Episod 3: Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan

December 21, 2011 — Penulis:

Kategori: Kepimpinan

Apabila berbicara mengenai minda jutawan, kita tidak boleh lari daripada konsep minda separa sedar yang semakin mendapat tempat pada masa kini.

minda jutawan

Secara teorinya, ramai daripada kita juga telah mengetahui atau paling tidak pun, sedikit sebanyak telah terdedah kepada teori-teori yang membahaskan keupayaan dan penggunaan minda separa sedar sebagai anugerah Allah yang hebat buat manusia huge water slides for sale.

Namun, dalam siri artikel Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan yang telah bersiaran sebanyak dua episod sebelum ini. Kita akan menumpukan kepada praktikal minda separa sedar yang berkaitan dengan Trump dan keusahawanan, selari dengan konsep Majalah Niaga yang berteraskan keusahawanan dan perniagaan.

Senjata Mukmin – Doa

Pratikal minda separa sedar yang utama untuk membentuk minda jutawan ialah DOA. Ya. Ianya doa yang amat dianjurkan dalam Islam dan menjadi senjata orang mukmin untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat dalam pelbagai bidang.

Termasuk menjadi seorang Jutawan Al Falah™.

Bagi masyarakat Barat yang tidak bertunjangkan keimanan kepada Allah. Mereka menganggap minda separa sedar sebagai kuasa utama kepada kejayaan menjadi seorang jutawan.

senjata doa

Sebenarnya tidak.

Minda separa sedar hanyalah wadah yang diberikan kepada manusia untuk menjayakan impian bergelar seorang jutawan.

Namun begitu, praktikal minda separa sedar yang harus kita lakukan sebagai seorang usahawan Muslim jauh lebih indah, berbanding dengan mereka yang tidak beriman kepada Allah.

Donald Trump juga tidak terkecuali di dalam perkara ini.

Sebagai seorang usahawan Muslim yang ingin menjadi insan bergelar Jutawan Al Falah™, praktikal minda separa sedar yang kita lakukan adalah satu bentuk perhubungan dengan Allah yang Maha Berkuasa.

Semakin rapat kita berhubung dengan Tuhan, semakin hampir kita mengenggam kejayaan menjadi seorang usahawan yang memiliki minda jutawan.

Ini akan dapat dicapai dengan pratikal minda separa sedar yang dipanggil – DOA.

Bukan Sekadar Menadah Tangan Ke Langit

DOA bukan sahaja dalam bentuk lafaz serta perbuatan menadah tangan ke langit dan yang seumpama dengannya, tetapi DOA juga adalah segala gerak geri kita.

Baik secara langsung dan tidak langsung.

senjata kejayaan adalah doa

Gerak geri yang positif akan memberikan hasil yang positif kerana ia merupakan sebahagian dari bentuk doa kita yang baik-baik.

Sebaliknya, gerak geri yang negatif akan memberikan hasil yang negatif. Kerana ia telah menjadi sebahagian dari bentuk doa kita sungguh pun kita tidak sedar telah berdoa sesuatu yang buruk buat diri sendiri.

Di Barat, falsafah Law of Attraction atau lebih dikenali sebagai LOA menjadi pegangan utama kepada mereka. Perkara ini juga tidak terkecuali kepada Trump.

Beliau banyak mengamalkan LOA melalui gaya pemikiran positif beliau yang lebih dikenali ramai sebagai “Trump : Think Big“. Perkara ini telah dihuraikan dengan lebih lanjut dalam artikel Episod 2: Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan.

Membentuk Minda Jutawan Gaya Trump

Membentuk minda jutawan seperti Trump adalah satu perkara mudah jika kita berjaya mengaplikasikan LOA, dalam kehidupan seharian sebagai seorang usahawan dan pada masa yang sama, kita memahami bahawa LOA itu hanyalah sebahagian kecil daripada konsep DOA yang terlebih dahulu telah wujud di dalam Islam.

donald trump - minda trump

Jika Trump berpesan kepada para peminatnya agar menjauhkan diri dari orang-orang yang berfikiran negatif kerana berasaskan konsep LOA.

Kita sebagai usahawan Muslim pula, sebaliknya boleh memakmurkan kekayaan dan membentuk minda jutawan dengan mendoakan orang-orang yang berfikiran negatif agar berubah menjadi seseorang yang berfikiran positif.

Apabila lebih banyak orang disekeliling kita berfikiran positif hasil doa kita tadi. Kita bukan sahaja akan dapat membentuk minda jutawan yang kuat dalam diri kita.

