Episod 5: Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan

January 25, 2012 — Penulis:

Kategori: Kepimpinan

Rasanya, masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru dan selamat melangkah ke tahun 2012 dengan inspirasi keusahawanan yang menyala-nyala bersama Majalah Niaga yang amat kita sayangi.

Sebelum melangkah seterusnya dalam meneroka Minda Jutawan Donald Trump. Sedikit makluman, siri Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan akan dilanjutkan ke beberapa episod lagi atas permintaan para pembaca Majalah Niaga dan juga pembeli buku Minda Jutawan Gaya Trump.

donald trump

Oleh itu, dengan sendirinya,makluman artikel lepas bahawa artikel seterusnya (iaitu Episod  5) sebagai yang artikel yang terakhir siri ini terbatal.

Kita juga telah didedahkan dalam artikel-artikel sebelum ini bagaimana Trump sendiri pernah mengalami kegagalan kewangan yang amat besar dalam hidupnya. Beliau berhutang berbillion dolar dan perbuatan ini hampir-hampir memusnahkan keseluruhannya.

Pengajaran yang terbesar yang kita boleh jadikan iktibar dari aspek minda jutawan tentang perkara ini ialah…

Bukan Senang Untuk Menguruskan Wang.

Kegagalan menguruskan wang dengan baik akan menyebabkan kita kembali menjadi susah atau terus kekal dengan keadaan yang sedia ada. Minda Jutawan yang telah berjaya dibentuk sebelum ini pun akan turut bertukar menjadi Minda Kemiskinan akibat kegagalan kita menguruskan wang dengan baik.

money

Inilah yang berlaku kepada Trump pada awal pembabitan karier beliau sebagai seorang usahawan. Ketika itu, beliau mudah mendapatkan wang melalui pinjaman-pinjaman bank kerana reputasi dan kebolehan beliau membangunkan perniagaan hartanah bernilai puluhan juta dolar dengan penuh kecemerlangan.

Wang yang banyak di tangan beliau menyebabkan beliau terlalu rakus memperbesarkan perniagaan, dengan pembukaan lebih banyak hartanah berkelas mewah yang melibatkan kos terlalu mahal dan berisiko tinggi.

Pendek kata, Trump telah melakukan satu perkara yang tidak betul iaitu terlalu boros berbelanja. Sepatutnya, wang yang beliau perolehi daripada pinjaman bank itu diuruskan dengan lebih berhemah dan bijak menguruskan risiko.

Apabila berlaku krisis kewangan dunia tidak lama kemudian, kenaikan kos menjadi begitu cepat sedangkan beliau masih belum memperolehi pendapatan yang sepatutnya, daripada projek-projek hartanah yang masih dalam pembinaan atau pengubahsuaian dengan wang pinjaman tersebut.

Ini seterusnya membawa kesan buruk kepada beliau apabila bayaran pinjaman mula tertunggak dan akhirnya semakin besar jumlahnya secara drastik.

Walaupun ketika itu Trump memiliki minda separa sedar yang telah diprogramkan menjadi Minda Jutawan tetapi kegagalan menguruskan emosi dan wang dengan baik telah menjadikan beliau terperangkap dalam jurang ‘kemiskinan’.

Orang Miskin Adalah Orang yang Gagal Menguruskan Wang

Ini dapat disimpulkan dengan mudah melalui kata-kata jurulatih jutawan terkemuka dunia, T Harv Eker. Kata beliau:

“Orang miskin gagal menguruskan wang dengan baik dan orang kaya pula akan mencipta wang dengan wang yang dimilikinya”

Berdasarkan kes Trump kali ini, kita dapat membuat dua pengajaran penting dalam memahami bagaimana minda separa sedar boleh dipengaruhi dengan tindakan kita seharian dalam pengurusan wang sebagai seorang usahawan. Antaranya,

#1 -Hubungan Minda Separa Sedar dan Wang

Apabila membicarakan perhubungan antara minda separa sedar dan wang. Kita jarang sekali didedahkan kewujudan satu bentuk hubungan yang kuat antara kedua-duanya.

Ini menyebabkan seseorang usahawan itu akan sentiasa bekerja keras untuk mendapatkan wang dan apabila wang telah diperolehi. Dia akan bertindak sebaliknya pula, iaitu akan melakukan perkara-perkara yang menyebabkan wang itu tidak lama berada di dalam genggamannya.

Perkara inilah yang terjadi kepada Trump. Sungguhpun, beliau memiliki Minda Jutawan yang kuat sehingga berjaya menarik banyak wang tetapi kekurangan pengetahuan dalam perancangan dan pengurusan kewangan menyebabkan beliau hampir-hampir terjerumus ke dalam lembah kemiskinan.

#2 – Tarik Wang, Bukan Kejar

“Wang bukanlah seperti keadaan biasa yang dilakukan oleh banyak orang iaitu mengejarnya tetapi sebaliknya, wang hendaklah ditarik”

Kata-kata di atas diucapkan oleh Jim Rohn, seorang pakar pembangunan kewangan dan perniagaan di Amerika Syarikat.

Perbuatan mengejar wang, sering kali menyebabkan seseorang usahawan itu tersasar daripada pelan perniagaan yang dirancangnya. Emosi seseorang usahawan akan mengatasi logik apabila mengejar wang dijadikan tapak asas menjadi seorang jutawan.

Trump jelas dikuasai oleh emosi mengatasi logik apabila beliau memutuskan untuk mendapatkan pinjaman perniagaan berbilion dolar. Termasuk USD950 juta adalah atas jaminan peribadi.

Logiknya, Trump tidak harus mengambil pinjaman tersebut dan tidak menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian Trump Taj Mahal yang memerlukan kos yang tinggi. Ini kerana beliau masih baru ketika itu dalam pembinaan dan pengurusan resort hiburan.

Namun, beliau tetap melakukannya juga kerana Minda Jutawan beliau telah dioperasikan oleh beliau untuk mengejar wang bagi membolehkan beliau terus kaya. Bukannya menjemput wang, iaitu kaedah yang selamat walaupun hasilnya mungkin lambat atau agak sederhana.

Selarikan Kuasa Emosi dan Wang

Ternyata, salah satu faktor yang membawa kepada kegagalan menguruskan wang dengan baik berpunca dari ketidakseimbangan pengurusan emosi seseorang jutawan. Trump yang sudah memiliki Minda Jutawan juga gagal menguruskan emosinya dengan baik dalam keadaan tertentu.

donald1

Memandangkan aspek pengurusan emosi jutawan jarang sekali dibahaskan di mana-mana platfom.  Buku Minda Jutawan Gaya Trump telah memperuntukkan satu bab khusus tentangnya di bawah tajuk Pengurusan Emosi Jutawan Gaya Trump.

Namun, istimewa buat pembaca Majalah Niaga. Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan Episod 6 akan memfokuskan kepada perkara ini. Salam Inspirasi. daripada saya Nazri Kadir.

Nota Eksklusif:Untuk memudahkan kefahaman pembaca tentang asas minda jutawan Donald Trump dari perspektif am (bukan keusahawanan semata-mata), anda boleh membeli dan memiliki buku Minda Jutawan Gaya Trump yang kini telah berada di pasaran.

Minda Jutawan Gaya Trump - Nazri Kadir

Atau membuat pembelian terus beserta autograf daripada penulisnya menerusi,

  1. SMS: NAMA & MINDA JUTAWAN GAYA TRUMP
  2. Hantar ke 017 925 8922.

Kredit: (jainaj, Political Ticker, PTS)


Tags: , , , , , , , , , ,

Pendapat anda?