Facebook Fan Page Oreo Kini Mencecah 19 Juta

May 28, 2011 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Oreo merupakan jenama produk biskut coklat terbesar, dan terkenal di seluruh dunia termasuk Malaysia. Jenama mereka tidak perlu dipertikaikan lagi. Salah satu medium pemasaran yang mereka gunakan adalah menerusi laman sosial media, yakni Facebook Fan Page.

Oreo Facebook Fan Pages

Sebagai jenama yang berjaya menjual sebanyak 491 bilion biskut Oreo sehingga hari ini, terdapat beberapa perkara yang boleh kita pelajari menerusi teknik pemasaran yang mereka gunakan.

Siapa Pelanggan Bisnes Kita?

Pertama-tama, mereka mengenalpasti siapakah audiens, iaitu sasaran pelanggan mereka. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, dapatan kami majoriti pelanggan biskut Oreo ini adalah budak-budak yang berumur sekitar 9 hingga 15 tahun.

Dengan melakukan kajian pasaran secara terperinci, Oreo dapat memaksimakan penggunaan Facebook Fan Pagemelalui teknik pemasaran berikut:

  • Mengendalikan pertandingan di antara pengguna Facebook.
  • Mencipta “World’s Fan of the Week” bagi berkongsi gambar pengguna Facebook, yang disertakan gambar Oreo.

Pengajaran yang kita boleh ambil mengenai aspek pemasaran di sini adalah, jika kita mensasarkan demografik kanak-kanak, maka penggunaan Facebook sebagai senjata jualan adalah wajib.

Ini kerana kita boleh menggalakkan pelanggan kita berkongsi lebih banyak gambar. Berdasarkan kajian Mashable, teknik pemasaran ini adalah teknik pemasaran viral yang sentiasa dilakukan oleh Oreo.

Tuan dan puan yang berminat untuk mempelajari cara efektif mempromosikan perniagaan di Facebook, boleh dapatkan temubual eksklusif kami bersama pakar pemasaran Facebook secara PERCUMA.


Tags: , , , , , , ,

Komen (15)

  1. wow! 19 juta fans. Social media yang sesuai dengan target audiens menjadikan fan page ni sangat popular. Ingatkan fanpage artis je yang popular, tak sangka company biskut pun ada 19 juta fans. Memang terbaik.

  2. Memang tidak dinafikan facebook ini adalah laman social marketing yang paling bagus sekarang ini. Kalau nak berniaga kena ada facebook dan fan page samaada secara online mahupun offline.Saya boleh jamin ‘orang zaman sekarang’ mesti ada akaun facebook.Terima kasih atas perkongsian.

    1. Cara ini boleh dilakukan dengan mengetahui siapa bakal pembaca blog kita. Ia boleh dikenalpasti oleh pemilik blog sendiri, sebelum membangunkan blog mereka.

      Semoga jawapan ini membantu. ๐Ÿ˜‰

  3. tak susah jika kita ada kekuatan kewangan untuk promosi di tv dan media lain..rasanya dari sana di bawa targetted user ke fb mereka ni..

    1. Benar. Oreo menggunakan kedua-dua jenis promosi iaitu BLT (Below The Line) dan ATL (Above The Line) untuk menghimpunkan 19 juta fans di Facebook.

      Saya suka dengan perkongsian tuan. Terima kasih.

Pendapat anda?