Malahan, kita akan turut mendapat kebaikan-kebaikan sebagai seorang usahawan seperti mudah meraih rezeki, dan memperolehi pendapatan yang lebih besar seperti mana dijelaskan di dalam topik,

Hukum Pendapatan: Luaskan Jangkauan Anda

Dari buku Minda Jutawan Gaya Trump terbitan PTS.

Minda Jutawan Gaya Trump – Bukan Sekadar Jutawan

Kesimpulannya, sebagai seorang usahawan, keupayaan membentuk minda separa sedar menjadi minda jutawan adalah satu langkah terpenting untuk memastikan kelestarian kita di dalam bidang keusahawanan.

Tidak semua insan yang menjadi usahawan berjaya mencapai kebebasan kewangan. Malahan, ramai yang terperangkap dalam kemelut kewangan setelah menjadi usahawan.

bukan sekadar jutawan

Trump bukan sahaja berjaya menjadi seorang usahawan tetapi turut bergelar seorang jutawan dengan bidang keusahawanan yang beliau pilih ini.

Oleh itu, kita akan terus meneroka Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan dalam episod 4 bulan Januari 2012 nanti.

Untuk memudahkan kefahaman pembaca tentang asas minda jutawan Donald Trump dari perspektif am (bukan keusahawanan semata-mata), anda boleh membeli dan memiliki buku Minda Jutawan Gaya Trump yang kini telah berada di pasaran.

Kredit imej yang diambil dari Flickr (domclarkkhalilshahyuliang11aaron-sneddon)


Tags: , , , , , , , , , ,

Komen (7)

  1. Terima kasih atas maklumat yang diberikan.Bagi saya minda separa sedar ini adalah ihlam daripada Allah s.w.t yang mana lebih baik drp Minda Sedar kita walau pun kadang2 berbeza dgn Minda sedar kita.Dgn berdoa dan meminta pertunjuk kita dapat pastikan ia daripadaNya bukan drp syaitan yang juga mendampingi kita setiap masa.Apa2 pun berdoalah dan berdoa.Insyallah Dia akan sentiasa membantu. Amin.

  2. Sy sgt bterima kasih kat Majalah Niaga sbb sentiasa mmberi informasi bisnes yang fresh..
    Sblm ni sy just baca je wlpn masih berkerja makan gaji sebagai seorang professional..
    MN juga mmberi inspirasi kepada sy mmbuka perniagaan serta mmberi maklumat berguna di saat jatuh bangun perniagaan sy..
    sgt suka artikel ni.. coz MN mengaitkan subcon mind dgn doa. mnunjukkan dgn jelas sekali kelebihan umat Islam dan betapa dekatnya Allah membantu kita..
    TQVM team MN

  3. Berminda Makan Gaji adalah konsep yang paling banyak diterapkan oleh ibubapa kepada anak-anak mereka. Konsep ini perlu diubah kepada Berminda Jutawan dengan bekerja sendiri. Kerana kebanyakkan jutawan adalah hasil bekerja sendiri.

  4. Terima kasih Tuan Ahmad Tarmizi, Cik Laila dan Tuan Ahmadyani kerana sudi membaca artikel ini dan berkongsi pandangan terhadap minda separa sedar secara Islami..Moga-moga dengan artikel ini dapat mengurangkan ketaksuban usahawan Muslim terhadap LOA/

  5. TERIMA KASIH atas perkongsian yang menarik dari SINAR NIAGA…. sememangnya minda bawah sedar secara kita sedari ataupun tidak memang sedia ada dalam diri kita. banyak perkara dan kejayaan yang telah kita kecapi sebenarnya telah kita capai dengan MINDA BAWAH SEDAR yang kita praktikkan dalam seharian kita walaupun kita sendiri kadang – tidak menyedarinya… Jika direnung semula ketika masih kecil or bersekolah dulu banyak sebenarnya kejayaan yang saya sendiri kecapi adalah bertitik tolak dari MINDA BAWAH SEDAR @ DOA ini sendiri… Moga dengan kesedaran akan hakikat wujudnya MINDA BAWAH SEDAR ini memberikan kita lebih inspirasi dan motivasi untuk berjaya dalam hidup… wallahu’alam

  6. Terima kasih Tuan Masri dan Tuan Azam yang memperlengkapkan lagi hujahan saya dalam artikel di atas berkaitan DOA sebagai aplikasi minda separa sedar yang sebenarnya telah wujud dengan amalan-amalan harian seeorang Muslim.

Pendapat anda?