerbangan dalam beberapa negara antaranya:
- Malaysia.
- Thailand.
- China
- India.
- Jepun dan Australia.
Walaupun Tan Sri Tony Fernandes akur bahawa Malindo Airways akan menjadi pesaing, namun beliau yakin Air Asia akan mempunyai strategi untuk terus berganjak ke hadapan.

Yeah! Bersaing secara sehat. Pelanggan juga yang akan dapat benefitnyer nanti