-
Pengiklanan Premium
Episod 4: Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan
Ditulis oleh Nazri Kadir pada 03 Jan 2012 dalam Inspirasi Usahawan
Kembali bersiaran kita di dalam siri artikel Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan dengan episod ke 4.

Episod ini adalah episod kedua terakhir sebelum episod penamat siri ini, yang akan membawakan anda ulasan khas tentang pemikiran Trump sebagai jutawan melalui sebuah buku istimewa tentangnya dalam Bahasa Melayu bertajuk…
Minda Jutawan Gaya Trump
Jika sebelum ini kita telah memulakan pembentukan minda jutawan sebagai seorang usahawan dengan mengamalkan DOA sebagai kunci terpenting.
Kini, artikel yang sedang anda tatapi akan mengaplikasikan langkah-langkah seterusnya membentuk minda jutawan dengan menghalusi perkongsian Trump dalam seminarnya bertajuk: The Trump Way to Building Wealth.

Seminar The Trump Way to Building Wealth adalah salah sebuah seminar yang dianjurkan oleh Trump University suatu ketika dahulu, yang memberikan panduan untuk membina kekayaan dengan pelbagai cara yang pernah dilakukan oleh Trump.
The Trump Way to Building Wealth meletakkan tiga perkara berikut sebagai intipati untuk seseorang itu mempunyai minda jutawan atau tidak.
Tiga perkara ini, sesuai untuk direnungkan oleh kita bersama sebagai seorang usahawan yang sedang membangunkan minda jutawan.
3 Sifat Minda Jutawan Donald Trump
#1 – Impian
Setiap usahawan harus mempunyai impian di dalam minda separa sedarnya.
Kerana impian ini akan memandu minda separa sedar secara tidak langsung dalam bertindak dan berfikir.
Usahawan yang tidak memasang impian yang kukuh dan luas akan menyebabkan mindanya tidak bertindak, dalam keadaan yang optimum untuk membolehkan beliau menjadi seorang jutawan.
#2 – Keghairahan dan Semangat
Minda separa sedar seseorang usahawan juga boleh dibentuk melalui keghairahan dan semangat yang tinggi.
Contohnya, apabila seseorang usahawan itu telah memasang impian untuk mencapai taraf seorang jutawan pada tahun kelima penglibatannya sebagai usahawan.

Maka, pasti dia akan bekerja keras untuk memastikan impian itu tercapai.
Bekerja keras itu sudah semestinya dilakukan dengan semangat dan keghairahan yang tinggi serta dalam keadaan yang positif.
Ini semua akan memberikan ransangan positif kepada minda separa sedar.
Secara tidak langsung, minda separa sedar usahawan itu akan berorientasikan kekayaan dan akhirnya berjaya menjadi minda jutawan.
Jika sebaliknya, iaitu impian yang dicipta tidak disertai dengan keghairahan dan semangat yang tinggi. Minda separa sedar seseorang usahawan itu akan menjerumuskannya ke arah kehancuran.
#3 – Mendapatkan Ilmu yang Khusus
Seterusnya, The Trump Way to Building Wealth menggariskan keperluan seseorang itu mendapatkan ilmu-ilmu yang khusus dengan impian yang diciptakannya.
Keperluan yang digariskan ini sudah pasti akan membantu minda separa sedar seseorang usahawan menjadi minda jutawan dengan lebih cepat.

Contohnya, dengan memasang impian bergelar jutawan pada tahun kelima menjadi seorang usahawan. Maka, seseorang usahawan itu bukan sahaja perlu tahu mengenai produk atau servis yang ditawarkannya.
Tetapi perlu melengkapkan dirinya dengan ilmu-ilmu seperti minda separa sedar, perancangan kewangan peribadi dan perhubungan awam.
Keperluan melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu khusus di atas, akan membolehkan minda separa sedar usahawan tersebut berubah menjadi minda jutawan dengan lebih baik dan mantap.
Secara keseluruhannya. kita dapat merumuskan menjadi seorang usahawan tidak bermakna kebebasan kewangan akan dikecapi, jika tidak disertai dengan peranan minda separa sedar yang bergerak atas landasan yang tepat.

Walaupun tafsiran jutawan dan kebebasan kewangan bagi seorang usahawan adalah subjektif tetapi secara amnya, dapat disimpulkan setiap usahawan sebenarnya sedang bermain dengan risiko antara kekayaan dan kemiskinan.
Pun begitu, setiap usahawan masih dapat meminimumkan kerugian yang boleh membawa kepada kemiskinan dengan memprogramkan minda separa sedarnya menjadi minda jutawan seperti yang dimiliki oleh Donald J. Trump.
Krisis kebankrapan yang dihadapi beliau sedikit masa lalu tidak sedikit pun mengubah beliau menjadi seseorang yang lebih teruk, kerana minda jutawan yang telah dimilikinya dapat membantu beliau keluar dari kemelut kewangan yang amat besar itu.
Sampai kita berjumpa lagi dalam Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan: Episod 5 dalam keluaran berikut. Salam Inspirasi.
(Kredit gambar yang diambil dari Flickr (aaron-sneddon, wunderskatz, Conny Lundgren)
Tags: bergelar seorang jutawan, buku minda jutawan gaya trump, keusahawanan dan perniagaan, melatih minda separa sedar, membentuk minda jutawan, minda jutawan, minda jutawan gaya trump, nazri kadir, nazri trump kadir, penggunaan minda separa sedar, praktikal minda separa sedar
Adakah artikel ini sangat berguna dan bermanafaat buat anda? Jika ya, isi nama panggilan dan email utama anda di bawah untuk menerima artikel terbaru terus ke email anda. Seramai 1468 orang yang telah mendaftar! Anda bila lagi?




yeh! Entri yang bermaklumat. Camna nak mula jadi jutawan nih.hehe3. Apepun optimis itu penting.
.. saya jumpa satu cara yg dpt bantu anda jadi jutawan. berminat sila pm saya di xuwryn@gmail.com. saya juga sedang melakukannya..
Terima kasih Tuan Amirnawawi….Boleh mulakan dengan DOA..seperti dalam arttikel sebelum ini.
Setiap satu sifat mesti berkait dengan sifat yang lain. Ia tidak boleh berdiri sendirian.
Benar sekali Tuan Ahmadyani….:-)