Episod 6: Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan

January 30, 2012 — Penulis:

Kategori: Kepimpinan

SEPIA Institute meletakkan tiga teras kepintaran yang akan membolehkan seseorang itu mencapai kejayaan yang sebenar dalam apa jua bidang sekali pun.

minda jutawan

Tiga teras kepintaran itu ialah…

EI (Emotional Intelligence), AQ (Adversity Intelligence) dan akhir sekali SI (Spritual Intelligence).

Apabila seseorang itu memiliki tiga kepintaran di atas, kejayaan yang diperolehinya akan membawanya kepada kebahagiaan dan kekayaan yang berpanjangan.

Perkara ini turut melibatkan sesiapa yang ingin menjadi seorang jutawan.

Kita pasti yakin bahawa kebanyakan orang yang memilih menjadi seorang usahawan, didorong oleh faktor untuk memiliki kebebasan dalam segala perkara.

Termasuk memiliki kebebasan kewangan dan matlamat yang lebih dari itu, sudah pasti kerana ingin menjadi seorang  jutawan.

Gambaran SEPIA Institute Mengenai Jutawan

SEPIA Institute memberikan gambaran berikut tentang jutawan:

“Menjadi seorang jutawan hanyalah salah satu lagi kayu ukur dalam kejayaan sesuatu bidang.

Terdapat banyak kayu ukur kejayaan dalam bidang-bidang yang lain juga seperti bidang ketenteraan, bidang politik, perkhidmatan awam, sains dan sebagainya.

Uniknya, sebahagian besar sesiapa yang mencapai kayu ukur tertinggi dalam bidang kewangan (jutawan), akan turut menikmati kejayaan dalam perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kehidupan.

Kebanyakan daripada mereka akan hidup dalam kebahagiaan bersama pasangan yang sama berdekad-dekad lamanya, terlibat secara aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan menderma, memiliki anak-anak yang berjaya dan sebagainya”

Secara tersiratnya, kita dapat melihat bagaimana emosi dan gerak kerja menjadi jutawan perlu selari, dan berada dalam pengurusan terbaik sepanjang masa.

Minda separa sedar yang kita jadikan sebagai platfom utama untuk menjadi jutawan pula akan bekerja mengikut getaran emosi diri.

Hidup Hancur Bermula Dengan Sifat Rakus

Apabila seseorang usahawan sentiasa membiarkan emosinya berada dalam situasi yang tidak tersusun, tidak terancang, ghairah terhadap wang yang tinggi serta tidak mempunyai sifat sabar dalam memburu kekayaan dan kejayaan. Maka, kehancuranlah yang akan menunggunya kemudian hari.

money

Gambaran kehidupan jutawan  yang diberikan SEPIA Institute tadi akan menjadi impian semata-mata. Kita telah melihat kesan langsung terhadap Trump apabila beliau tidak mengurus emosinya dengan baik.

Hampir-hampir sahaja beliau akan menjadi seorang fakir miskin jika gagal bangkit kembali selepas itu. Malahan, ketika itu, nama beliau juga telah tersingkir dari Forbes Bilionair Club sebagai seorang ahli.

Sehubungan dengan itu, seseorang usahawan harus memahami pengurusan emosi jutawan agar perkara yang berlaku kepada Trump tidak menimpa dirinya pula.

Memandang enteng kepada ilmu pengurusan emosi jutawan akan menjadikan Minda Jutawan yang dibina selama ini menjadi sia-sia sahaja.

Kawal Emosi Anda – Adam Khoo

Adam Khoo, jutawan muda dari Singapura yang terkenal sebagai motivator dan trainer kewangan di rantau Asia Tenggara, mengingatkan kita tentang peranan emosi dalam kehidupan seseorang yang ingin bergelar jutawan.

adam khoo

Kata beliau:

“Jadikan emosi berkhidmat untuk anda, bukan anda menjadi hamba kepadanya.”

Benar sekali. Jika seorang usahawan tidak mengetahui pengurusan emosi jutawan. Emosi akan menguasai dirinya dan seterusnya menjadikan dirinya hamba kepada wang.

Seperti yang berlaku kepada Trump ketika perlu menyelesaikan segala hutang  berbilion dolar itu.

Akibat kegagalan menguruskan emosi jutawan sesaat, bertahun-tahun lamanya beliau perlu bekerja keras untuk menyelesaikan hutang-hutang yang telah memakan dirinya.

Kita sudah tentu tidak mahu melalui detik-detik seperti itu.

Sebaliknya, kita mahu mengikuti apa yang disarankan oleh Adam Khoo iaitu “Jadikan emosi berkhidmat untuk anda.”

Untuk merealisasikannya, Minda Jutawan kita perlu dikoordinasikan selari dengan emosi. Melalui cara ini, gerak hati dan gerak kerja akan kita berada dalam landasan kekayaan yang tepat.

Pengurusan emosi jutawan sebenarnya adalah satu disiplin ilmu yang paling penting dalam menjadi seorang usahawan  jutawan, yang berpaksikan keimanan kepada Allah sebagai pemilik kekayaan sebenar di seluruh semesta ini.

Jutawan Dunia Akhirat Dengan Asmaul Husna

Penghayatan dan pratikal seseorang terhadap Asmaul Husna Al-Ghaniyy: Yang Maha Kaya  dan Al-Mughni: Yang Maha Pemberi Kekayaan,  akan membawa dirinya mempunyai pengurusan emosi jutawan yang terbaik.

Jauh mengatasi Trump dan para bilionair yang tidak bertauhidkan Allah SWT.

Para pembaca yang dihormati, ikuti sambungan perbahasan pengurusan emosi jutawan  melalui Episod 7: Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan, dengan pendedahan esklusif dari buku Minda Jutawan Gaya Trump bertajuk Qarun: Jutawan Yang Tersungkur.

Kisah benar bagaimana kegagalan menguruskan emosi jutawan akan membawa kehancuran selama-lamanya kepada diri. Salam Inspirasi daripada saya Nazri Kadir.

Nota Eksklusif:Untuk memudahkan kefahaman pembaca tentang asas minda jutawan Donald Trump dari perspektif am (bukan keusahawanan semata-mata), anda boleh membeli dan memiliki buku Minda Jutawan Gaya Trump yang kini telah berada di pasaran.

Minda Jutawan Gaya Trump - Nazri Kadir

Atau membuat pembelian terus beserta autograf daripada penulisnya menerusi,

  1. SMS: NAMA & MINDA JUTAWAN GAYA TRUMP
  2. Hantar ke 017 925 8922.

Kredit: (MGuimaraes, zert.geld_2008, sachdoanhtriPTS)


Tags: , , , , , , , , , , ,

Pendapat anda?